
DSAI menghadapi tekanan politik untuk membuat keputusan yang begitu penting. Dengan itu, masa tambahan telah diberikan kepada DSAI untuk menyelesaikan masalah dalaman yang wujud dalam PKR dan mencadangkan calon yang benar2 sesuai.
Akibat dari kelewatan itu, ada yang beranggapan bahawa kemungkinan DSAI mahu mengadakan satu PRK untuk kerusi Penanti yang kini diwakili Fairus.
Sebelum jawatan TKM 1 diisi, Lim akan mengambil alih tugas dan portfolio Fairus dengan dibantu oleh barisan Exco kerajaan negeri bila diperlukan.
1 comment:
Buatlah solat Istiqarah DSAI. Itulah jalan terbaik bagi mengatasi segala kekusutan.
Apa yang rakyat marhaen nampak sekarang ini, DSAI lebih cenderung untuk mengikut cakap pembodek2 dan kaki ampu dalam PKR Pulau Pinang.
Mereka melobi untuk jawatan TKM1 dan desak Fairus letak jawatan ADUN, supaya diadakan PRK. Pada masa itu rakyat boleh lihat bahawa calon yang akan bertanding di PRK Penanti inilah yang akan dilantik sebagai TKM1 sekiranya menang.
Bagi mereka (pengampu2), jawatan adalah segala2nya..
Jika PKR mementingkan masalah rakyat terutamanya umat Islam, kenapa tak serahkan saja TKM1 kepada ADUN Sg.Bakap?
Beliau dilihat sebagai calon yang paling sesuai kerana sifat warak dan bersederhana seterusnya boleh mentadbir dengan amanah.
Lihat contoh di Kelantan dan Kedah, MB nya dari kalangan orang-orang agama (tok guru & ustaz) mampu mentadbir dengan baik.
Nasihat saya kepada DSAI, buatlah solat Istiqarah. InsyaAllah, akan diberi petunjuk oleh Allah..
Post a Comment