
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.
Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya. Pembebasan beliau telah mencetuskan spekulasi bahawa wujudnya "kuasa di sebalik tabir' yang menentukan keputusan yang dibuat.
Oleh kerana itu, kes ini telah mendapat perhatian menyeluruh daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara. Sejak kes terbabit diketahui umum, Najib berulangkali terpaksa menafikan sembarang pembabitannya dalam kes tersebut.
Desas-desus spekulasi yang hangat diperkatakan bahawa bahwa kedua-dua Azilah dan Sirul dijadikan 'korban' untuk melindungi pihak2 tertentu.
Cif Inspektor Azilah,33 dan korporal Sirul Azhar,37 telah membela diri mereka tanpa sebarang saksi di perbicaraan yang dijalankan. Beliau yang membentangkan keterangannya secara mulut dari kandang tertuduh diwakili oleh peguambela Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar .
Manakala Sirul Azhar pula yang diwakili oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membaca keterangan bertulis beliau juga dari kandang tertuduh.
No comments:
Post a Comment