DSAI telah mengumumkan satu kejutan pada ceramahnya malam ini di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau dengan mengumumkan bahawa salah sebuah parti komponen BN iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diketuai oleh Naib Presidennya, V Nagarajan bersama lebih 6 ribu ahli mereka di negeri Kedah telah keluar parti!Serentak dengan itu juga 5 bahagian PPP Kedah telah dibubarkan iaitu bahagian Kulim, Alor Setar, Pokok Sena, Kuala Kedah dan bahagian Baling. Di samping itu juga sebanyak 62 buah bahagian PPP di seluruh negeri Kedah turut sama dibubarkan.
Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR,DSAI. Pemimpin utama HINDRAF juga turut hadir pada ceramah tersebut.
No comments:
Post a Comment