" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 April 2009

Keputusan Mahkamah Tamparan Hebat Kepada Najib

MB PR Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan beliau bagi memulakan prosiding semakan semula kehakiman bahawa beliau masih MB yang sah sebagai tamparan hebat kepada UMNO/BN terutamanya kepada PM yang baru dilantik, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Nizar berkata keputusan yang dibuat semasa PR giat berkempen untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam PRK yang akan diadakan 7 April depan menjadi simbol amat penting kepada permulaan kehancuran UMNO/BN.

Beliau berkata, "Perbicaraan terbuka yang akan bermula pada 9 April ini dan ini adalah tamparan hebat kepada UMNO/BN dan seluruh penyokong PR haruslah mengambil ini sebagai iktibar dan kejayaan yang besar buat masa ini".

Datuk Seri Nizar mengajak pengundi Bukit Gantang meninggalkan UMNO/BN kerana ia mewakili politik lama yang sudah lapok dan unsang yang tidak lagi relevan kepada keperluan politik negara masa kini. Politik baru yang ingin diperkenalkan oleh PR berlandaskan kepada ketelusan, amanah, keadilan dan kesaksamaan yang merupakan nilai2 yang asing bagi UMNO/BN.

"Kita mahu ucapkan selamat tinggal kepada UMNO/BN dan yang apa sudah berlalu itu cukuplah. Kita mahu mengurus tadbir negeri Perak ini secara adil dan melahirkan masyarakat madani yang mengerti mendaulatkan undang2 dan peraturan negara," tegas beliau.

Semalam Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, selepas mempertimbangkan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi pihak Pejabat Peguam Negara dan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, beliau mendapati permohonan semakan itu bukanlah remeh, menyusahkan atau penyalahgunaan proses mahkamah.

Datuk Abdul Aziz seterusnya berkata, beliau bersetuju dengan hujahan Sulaiman bahawa fakta yang material tidak dihujahkan pihak Peguam Negara, malah Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) juga tidak pernah dibubarkan bagi melantik MB baru.

Datuk Seri Nizar menegaskan kepada lebih daripada 400 penyokong PR pada satu ceramah yang diadakan di bilik gerakan PKR di Changkat Jering bahawa beliau dan kepimpinan PR Perak tidak pernah menderhaka kepada Sultan Perak malah menghormati dan taat kepada baginda sebagai rakyat. Sebaliknya beliau membidas UMNO/BN yang cuba menggunakan institusi raja bagi tujuan politik kotor mereka.

"Saya ingin memberitahu hubungan saya sebagai MB PR dengan Tuanku Sultan cukup baik sehinggakan apabila saya dititahkan untuk meletak jawatan dan dalam suasana yang cukup kritikal itu saya tetap menghormati institusi di raja dengan menggunakan kalimah2 dan istilah di raja yang cukup luhur dan lembut terhadap Tuanku," jelas beliau lagi.

Datuk Seri Nizar menambah setelah berjaya merampas kuasa dan mendirikan kerajaan secara haram terbukti kini Umnolah penderhaka dan perosak institusi raja sebenarnya.












No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA