Kabinet Najib-Pembaharuan Yang Memecahkan Parti
BARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak tujuh hari lalu akhirnya dizahirkan hari ini. Tepat jam 3:00 petang tadi Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.
Dengan didampingi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai pandai tersenyum, Najib menghuraikan mengenai fungsi, semangat, penekatan dan falsafah pembaharuan yang dibuatnya dalam Kabinet itu secara ringkas.
Bagi Najib Kabinet yang mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu Kabinet perubahan yang dibentuk selepas beliau berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf kepimpinan yang akan responsif kepada masalah rakyat dan tuntutan semasa seperti mana didamkan sebelum ini.
Motto atau tagline Kabinet Najib ialah; satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!
Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-galanya kepentingan lain.
Apabila Najib menekankan supaya menterinya berkerja untuk rakyat dan prestasi mereka akan dinilai sendiri olehnya setiap enam bulan sekali memberi gambaran Najib bukan main-main untuk melakukan pembaharuan dan membawa perubahan bagi membela rakyat.
Seharusnya apapun tanggapan terhadap Kabinet Najib beliau hendaklah diberi peluang. Sama-samalah kita menerima Kabinet Najib dan menilai sejauh mana keupayaannya. Sebagai Kabinet sulung tentu ianya akan dikemaskan dari semasa ke semasa selepas ini.
Di sini saya tidak berhajat untuk menilai satu persatuan kepakaran, bakat, kebolehan dan saksiah menteri-menteri Najib termasuknya beberapa orang muka baru yang belum dikenali dari mana datangnya itu. Setengah daripadanya kita sudah pun tahu sejauh mana kebolehan dan komitmen mereka kepada tugas masing-masing.
Masih ada yang tidak berkemampuan melaksanakan tugas tetapi dikekalkan dalam Kabinet manakala mereka yang rajin dan mempunyai idea dibuang. Sekali lagi hak ini adalah hak Najib, walaupun pengekalan itu atas sifat kronisme.
Pun begitu kalau tindakan membuang dan membawa masuk muka baru itu dibuat bukan atas kebolehan, bakat, komtimen dan semata-mata kepada kesetiaan dan kerana kroni, ia tidak akan membawa perubahan seperti mana yang diharapkan itu. Najib tunggu masa sajalah kekecohan dan keretakan akan berlaku dalam kepimpinannya.
Secara umumnya tidak ada apa-apa kejutan yang dilakukan Najib dalam penyusunan itu seperti mana diduga. Walaupun menurutnya penyusunan itu dibuat bukan bersendirian tetapi setelah menerima panangan daripada berbagai pihak, tetapi ia menimbulkan keyakinan sejauh manakah akan keidealannya. Yang barang tentunya pandangan bekas PM Abullah Badawi mungkin tidak diambil kira.
Siapakah antara orang yang dirujuk oleh Najib? Semalam saya sudah meramalkan kalau Mukhriz Mahathir dibawa masuk ke dalam Kabinet dan Khairy Jamaluddin dicicirkan, sahih antara orang yang dirujuk itu ialah Mahathir Mohamad. Sudah pasti kalau Mahathir dirujuk Mahathir tidak akan halal untuk Khairy menyertai Kabinet kononnya Khairy seorang perasuah!
Nampaknya cita-cita dan impian Mahathir tercapai. Imbuhan baginya kerana turun berkempen di Bukit Gantang berbaloi apabila hari ini anaknya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri, Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) di mana kementerian yang merupakan sekolah untuk seseorang menjadi perdana menteri di masa akan datang.
Kita pun faham kenapa Mukhriz diletak di bawa Mustapa Mohamed ialah untuk membolehkan Mustapa mengajar ataupun diajar oleh Mukhriz yang akan menerima nasihat dari bapaknya, Mahathir. Tentu umum juga tahu siapakah Mahathir bagi Mustapa Mohamed.
Tindakan Najib untuk akur atas kehendak (Mahathir) itu, membawa masuk orang yang kalah dan meninggalkan orang menang satu keberanian. Tindakan ini jarang dilakukan perdana menteri sebelum ini. Tradisi ketua pemuda dilantik menyertai Kabinet juga tampaknya dipecah oleh Najib. Apakah ini juga pembaharuan dan perubahan glokal?
Sebenarnya tidak mengapa kalau ketua sayap parti tidak memegang apa-apa jawatan. Khairy boleh berkerja dan memfokuskan untuk menguatkan memperkasakan pemuda dan parti. Tetapi apabila ketua sayap Puteri dan Wanita serta Naib Timbalan Ketua dibawa masuk dalam Kabinet cara itu akan dianggap sengaja dilakukan untuk menghina Khairy.
Sekiranya Najib tidak berhajat untuk mengambil Khairy disebabkan tuduhan rasuah, (oleh Mahathir) maka beliau juga patut tidak mengambil ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jali, ketua Puteri Rosnah Rashid Sirin dan Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pengguguran Syed Hamid Albar, Zulhasnan Rafiue, Mohd Zain Abdullah, Azalina Othman Said, Muhamad Mohd Taib serta tinmbalan menteri Idris Harun, mungkin tidak akan menimbul apa-apa kesan sebab mereka tidak menjadi ketua kepada mana-mana sayap parti.
Mereka boleh pergi begitu saja apabila dirasakan sudah tidak diperlukan lagi.
Tetapi Khairy adalah ketua pemuda. Walaupun tidak semua barisan kepimpinan Pemuda bersamanya namun suku daripada telah memilihnya. Cara Najib mencicirkan nama Khairy itu bukan saja memalukan menantu bekas PM ke-5 itu tetapi memalukan seluruh saf Pemuda.
Kesimpualnya penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam paritnya sendiri.
Apabila Najib menggugurkan orang tertentu serta merombak tradisi parti secara mendadak ia menjejelaskan kepada dunia Najib tidak dapat membuang sentimen dan rasa benci kepada yang sepihak lain. Sikap ini sesungguh tidak menguntungkan Najib kerana ia lama kelamaan boleh menimbulkan pepercahan dan timbulnya fraksi dalam partinya.
http://msomelayu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment