
Ketua PR di DUN Melaka, Goh Leong San (DAP-Kesidang) telah memfailkan notis berkenaan untuk memanggil satu Sidang DUN tergempar bagi membincangkan usul tersebut. Menurut beliau usul tergembar itu berbunyi:-
"Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mengarahkan suatu undi tidak percaya diadakan terhadap Ketua Menteri Melaka pada persidangan yang berlangsung pada 20 hingga 23 April 2009, kerana penglibatan beliau dalam politik wang semasa pemilihan parti menunjukkan perbuatannya yang tidak beretika, tidak bermoral dan tidak menyenangkan telah menyebabkan rakyat Melaka kehilangan keyakinan serta meragui integriti terhadapnya".
Alasan yang telah diberikan oleh speaker DUN pula ialah berdasarkan 3 syarat di bawah Peraturan Mesyuarat DUN Melaka iaitu (pertama) perkara tertentu, (kedua) berkehendak disegerakan dan (ketiga) kepentingan orang ramai.
"Saya telah meneliti usul itu, memang ia memenuhi syarat pertama iaitu perkara tertentu tetapi syarat berkehendak disegerakan dan kepentingan orang ramai. Tapi saya lihat, ianya tidak relevan, tidak ada kaitan di situ kerana ianya tidak perlu disegerakan, ia bukan seperti bencana alam.
Walaupun usul berkenaan menyentuh isu yang khusus tetapi tidak memenuhi dua kriteria yang lain iaitu tidak perlu disegerakan dan bukan menyentuh kepentingan publik memandangkan ia telah pun diselesaikan oleh Umno".
Dengan keputusan speaker DUN ini, rakyat yang ingin dipimpin oleh pemimpin yang bebas dari penyakit rasuah teramatlah kecewa. Ini kerana UMNO/BN merupakan sebuah kerajaan yang digembar-gemburkan oleh PM Baru iaitu kepentingan rakyat akan didahulukan.
Jadi bila ada pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah, mereka haruslah mengambil tindakan yang tegas seperti melucutkan apa jua jawatan yang disandang oleh pemimpin berkenaan. Dalam pemilihan parti lagi, mereka telah terbukti terlibat dengan menggunakan 'politik wang', apatah lagi bila pemimpin berkenaan menjadi pemimpin yang memimpin rakyat disesebuah negeri.
No comments:
Post a Comment