" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 June 2009

Dedah Bukti Tahanan ISA Pengganas Sekarang!

PKR mendesak BN membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan. Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara. .

Ketua Umum PKR DSAI dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini mengatakan bahawa, tahanan-tahanan J-I dan Hindraf ditahan atas syak wasangka semata-mata tanpa bukti kukuh mereka terbabit dalam aktiviti pengganas. Beliau berkata,

"Dalam soalan lisan saya kepada menteri dalam negeri bersabit ISA, Jemaah Islamiyah dan Hindraf, saya soal apa bukti mereka ini pengganas. Jawapannya mereka didapati mengumpulkan dana untuk beli senjata dan letupan, mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Sehingga sekarang tidak ada satu bukti pun dikeluarkan.

Tahanan-tahanan JI dan Hindraf adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah undang-undang. Ini bahayanya apabila ISA di tangan polis membuat penahanan berdasarkan syak. Bila ditanya mengapa mereka tahan, mereka jawab pengganas. Bila ditanya mana bukti, mereka jawab kami percaya. Fitnah sebegini menyebabkan orang terperuk 6-7 tahun dalam penjara.

Saya mengiring PM pada masa itu, Tun Dr Mahathir, ke Afghanistan, dan saya menemui semua kumpulan pejuang Afghanistan termasuk seorang yang mungkin terlibat dengan Al-Qaeda. Tapi saya tak boleh dedahkan semuanya kerana nanti jadi alasan mereka tangkap saya pula. Jadi mengapa mereka memberi liputan negative keatas Waythamoorthy semata-mata beliau dipercayai menemui pemimpin LTTE".

(sumber TVA)

29 June 2009

Tutup Mulut Jika Enggan Terima Pelawaan TGNA

Pemimpin UMNO disaran menutup mulut dan tidak memberi pandangan tentang Pas jika parti itu enggan menerima pelawaan untuk berdebat sebagaimana yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, TGNA.

Mengulas isu tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut.

"Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan TGNA, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tidak timbul isu yang mengatakan PAS akan menggunakan platform berdebat untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya apa yang diinginkan ialah memperbetulkan kesilapan BN sepanjang memerintah.

Katanya, melalui percambahan minda yang diadakan secara terbuka, segala idea dan cadangan dapat dikeluarkan dengan lebih jelas serta disaksikan seluruh rakyat.

Dalam pada itu ,Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan harus bersikap telus dan adil kepada rakyat Kelantan yang kini dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti daripada pengeluaran minyak di perairan negeri itu.

Menurutnya, BN kini dilihat seolah-olah menyembunyikan fakta bahawa lokasi sebenar pelantar minyak itu di perairan Kelantan.

"Jika benar kawasan itu di kawasan tuntutan pertindihan antara beberapa negara, semestinya agihan kepada pendapatan gas dan minyak itu ada, duit itulah yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui peruntukan royalti.

"Apa yang dapat dilihat sekarang rakyat negeri itu dinafikan haknya, kalau begitulah caranya dilakukan BN, maka rakyat tidak seharusnya membayar cukai yang ada," katanya.

(sumber SinarHarian)

Himpunan Perdana Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat akan mengadakan Himpunan Perdana di Stadium MPPJ Kelana Jaya malam esok. Berikut adalah butiran acara tersebut:

Tempat: Stadium MPPJ Kelana Jaya

Tarikh: Hari Selasa, 30hb Jun 2009

Masa: 8.30 malam

DSAI: Hubungan Polis Dan Samseng Dikecam

Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa. Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang DSAI.

"Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka," kata DSAI di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP). Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,".

DSAI berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap. Beliau turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat.

"Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap. Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,".

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis. Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor. Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala. Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.

Kit Siang berkata, "Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis. Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,".

(sumber TVA)

28 June 2009

Foto2 Semasa Pengumuman Calon UBN

Tuan Aziz Tuan Mat 39 tahun, CEO Kesedar Perkilangan SDN BHD anak syarikat Kesedar, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai, isteri seorang guru, dia berasal dari Guchil Kuala Krai.

10 orang 10 RIBU HADIR UMUM CALON UBN.

10 ribu TIADA RUANG KOSONG, LAUTAN MAANUSIA…..

calon UBN TUAN AZIZ TUAN MAT CALON UBN iras iras ayahanda IPOH…….kah kah kah!

IMG_9874WAN ZAID WAN ABDULLAH BEKAS KETUA BAHAGIAN K.KRAI………korek lah hidung tuuu…..happy anak buah di calon kan ……..ramzi kecewa…

jalal antra put ramziJALAL ANTARA PUTERI DAN RAMZI siap bawa tek ucapan dan berada di pentas kot kot nama nya di calon kan ……..kah kah kah !

puteri ke nih jalal kepap mulutMANIS NYA PUTE…………………macam puppet doll………

ramzihahh !!!!!!!! ni pulak bosss JALAL, ramzi ketua UMNO K.Krai……..frust menonggeng anak didik tak terpilih……….




DSAI: PKR Tetap Tolak PPSMI

DSAI sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta membatalkan sebarang hasrat menjadikan Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM. Perlaksanaan dasar yang tergesa- gesa tanpa kajian akan memburukkan sistem pendidikan negara sebagaimana yang terbukti dengan PPSMI. Beliau berkata:

"Puluhan kajian dari pihak penyelidik pakar pendidik dari universiti yang membuktikan kerajaan UMNO Barisan Nasional gagal. Kita sekali lagi ulangi desakan kita, walaupun kita faham, RM4.5 bilion telah dibazirkan untuk kerja yang sia- sia ini. Kita tuntut supaya menteri pelajaran sekarang nie, jangan lengah- lengahkan lagi tetapi laksanakan segera dasar pendidkan kebangsaan kembalikan status Bahasa Melayu dan daulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan negara.

Kita menyokong langkah memperkukuh dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris kerana kita dapat kesan mutu Bahasa Inggeris di Malaysia kian lemah. Tapi caranya harus diputuskan oleh pendidik, mengambil kira dasar pendidikan negara dan persiapan yang harus dibuat. Tidak adil sama sekali dan tidak wajar kalau dimulakan dengan memaksa anak- anak wajib lulus Bahasa Iggeris diperingkat SPM kerana ini sekali lagi mengorbankan pelajar- pelajar diluar bandar.

Di minta mengulas langkah kerajaan memperkenalkan Biasiswa Nasional, Datuk Seri Anwar berpendapat, mana- mana pelajar yang cermerlang dan berkelayakan memang berhak mendapatkan bantuan kewangan.

Biasiswa harus ada program yang mengiktiraf hak semua rakyat mengikut kemahiran, kepakaran, kecemerlangan disamping itu anak- anak yang miskin bantuan, semua program kita harus mengambil kira hal yang sama. Dasar itu harus telus".

(sumber TVA)

Calon UBN Telah Bertukar!

Timbalan PM telah mengumumkan calon mereka iaitu Tuan Aziz Tuan Mat bekas Pengurus Kesedar Kuala Krai. Sebelum ini pun sudah ada desas-desus yang menginginkan beliau untuk menjadi calon. Oleh kerana itu beliau telah melepaskan jawatan beliau. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.

Jadi, nampaknya Jalal yang telah memenangi semasa UMNO Negeri membuat pemilihan baru2 dan mendapat undian sebanyak 95% dari ketua2 Bahagian tidak mendapat restu daripada pihak atasan. Jadi seperti biasa, akan lahirlah golongan yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini......

Che Jalal Muda Pilihan UBN Di Manek Urai

Kami dari Perisik Rakyat telah mendapat maklumat mengenai calon yang bakal diumumkan oleh UBN petang ini. Calon mereka ialah Che Jalal Muda. Beliau merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai. Pekerjaan beliau ialah 'tauke getah' yang mewarisi daripada bapanya. Latar lengkap beliau belum diperolehi.

Beliau telah terpilih untuk mewakili UBN dalam satu pemilihan yang telah diadakan awal minggu ini oleh UBN Kelantan setelah berjaya mendapat sebanyak 95% undi dari ketua2 bahagian yang memilih.

Jadi, PRK Dun Manek Urai boleh dikira 'unik' kerana calon2 bukannya terdiri daripada profesional. Calon dari PAS merupakan seorang tauke ikan, manakala UMNO pula seorang tauke getah.

27 June 2009

Najib Berani Ke?

Mengikut laporan dari Bernama, TGNA akan menjemput PM, Datuk Najib mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara UMNO dan PAS.

Beliau mengatakan bahawa draf surat jemputan rasmi kepada Presiden UMNO untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. Perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Ini ekoran daripada tindakan pihak lawan yang dilihat telah menggunakan kenyataan TGNA dalam ceramah di Manek Urai pada 21 Jun lepas sebagai senjata bagi menyerang beliau. Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan juga telah membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam ceramah berkenaan yang didakwa kononnya berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Jadi, amacam Datuk Najib, ada berani ka...? Kalau betul2 anak jantan, Najib sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka......

UBN Cuba Sogok Pengundi Pulau Pilihanraya?

PAS hari ini mendedahkan Umno menawarkan wang ringgit kepada pengundi2 Manek Urai supaya mereka tidak mengundi dalam PRK Dun Manek Urai. Ketua Pemuda Pas Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman berkata:

"Saya diberitahu agen2 Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar dan cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi"

Malam tadi TGNA telah mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam PRK kali ini. Sementara itu, BN pula akan mengumumkan calon mereka seawal-awalnya esok.

(sumber TVA)

Imbas Kembali Kehebatan UBN



(baginda reformasi)

26 June 2009

Live Dari Manek Urai…

Antara Kepimpinan Pakatan Rakyat Yang Hadir Pada Malam Ini…

- TGNA
- TGHH
- Datuk Husam Musa
- Lim Kit Siang
- Saifuddin Nasution
- Dr Hatta Ramli
- Dr Syed Azman
- Ustaz Abdul Halim
- Abdul Fatah Harun
- Ustaz Abdul Latif

11: 26 - Calon Pas DUN manek Urai ialah Mohd Fauzi Abdullah – TGNA

11:15 – TGNA Sedang Menyampaikan Amanat Dan Seterusnya Akan Mengumumkan Nama Calon PAS untuk Yang Akan Bertanding Di Dun Manek Urai

- Umno perangai supo komunis… tapi kalau orang sebut komunis dia marah…
- Perangai Umno Hok serupo komunis ialah tolok hukum tuhan… supo komunis lah tu, Sebab komunis tolak hukum tuhan

10:50 – TGHH Sedang Menyampaikan Amanat Penting

10:33 – Lim Kit Siang Menyampaikan Ceramah

10:12 – Husam Sedang Menyampaikan Ceramah

9:45 – Saifuddin sedang menyampaikan ceramah penerangannya… Isu yang dibangkitkan oleh saifuddin…
-Kerajaan Pusat Rampas Royalti Minyak Negeri Kelantan…
-Kenapa Heret DSAI Ke Mahkamah sedangkan Saipull tidak diliwat

9:40 - Ketibaan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

9:35 - Ketibaan Mursyidul Am PAS TGNA

Gambar-gambar akan diupload kamudian…. Perisik rakyat sedang berada di hadapan pentas untuk merakam gambar-gambar yang menarik…

(pinkturtle)

Pembabitan Tentera Di Manek Urai?

Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) mendesak Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menjawab dakwaan PAS bahawa ada operasi ketenteraan dilaksanakan di Manek Urai Kelantan untuk memastikan kemenangan bagi UBN pada PRK DUN itu 14 Julai ini. Pengarah NIEI, Yunus Ali, berkata:

"Kementerian Pertahanan bertanggungjawab memastikan kesahihan dakwaan tersebut kerana ia membabitkan campurtangan militer dalam politik negara. Menterinya, Zahid Hamidi perlu menjelaskan situasi ini di Dewan Rakyat. Secara prinsip, mana2 anggota kerajaan, termasuk tentera, tidak boleh mencampuri urusan pilihanraya. Mereka seharusnya bersifat berkecuali.

Tindakan Ahli Parlimen Mahfuz menunggu jawapan dari Kementah adalah satu langkah yang wajar. Kami menyarankan peguam parti supaya meneliti kes ini dan di bawa ke Mahkamah. Manakala bagi pihak NIEI pula, kami boleh membawa isu ini ke perhatian antarabangsa."

Semalam di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mendedahkan dokumen menunjukkan BN menyalahguna sumber tentera untuk menjalankan projek-projek kebajikan di Manek Urai, dalam operasi yang dinamakan 'Jiwa Murni'.

Dokumen dari Jabatan Perisikan di Kementerian Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan itu turut menyatakan Ops Jiwa Murni mensasarkan kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai kubu kuat Pas berdasarkan kepada keputusan PRU12 yang lalu.

Menurut dokumen itu lagi, apabila menghampiri hari penamaan, anggota tentera dinasihat untuk tidak terlalu menonjol supaya institusi tentera tidak dilihat sebagai memberi sokongan terbuka kepada BN.

(sumber TVA)

Calon PAS Manek Urai Ialah ...

Malam ini sudah sampailah saat yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman nama calon daripada PAS. Melalui info yang boleh dipercayai, nama calon PAS ialah Fauzi Abdullah (kiri) atau lebih dikenali dengan Fauzi Ikan (Tauke Ikan kat Pasar Manek Urai/Kuala Krai).

Mnegenai calon UBN pula, mereka akan mengumumkan pada Ahad ini. Kalau mengikut info yang boleh dipercayai, mereka telah memilih calon yang bernama Jalal (tauke getah). Butiran peribadi beliau belum dapat. Cuma lebih kurang, beliau telah memenangi 65% undian pada pemilihan dalam mesyuarat UMNO negeri baru2 ini. Malam ini kami akan mendapatkan maklumat sepantas yang boleh insyaallah........

Tak Payah Bermegah Dengan Hanya Meminda

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengatakan sebanyak 33 akta di bawah bidang kuasa KDN termasuk amalan buang daerah akan dinilai dan dikaji semula bagi melihat kesesuaiannya dengan perkembangan semasa, sebelum dipinda. Antara akta2 yang akan dikaji semula ialah:


- Akta Kediaman Terhad 1933
- Akta Pencegahan Jenayah 1959
- Akta Bahan Letupan 1957
- Akta Benda benda Kakisan dan Letupan dan Senjata Untuk Menyerang 1958
- Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959
- Akta Perniagaan Secondhand 1946
- Akta Keadilan Jenayah 1953
- Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang-orang yang Tidak Diingini 1960.

Beliau kata tindakan pembangkang didewan semalam yang menujukan soalan bertubi-tubi kepadanya dan tidak mahu mendengar penjelasan ketika beliau menjawab soalan mengenai pindaan ISA. Ini menunjukkan mereka agak bimbang, kerana mereka tahu selepas kerajaan menunjukkan keseriusan untuk meminda ISA dan akta2 di bawah KDN, maka mereka tidak boleh lagi menggunakan isu itu sebagai bahan untuk dipolemik atau dipolitikkan.

yeols: Sampai bilalah puak2 UBN ni mahu betul2 memperbaiki diri. Alasan yang beliau bagi menunjukkan yang beliau masih tidak sedar akan 'ketidakpuasan hati' majoriti rakyat. Akta2 ini jelas dan nyata telah disalahgunakan. ISA adalah akta zalim pusaka penjajah yang digunakan penjajah bagi menangkap individu2 yang dirasakan boleh menggugat mereka tanpa sebarang bukti yang kukuh.

DSAI dengan tegas telah mengeluarkan kenyataan agar ISA dimansuhkan terus....!!! Saya percaya selagi akta zalim ini tidak dimansuhkan, para penyokong dan pendokong PR, Pecinta Demokrasi dan lain2 akan terus 'menyerang' kerajaan.

Jadi, hanya dengan 'gempak' mahu meminda, tak payah perasanlah wahai Pak Menteri. Kalau nak cerita pasal isu, masih berlambak lagi yang boleh digunakan oleh pihak pembakang.

Siri baru yang bakal muncul selepas isu Perak dan projek memecah-belahkan PR dalam istilah kerajaan perpaduan (buat masa sekarang boleh dikatakan gagal), mereka tidak serik2 dengan mencipta 'konspirasi' terhadap DSAI dengan pertuduhan liwat. Sedangkan kerana itulah juga bermulanya 'Gelombang Arus Perubahan' ini.

Apakah mereka memang mahu melihat 'Gelombang Ke-2' berlaku ? Mungkinkah mereka sudah ada 'plan baru' dengan menggunakan suasana ini yang mereka merasakan akan menguntungkan mereka ???

Setahu saya hanya 1Malaysia dan kerajaan Perpaduan sahaja yang UBN pimpinan Najib peragakan, sedangkan itu semua sudah lama ada dalam PR......

24 June 2009

Foto2 Dari Manek Urai

Saya bersama Topeng Perak Unmasked dan Pinkturtle telah pergi ke Manek Urai bagi meninjau serta mengambil foto2 yang terasa berkenan dihati untuk dikongsi bersama.....




UMNO Kelantan Bakal Goyah?

Dalam UBN sedang sibuk menyusun strategi untuk menyerang PR dan juga kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin TGNA dengan menggunakan platform PAS yang bertopengkan kerajaan perpaduan, mereka juga bakal diserang hebat. Dikhabarkan beberapa Cawangan UMNO Kota Bharu bakal ditutup akibat daripada kemasukkan Zaid Ibrahim kedalam PKR baru2 ini.

Zaid akan pulang ke Kota Bharu pada 5 Julai ini yang mungkin bagi memperkemaskan PKR terutamanya Cabang Kota Bharu. Sebelum ini beliau adalah seorang pemimpin yang boleh dikatakan ramai pengikutnya. Cuma akibat daripada berada silap tempat (UMNO), beliau telah menjadi mangsa politik. Beliau telah dipancung kawan sendiri. Inilah cara UBN berpolitik.

Rakyat Kelantan mengharapkan beliau dapat bersama-sama dengan TGNA mempertahankan kerajaan Kelantan daripada diserang oleh pihak musuh. Saya juga mengharapkan beliau dapat menceriakan lagi PKR Kelantan yang sebelum ini boleh dikatakan sedikit 'hambar'.

22 June 2009

Biarlah Benar2 Ini Yang Terakhir

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi PM Najib Razak, seluruh pimpinan PAS sepakat menguburkan sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan UBN.

Selesai mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur jam 6.55 petang tadi, Mursyidul Am PAS, TGNA, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata PAS tidak lagi mahu terjerumus dalam politik murahan UMNO.

Jadi sama2lah kita berdoa dan berharap ianya benar2 kali yang terakhir. Sudah cukup untuk rakyat menanggung suasana yang 'membingungkan' ini. Rakyat begitu mengharapkan agar PR dapat mengambil-alih tempat UBN yang telah begitu lama 'memperbodohkan rakyat'.

Tepat sekali kata TGNA dalam ceramah beliau di Manek Urai semalam yang mengatakan "PAS tak terliur langsung untuk bersama dengan UMNO. Presiden sendiri pun mereka (UMNO) tergamak 'jatuhkan', inikan pula kita yang tak kena mengena (parti lain)".

Masih segar dalam ingatan TGNA dimana Polis yang dipimpin oleh kerajaan UBN menangkap beberapa orang Tok Guru. Kerana ini jugalah yang menyebabkan beliau telah masuk kedalam arena politik dengan menyertai PAS.

PR Sepakat Tolak 'UG'

Pemimpin2 PR sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan (UG) dengan UBN, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini. Pemimpin 3 parti komponen PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti. Kenyataan bersama ditandatangani oleh penasihat PKR DSAI, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka bersetuju cadangan kerajaan perpaduan (UG) 'suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat'.

Hadi memberitahu pemberita "UMNO telah cuba menggunakan cadangan UG untuk memecah-belahkan perpaduan dalam PR. Seluruh Umno mempermainkan isu ini seolah-olah menonjolkan PAS dan Umno sahaja dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini satu cara yang sangat jahat dan satu fitnah untuk melaga-lagakan…. bukan untuk tujuan perpaduan.

Pakatan kini hanya bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu2 melibatkan kepentingan negara dan rakyat,contohnya usaha2 memulihkan ekonomi, memansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA dan salah guna kuasa kepimpinan Polis".

Mesyuarat sejam itu turut dihadiri oleh timbalan2 presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan. Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan bersabit isu itu tidak hadir .

Permohonan DSAI Ditunda Ke 1 Julai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan DSAI pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya. Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.

Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan beliau bagi membuang kes tersebut. Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama. Beliau memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mat Saiful.

21 June 2009

Pertemuan 4 Mata DSAI Bersama TGNA

Lebih kurang pukul 3:10 tadi DSAI tiba di Kediaman Rasmi MB Kelantan. Mereka mengadakan pertemuan 4 mata lebih kurang dalam masa 1 jam. Andaian yang boleh dibuat daripada pertemuan ini ialah bagi membincangkan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu mengenai kenyataan TGNA baru2 ini. Malam ini juga DSAI akan mengadakan ceramah dikawasan DUN Manek Urai.

TGNA dengan tegas dan jelas meminta supaya Nasharudin Mat Isa (MP Bachok/Timbalan Presiden PAS) melucutkan semua jawatan jika masih mahu bercakap atau bermimpi tentang kerajaan perpaduan. Masuk UMNO, jangan jadi sampah dalam PAS. TGNA juga memberi amaran kepada pihak2 yang Pro-UG bahawa gagasan itu akan membawa perpecahan bukannya perpduan kepada parti serta PR.

Sementara itu di dalam parlimen baru2 ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini. Selepas itu, 10 MP PAS telah mengisytiharkan beramai-ramai penolakan UG dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Mengikut laporan Bernama, Mursyidul Am PAS TGNA akan bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di Kota Bharu pada Isnin ini (esok).

Kita hanya mampu mengharap agar pemimpin2 tertinggi PAS ini akan mencari satu penyelesaian bukan sahaja bagi meredakan, bahkan ianya 'ditutup terus' dari diperkatakan lagi. Malangnya, apa yang berlaku sebelum ini nampaknya begitu sukar untuk 'menutup terus' isu ini kerana ini bukan kali pertama ianya diperdendangkan. Cuma bezanya pada nama, namun maksudnya tetap sama.

Tok Pa Turut Menari Rentak UG

Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu 'lampu hijau' daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakanperbincangan dengan PAS Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.

"Kami menunggu lampu hijau daripada Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib TunRazak) sebelum membuat sebarang langkah perbincangan. Umno Kelantan bersikap terbuka untuk memastikan cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi satu realiti dan pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan itu dengan PAS Kelantan bagi menjernihkan keadaan. Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan perbincangan itu, malahan kita bersikap terbuka kerana ia untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini".

Tok Pa ni boleh dikatakan pemimpin UMNO yang 'clean' kalau nak dikira dari yang lain2. Jadi, tak payahlah lebih2... Rakyat Kelantan begitu terguris hati apabila pihak yang pro-UG ini telah tergamak menyerang TGNA yang tak pernah berlaku sebegini sebelum ini.

20 June 2009

DSAI Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak

DSAI gusar terhadap dengan kewibawaan sistem keadilan dalam membicarakan krisis 2 MB Perak yang kini akan di putuskan di Mahkamah Persekutuan. MB Perak PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah.

Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun 3 hakim mahkaham rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai. Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 julai depan.

DSAI berkata:

"Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak mengjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa.Saya tidak mengharapkan ketua hakim negara akan bersetuju.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak. Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.

Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana2 hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana2 pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing2 menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat".

(sumber TVA)

Memali Dalam Ingatan











PKR Mahu Adakan Perbincangan Terbuka Dengan Najib

PKR menyarankan supaya satu perbincangan terbuka diadakan dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada syarat perlu ditetapkan dalam perbincangan itu.

Menurut beliau, ia bertujuan menyelesaikan kemelut politik perak yang telah berpanjang hampir setengah tahun lalu. Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Daw Aung San Suu Kyi ke-64 di lobi SUK, Shah Alam, petang tadi.

Menurutnya, perbincangan itu perlu diadakan bersama Barisan Nasional kerana mereka harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak akan meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat yang terbina dengan iltizam untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

(TVA)

19 June 2009

Beranikah UMNO Buat Perubahan Sebagaimana PKR?

Seminggu setelah PKR meluluskan pindaan merombak sistem pemilihannya bagi menjauhi rasuah politik, UMNO hari ini menyusul dengan langkah pertama bergerak kearah itu.

Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno bermesyuarat kali pertama hari ini sebagai persiapan untuk mengumpul maklum balas ahli mengenai pindaan yang dicadangkan. Pindaan itu akan dibawa ke Perhimpunan Agung Khas yang dijadual berlangsung pertengahan Oktober ini.

Datuk Seri Hishammuddin berkata, "Kita sedang mengumpul maklumat berhubung pindaan tersebut melalui mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian," Kata Pengerusi Jawatankuasa Induk berkenaan".

Berlainan daripada pindaan yang diluluskan oleh PKR, UMNO akan terus mengekalkan sistem perwakilan bagi memilih pemimpin. Inilah faktor yang menyebabkan parti itu dibelenggui dengan budaya politik rasuah untuk sekian lama.

UMNO hanya akan meminda sistem kuota yang ditetapkan untuk membolehkan calon bertanding, isu-isu berhubung yuran, penambahan jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli di peringkat akar umbi.

Pemerhati politik mempertikaikan sejauh mana pindaan itu akan berkesan untuk memastikan perwakilan UMNO tidak menjual undi mereka kepada calon yang menawarkan harga paling tinggi, sebagaimana yang lazim berlaku pada setiap pemilihan parti.

Pada sidang Kongres Khas minggu lalu, PKR memansuhkan sistem perwakilan itu dan memberikan hak langsung kepada ahli di akar umbi untuk memilih pemimpin mereka. Selain dari itu, presiden parti dihadkan memegang jawatan itu untuk 3 penggal sahaja manakala dakwat kekal diguna untuk pemilihan bagi memastikan proses itu telus dan berwibawa.

Pindaan perlembagaan PKR itu adalah yang paling menyeluruh dilakukan oleh mana-mana badan politik di Malaysia dalam usaha mewujudkan demokrasi tulen dan memastikan PKR bebas dari pemimpin yang mabuk kuasa atau pun membeli sokongan.

Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO dianggotai oleh 23 orang ahli yang terdiri daripada wakil ketiga-tiga sayap parti, wakil setiap negeri dan ahli yang dilantik. Hishammuddin berkata, semua maklumat mengenai cadangan dan pandangan berkaitan pindaan perlembagaan itu akan diperoleh selewat-lewatnya 16 Ogos selepas mesyuarat peringkat bahagian berakhir.

Ditanya mengenai peratusan ahli yang akan dilibatkan dalam proses pemilihan parti, Naib Presiden Umno itu berkata perkara itu bergantung kepada logistik dan kaedah yang ingin digunakan. Najib berkata:

"Mungkin melalui jawatankausa induk ini akan mencadangkan beberapa opsyen kepada Majlis Tertinggi (MT), contohnya kalau kita nak beri lebih suara kepada bahagian menentukan, jumlah ahli yang terlibat adalah 10,000... lebih daripada 2,000 yang ada sekarang.

Tapi kalau nak beri suara kepada ahli jumlahnya ialah 2.3 juta, jadi sama ada ia realistik atau dapat dilakukan di peringkat akar umbi... jawatankuasa teknikal akan melihatnya dan beri pandangan kepada kita (jawatankuasa induk)".

(sumber TVA)

Video Sidang Media Peguam DSAI

PAS Umum Calon Manek Urai 26 Jun

PAS akan mengumumkan calonnya untuk PRK DUN Manek Urai pada 26 Jun ini. Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Nasir Daud berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) akan membuat pengumuman tersebut. Nasir berkata:

"senarai nama calon sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat negeri sebelum diperakukan oleh pimpinan tertinggi PAS pusat. Kita (PAS) telah panggil 7 orang AJK Dewan Harian PAS daripada 29 cawangan di kawasan Manek Urai. Setiap seorang daripada mereka dikehendaki menyenaraikan 3 nama calon yang dirasakan sesuai.

Nama2 yang dipilih itu akan dinilai oleh jawatankuasa pemilihan PAS peringkat negeri. Ini cara kita (PAS) mendapatkan maklum balas daripada ahli2 parti di peringkat akar umbi. Calon yang bakal dipilih tidak semestinya orang tempatan. Yang penting dia (calon) boleh menang dan disukai rakyat. Pimpinan pusat akan mengutamakan faktor2 ini untuk memilih calon yang sesuai".

DSAI Tidak Tolak Kemungkinan Di Penjarakan Lagi

Ketua Umum PKR DSAI tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi.

Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap beliau akan bermula pada 1 Julai meskipun 2 laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda2 pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau. DSAI berkata:

"Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman. Saya menjangkakan bukti2 palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakawaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UBN menamatkan kareer politik saya.

Itu adalah cara termudah bagi UMNO untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka. 2 laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana2 pihak bahawa pertuduhan terhadap saya tidak berasas sama sekali.

Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan...yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik?

PKR akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UBN sekali lagi memperalatkan institusi2 negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan.

Saya tiada masalah berhadapan dengannya (Saiful). Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan.

Perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan PR sebagai gagasan berwibawa, malah telah bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya".

DSAI, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumour yang disahkan oleh 3 pakar perubatan menguatkan hujah beliau bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh DSAI beberapa hari selepas bertemu dengan Najib. ketika itu Najib sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan DSAI pada PRK parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. DSAI menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen. Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap DSAI ke mahkamah.

Affidavit DSAI Membongkar Perekacipta Konspirasi

DSAI mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.

Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu.

DSAI mengemukakan hujah2 itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira2 2 minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai.

Dalam mengemukakan 98 hujah itu, DSAI menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas 4 sebab utama :

1- Pertuduhan itu adalah konspirasi politik

2- Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan

3- Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan

4- kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah.

Peguam DSAI Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat.

Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu. Dalam affidavit itu, DSAI berkata:

Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terbaru kerana menganggap saya sebagai ancaman utama kepada beliau.
Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib.

Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya. Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib? Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya.

Kes liwat kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadap saya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam.

Gani Patil dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya pada tahun 1998. Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa saya dalam insiden mata lebam.

Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan.

Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya.

Tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998. Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.

Dalam kes rasuah, sampel darah saya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk 'satu penipuan yang nyata'. Dalam kes liwat, pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizan Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah. Cubaan Peguam Negara Gani Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees.

Afadivit saya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadap saya berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.


18 June 2009

10 MP PAS Menyokong Pendirian TGNA

10 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan kepada ketegasan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) yang menolak sebarang rundingan oleh parti itu jika menjurus kepada kerajaan perpaduan. Jurucakap kumpulan itu, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) berkata beliau dan rakan-rakannya menyokong pendirian TGNA mahukan ahli2 berpegang kepada keputusan muktamar PAS.

"kami ahli2 parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuh PR dan menolak sebarang kerjsama dengan UBN termasuk isu Kerajaan Perpaduan yang heboh dan panas diperkatakan. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, persoalan kerajaan Perpaduan ini tidak pernah menjadi agenda PAS seperti yang disebutkan oleh wakil rakyat PAS semalam di Dewan Rakyat"

10 Ahli Parlimen PAS yang telah menandatangani kenyataan akhbar yang di bacakan kepada media di Parlimen hari ini. Mereka adalah:

1) Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)

2) Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor)

3) Kamaruddin Jaffar (Tumpat)

4) Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

5) Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa)

6) Taib Azamuddin (Baling)

7) Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

8) Siti Zailad Mohd Yusof (Rantau Panjang)

9) Mohd Hayati Othman (Pendang)

10) Khalid Samad (Shah Alam).

Terabaikah Isu 'Konspirasi Liwat 2'?

Dalam sibuk melihat dan mendengar isu 'panas' sekarang ini iaitu kerajaan perpaduan, akan lupakah kita kepada 'Wira Arus Perubahan', DSAI akan terpaksa melalui detik2 hitam buat kali keduanya. Kes beliau dijangka akan mula didengar pada awal July ini.

Tergamakkah kita membiarkan Wira kita ini berseorangan dalam menghadapi konspirasi yang jelas bertujuan untuk 'mematikan watak' beliau sepertimana yang beliau 'terpaksa' menempuhinya sebelum ini walaupun ianya begitu pahit sekali. Tetapi beliau dengan tabah melaluinya demi untuk 'membuka mata dan minda' rakyat......

Tak terlintaskah difikiran kita bahawa, ramai2 pemimpin dalam negara kita terutamanya daripada UBN yang sanggup melalui detik2 hitam sedangkan sebelum ianya 'digerakkan', sudah ada pilihan samada mahu mengalah ataupun mahu melawan.

"Mahu mengalah...', selamat, mahu lawan..., terimalah akibatnya daripada
'sang penguasa' yang begitu angkuh dan sombong. Mereka sudah menyiapkan 'segala skrip' buat para pelakonnya".

Berkat daripada 'pengorbanan' beliau, maka lahirlah PR yang telah hampir2 dapat menawan Malaysia pada PRU-12. Tapi sekarang adalah 'serangan hebat' daripada musuh dimana mereka telah menggunakan 'jentera' mereka dari dalam parti komponen PR. Yang jelas sekarang, PAS adalah 'mangsa' (mungkin yang terakhir) yang 'dipaksa' untuk turut terlibat dalam projek yang jelas bertujuan untuk 'memecah-belahkan' perpaduan yang ada dalam PR.....

Bagi saya, serangan ini juga bertujuan untuk mengalihkan perhatian para penyokong dan pendokong PR agar 'melupakan' apa yang telah berlaku sebelum ini. Bagi mereka, kita mungkin akan terlupa siapa sebenarnya 'pencetus' arus perubahan ini. Jadi, senanglah kerja mereka untuk menghumban Wira kita, DSAI kepenjara kembali.....

Petanda detik2 hitam ini akan berlaku lagi ialah semasa mahkamah telah dijadikan tempat 'harapan' untuk menyelesaikan kemelut diPerak. Mereka (UBN) dengan angkuhnya telah menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memberi kemenangan kepada Nizar.

'Kuasa VK Lingam' dilihat masih lagi mempengaruhi keputusan. Biarpun segala bukti dan Suruhanjaya Diraja telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah 'original', semua yang terlibat dalam video klip ini masih lagi tidak dituduh sebagai pesalah. Dengan puak yang sebegini kita hendak percaya untuk dibuat kawan ???

Sekiranya apa yang telah 'diatur' berjalan lancar dimana '2 watak utama' iaitu TGNA dan DSAI dapat 'dimatikan dalam satu masa',tidak mustahil pada masa itulah juga Najib akan membubarkan Parlimen bagi mendapat mandat yang baru daripada rakyat. Sudah pasti mereka mengharapkan suasana PRU-11 berulang lagi dengan pertolongan isu kerajaan perpaduan.

Berjaya ataupun tidak mereka tak kisah. Yang penting, mereka telah berjaya 'mencetuskan' satu suasana yang mana ada sekarang. Sekiranya lambat diselesaikan, PR akan 'gagal' melaksanakan 'tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat' bagi 'merialisasikan' impian rakyat. Maka hancurlah impian rakyat Malaysia untuk melihat perubahan sepertimana yang kita semua fahami sebelum ini.....

Laporan HKL: Tidak Ada Bukti Saiful Diliwat

Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,” kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut.

(TVA)

Tanduk2 Telah Mula Muncul Di Kepala

Serangan yang seterusnya mensasarkan TGNA untuk mempamerkan beliau seorang yang panas barang. MStar Online melaporkan "Desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa pemimpin parti itu. Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Apakah ini benar menunjukkan ada satu pihak yang cuba 'menyerang' TGNA diatas pendirian tegas beliau mengenai kerajaan perpaduan? Sekiranya suasana ini memang berlaku, jelas sistem yang digunakan ini 'mirip' UMNO punya stail.

Maka,'tanduk2 telah mula tumbuh dikepala'.Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan telah ikut sama dalam isu ini. Beliau mengatakan PAS tidak perlu melibatkan DAP dan PKR dalam perbincangannya dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan kerana PAS mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu2 perpaduan orang Melayu dan tidak perlu meminjam kekuatan parti lain.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin pula berkata kenyataan TGNA itu adalah disebabkan beliau risau penguasaan PAS terjejas di Kelantan.

Nak bincang apa lagi. Isu ini lahir semasa DSAI sedang sibuk mengaturkan projek 16 Sept. Kalau tidak kerana Pak Lah yang 'membocorkan rahsia' ada 'pakatan ikut pintu belakang' yang sedang giat diatur untuk merialisasikan 'pakatan PAS/UMNO'.

Bulan depan DSAI terpaksa menghadapi untuk kali ke-2 tuduhan yang direka untuk 'mematikan watak' beliau dari pesada politik negara kita buat kedua kalinya. Kemana semua semangat membara yang telah dicetuskan oleh insan yang bernama DSAI selama ini? Jalan yang begitu sukar telah ditempuhi bersama, begitu senang sekali rupanya untuk 'menyelesaikannya' dengan hanya melalui kerajaan perpaduan.

Percayalah, begitu ramai rakyat Malaysia yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.....

17 June 2009

Bukan Main2 Lagi Nampaknya.......

Isu kerajaan perpaduan makin menampakkan yang ianya sudah dirancang begitu rapi sekali. Mereka2 yang terlibat sudah menunjukkan yang mereka tidak akan memandang kebelakang lagi. Kumpulan mereka ini sudah menyiapkan segala fakta yang untuk diperdebatkan yang bertujuan untuk 'mengelirukan rakyat'.

Dimanakah 'perikemanusian' mereka yang sanggup melihat TGNA terpaksa menanggung permasaalahan yang dicetuskan oleh orang lain? Hari ini TGNA terpaksa menghantar isyarat yang tegas kepada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa iaitu:

"tinggalkan parti PAS dan letak jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih inginkan kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran idea peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas PR. Kalau benar Nasharuddin nak setuju, lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan di Bachok".

Kenyataan penuh TGNA:

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas. Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya. Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita. Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.

DSAI Mohon Mahkamah Tarik Balik Kes Liwat

Ketua Pembangkang DSAI hari ini mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk ditarik balik pertuduhan liwat ke atas beliau serta meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 1 Julai. Permohonan itu difailkan oleh peguam Anwar Sankara Nair petang tadi.

Menurut Sankara, pertuduhan itu adalah satu lagi konspirasi politik untuk membunuh kerjaya politik anak guamnya. Pertuduhan itu berniat jahat, menindas dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Walaupun wujud keterangan-keterangan sah dari pakar-pakar yang menolak berlakunya kejadian liwat sebagaimana yang didakwa oleh pengadu, pihak pendakwaan telah masih meneruskan pendakwaan jahat terhadap Anwar.

Ini permohonan kedua DSAI dalam tempoh seminggu. Rabu lalu, beliau memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengarahkan Pejabat Pendakwaraya menyerahkan bukti kes yang relevan kepada pembelaannya. Penyerahan itu adalah termaktub dalam Kanun Acara Jenayah bagi memastikan hak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan terbaik.

Walaupun perbicaraan akan bermula kurang 2 minggu, pejabat Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam DSAI dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008. Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Permohonan itu akan didengar Isnin depan.

(sumber TVA)

Pembelaan Nizar Di Mahkamah Persekutuan Terjejas

Pembelaan kes Menteri Besar Perak Datuk Sri Nizar Jamaluddin melawan Dr Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan terjejas ekoran sikap hakim-hakim Mahkamah Rayuan lambat mengemukakan ulasan keputusan kehakiman.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Nizar berkata ulasan keputusan kehakiman ini penting bagi membolehkan para peguamnya mempersiapkan pembelaan rapi di Mahkamah Persekutuan.

Namun dengan kesulitan ini, peguambela Nizar terpaksa meneka mengapa Mahkamah Rayuan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

“Kita telah meminta ulasan kehakiman banyak kali namun sehingga ke hari ini mereka belum menghasilkannya,” kata Nizar.

Sebelum ini, Hakim Dato’ Md Raus Shariff bersama-sama Hakim Dato’ Zainun Ali dan Hakim Dato’ Ahmad Maarop di Mahkamah Rayuan mencapai keputusan kontroversi dengan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Mengikut amalan standard badan kehakiman, mereka mempunyai 30 hari untuk menghasilkan ulasan keputusan kehakiman, dan dalam kes Nizar, mereka mempunyai masa sehingga 19 Jun untuk mengemukakan dokumen tersebut.

Nizar berkata para peguamnya telah mengemukakan surat kepada hakim terbabit. Nizar juga menjelaskan jangka masa 30 hari tidak boleh dijadikan alasan mengapa ulasan kehakiman tidak dapat keluarkan dengan lebih awal.

Lagipun, kata Nizar, Mahkamah Rayuan pernah membuktikan mukjizat dengan meluluskan rayuan Dr Zambry dalam masa kurang dari 24 jam.

Mahkamah Rayuan menyegera dan meluluskan permohonan Dr Zambry untuk membekukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

(SuaraKeadilan)

Syarat Baru Kearah 'Kerajaan Perpaduan'

Bila isu ini nampaknya sudah boleh dikatakan 'serius', syarat 'terbaru' telah dikeluarkan oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali iaitu:

'Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga 2 lagi rakan kongsinya dalam PR. Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno'.


Semacam dah 'dipaksa' pula PKR dan DAP untuk 'mengiyakan' projek Kerajaan Perpaduan ini. Kemana hilangnya segala penat lelah dalam perjuangan ini? Rakyat bersama PR 'bersatu hati' dalam perjuangan ini iaitu UMNO adalah 'target utama' yang patut digulingkan. Akibat dari pemimpin mereka sendiri, parti yang 'gah' sebelum ini iaitu UBN sedang menuju kehancuran.....

Apakah keuntungan yang rakyat akan dapat daripada 'dongengan' ini sekiranya ia menjadi 'realiti'? Rakyat semacam tidak percaya untuk memberi peluang kepada UMNO. Isu ini sepatutnya sudah 'wajib' ditutup selepas sahaja Majlis Syura keluarkan arahan untuk berbuat demikian. Sekarang semacam PKR dan DAP terpaksa melayan isu yang tiada untungnya buat masa ini kepada PR.

Plan asal 'perubahan' juga pastinya terbantut akibat daripada 'taktik' pihak2 yang tak bertanggungjawab ini.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA