
Baginda bertitah bahawa perebutan kuasa hanya akan merugikan rakyat yang kini dihimpit dengan kegawatan ekonomi. Baginda akur bahawa perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, telah diwarnai dengan kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.
"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara2 yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.
Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti2 politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.
Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki 3 hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran,"
titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment