" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 April 2009

Che Det Sudah Sah Masuk UMNO Kembali

Hari ini sudah sampai masa bagi Che Det untuk kembali kepada UMNO dengan sah! Beliau boleh dikiira anak jantan juga kerana disaat parti kesayangannya itu berada pada situasi yang genting sekarang.

Beliau bersama isteri telah menyerahkan borang keahlian kepada PM Datuk Seri Najib. Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam satu ceramah di Alor Star pada 19 Mei tahun lalu atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu. Sekarang beliau telah begitu yakin agaknya.

Perkara yang kita risau ialah adakah DSAI terpaksa melalui sejarah hitam sama seperti yang telah beliau lalui dulu? Kita juga risau andainya kebebasan rakyat walaupun hanya sedikit diera P/Lah tidak dapat dikecapi lagi dan akan bertukar kepada suasana diera Che Det dahulu.

Sekiranya DSAI dihumban kembali kepenjara atas pertuduhan yang sama, ini bermakna pihak kerajaan tidak mengambil iktibar daripada kesilapan lalu. Majoriti rakyat akan bertambah-tambah lagi menjauhi kerajaan. Apa2 pun, tahniah kepada Che Det kerana telah pulang kerumah yang telah dibina dengan gigihnya oleh beliau suatu ketika dulu.


2 comments:

one one no belen said...

Salam. baguihlah campak balik dsai masuk dlm. dulu tdm kutip dia pun dlm lubang najis jgk kan.

Anonymous said...

baguslah geng, engko adalah serasi dengan puaka2 tu...sekarang pihak yg mana sebenarnya boleh dianggap najissss?

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA