Ada beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, petang tadi.
Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.
Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?
Najib memilih sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?
Kedua, Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.
Dalam ucapannya sebelum mengisytiharkan Kabinet baru itu, Najib mengungkapkan slogan “Satu Malaysia — Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Kesangsian segera muncul tatkala orang disenaraikannya termasuk mereka yang telah ditolak rakyat dalam pilihan raya. Justeru, “rakyat” manakah yang didahulukan Najib?
Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?
Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Datuk Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Ketiga, tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Dr Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?
Kita tahu betapa besar peranan dimainkan Dr Mahathir dalam mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Najib dalam parti dan kerajaan. Dr Mahathir lah orang utama yang bertanggungjawab “memanaskan punggung” Abdullah, sehingga terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang dirancangnya.
Keempat, ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau.
Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.
Andaian itu bagai disahkan apabila Najib tidak menyenaraikan Khairy. Najib dikatakan tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan orang yang sedang disiasat. Mana tahu silap haribulan akan berulang peristiwa seorang menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana bersalah atas dakwaan politik wang. Maka bagi mengelakkan Kabinetnya tercemar, Najib dikatakan siang-siang lagi enggan menyenaraikan Khairy.
Namun ada juga yang menilainya sebagai bertepatan dengan hasrat Najib membersihkan Kabinetnya dari bayangan Abdullah. Jika nilaian itu benar, bermakna Khairy adalah mangsa keadaan hanya semata-mata dia adalah menantu bekas Perdana Menteri itu.
(themalaysianinsider)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
10 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
April
(121)
- Kadar Shah Teruskan Usaha
- Pindaan Perlembagaan Parti Perkenal Pemilihan Terus
- DSAI: 1Malaysia Sekadar Kosmetik
- Pembikinan Dinasti Perdana Menteri
- Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak
- Apa Tujuan Pemuda PAS Pulau Pinang?
- PRK Penanti:Umno Putuskan Isnin Depan
- Isu Manohara: Majlis JP Buat Laporan Polis
- UMNO/BN Paling Takut DUN Perak Dibubar
- Dr. Mansor Osman Calon PR DUN Penanti
- Mana Baik, Menculik Atau Letak Jawatan Cara Terhor...
- PRK Penanti, PAS Hormati PKR
- Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia
- 31 Mei Mengundi Di Penanti
- Adakah Rakyat Tertarik Dengan Reform Najib?
- Berhenti Dari Memburukkan Tengku Temenggong
- Krisis Perak Misi Terancang Umno/BN
- Jangan Urus PKR Seperti 'Kedai Runcit'
- Zaid Sahut Cabaran Rais !
- Rais Jamu Bloggers Di Restoran Mewah
- Kenyataan Media Mohammad Fairus
- Apa Hal PAS Permatang Pauh Mengecoh?
- Apakah Kesan Daripada Keputusan SPRM?
- Media Indonesia Dilarang Tanya Najib Tentang Manohara
- Kenapa RPK terpaksa Menghilangkan Diri..?
- Najib Mansuhkan Kuota Melayu Dalam Sektor Perkhidm...
- Adnan Tetap Kena Bayar RM63 Juta
- Benar Atau Tdak Isu Manohara?
- PRK Kepala Batas & Usukan Serentak..?
- Benarkah Permasaalahan Dalam PR Wujud?
- Antara Keberanian Fairus dan Ketamakan J.O.H.N.
- UMNO/BN TEWAS DALAM KEMENANGAN
- Usul Terhadap Ali Rustam Ditolak!
- Penyokong MB Dakwa Idris Jusoh Terlibat
- Jangan Bincang Isu Fairus Di Media
- Elizabeth Wong Kunjungi TGNA
- Najib Dah Ada Kuasa Penuh!
- Majoriti ADUN BN Terengganu Mahu MB Letak Jawatan
- Luahan Amy Search
- Apakah Punca Sebenar BN Mungkin Tidak Bertanding?
- Sultan Perak Nasihati Pemimpin Politik Cari Titik ...
- Jawatan Presiden PAS Bakal Dipertandingkan?
- Sivakumar Gantung Setiausaha DUN Perak
- Benarkah PRK Merugikan Dana Awam?
- Betulkah Melayu Sudah Percaya Kepada UMNO?
- DSAI Ke DUN Penanti Malam Ini
- Seruan Utusan, Apakah Rasional Disebaliknya?
- Samy Selar Media Arus Perdana?
- PRK Menjelma Lagi
- DSAI Hadapi Tekanan Politik
- DSAI ‘Antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009′
- Elizabeth Kekal Sebagai Exco Dan ADUN
- Nizar dicalon Naib Presiden PAS
- 10 ADUN Ponteng Sudah Kembali
- Zambry Dicabar Bubar DUN!
- Komponen Dari Sarawak Kecewa Dengan Kabinet Najib?
- Konsep 'Islam Hadhari' Tak Perlu Dikaji
- Perang Di Terengganu Dah Bermula..
- Sempena Muktamar PAS Jun Ini
- Pak Lah Masih Ada Kuasa?
- DSAI Tak Nak Layan Isu Kabinet Bayangan Mahu Gulin...
- Bubar DUN Sekiranya Wujud Krisis
- Umno Sedia Terima Ibrahim Tapi Tidak ‘Pinang’
- 16 April Penentu Kedudukan MIC
- TGNA Terharu Bila Artis Berhijrah
- Najib Pula Bagi Alasan Pasal Khairy
- Lagi Keraguan Berlaku Dalam Tahanan Polis
- Cabaran Pertama Najib
- Foto Azilah Dan Sirul
- Sultan Kelantan Ingatkan Rakyat
- Adakah DUN Perak Akan Dibubar?
- Video Rusuhan Di Stadium Sultan Muhamad IV
- Banyak Kesangsian Dalam Kabinet Najib
- Sekiranya Telus, PR Menang DiBatang Ai
- Alasan Kenapa Khairy Disisihkan
- Azilah Dan Sirul Kemuka Rayuan
- Luahan Hati Azilah Hadri
- Adakah Khairy Akan Disisihkan Terus?
- Analisis Kabinet Baru Malaysia
- VIP ditahan SPRM..?
- Ceramah Merayakan Kemenangan PR
- Khairy Disisihkan Dari Kabinet Najib
- Azilah Dan Sirul Dihukum Gantung Sampai Mati
- V. Arumugam Pulang Ke Tanahair
- Kabinet Najib Diumumkan Esok
- Serah Kepada Guan Eng
- Kenyataan Media DSAI
- Gagal Bukan Bermakna Rakyat Tolak Pepimpinan Najib
- Sidang Media DSAI
- Terbukti PR Pilihan Masakini
- TV3 Suku Kurang Kerja Ini Malam
- Keputusan Terkini 2Bukit 1 Batang
- Foto2 Dari Bukit Gantang
- Suasana Di Bkt Gantang 7.30am
- Amanat DSAI Kepada Pengundi Bkt Gantang
- Che Det Tampil Dengan Keegoannya
- Ahmad Meleleh Suruh Hargai Jasa BN
- DSAI: Jangan Korbankan Nizar Seperti Hang Nadim
- Adakah Khairy Akan Dihumban?
- Pengundi Hantu Rekaan Pembakang?
-
▼
April
(121)
No comments:
Post a Comment