" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 June 2009

'Geng Hadi' Berlagak Seperti Ketua Dalam PR

Kalau ikutkan memang malas nak melayan isu 'kerajaan perpaduan' dah. Tapi bila tengok saja ulasan Hadi dalam blog pro PR atau yang sama rata, terasa pula terpanggil untuk menulis kerana sudah tentu ianya bukan rekaan. Lainlah kalau melalui media arus perdana atau pun TV3 Suku.

Dalam blog TVAntara ada artikel yang bertajuk 'Tiada Muqabalah Hingga Umno Patuh Perlembagaan, Bebas Media, Pulih Kehakiman'. Ini bermakna sudah jelas dan nyata 'geng Hadi' ini memang inginkan pakatan dengan UMNO dan juga mereka semacam telah 'merampas' tempat utama dalam PR dengan bertindak tanpa istilah 'Pakatan' yang sebenarnya.

Pada Muktamar PAS baru2 ini juga dikatakan kroni2 UMNO telah memberi sponser yang agak besar.. Sampai ke hari ini, kita belum mendengar penafian daripada pihak yang berkenaan.

Sekarang tak kira siapa sahaja yang menyerang 'geng Hadi' ini adalah semata-mata kerana kita sayangkan PR. Bukannya kita menyerang PAS, hanya 'geng Hadi' sahaja yang tak habis2 buat hal, maka geng ini 'berhak' diserang.

Hari ini 'geng Hadi' telah bermesyuarat 6 jam bersama saf pimpinan Diapit Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan baru, Idris Ahmad Abdul Hadi. Mereka ( geng Hadi) bertegas, 'Umno harus akur pada tuntutan PR untuk melaksanakan reformasi keatas sistem negara, sekiranya parti itu ikhlas mahu memupuk perpaduan'.

Hadi juga berkata, isu kerajaan perpaduan BN-PR ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS, mahupun pada peringkat mesyuarat dasar PR. Kepimpinan PAS yang memperolehi mandat perwakilan pada muktamar minggu lalu akan memberi tumpuan penuh memperkukuhkan saf parti disamping memperkasakan PR.

Tak habis2 buat hal..!!! Tengok.., senang bagi mereka menggunakan nama PR. Yang geng kamu duk meeting dengan saf kamu sahaja, kenapa gunakan nama PR ??? Hanya itu sahaja ke.. pemimpin PR yang ada sekarang ???? Mursyidul Am (TGNA) pun tak dipanggil.

Kalau nak suruh orang lain tak perbesarkan atau 'tutup', geng kamulah yang terlebih dahulu 'harus tutup' dan jangan diperdendangkan lagi dengan 'acuan' kamu tanpa berbincang dengan pemimpin PR yang lain. Sekiranya kamu gagal membuktikan istilah 'PR yang benar2 menunjukkan Pakatan', lebih baik kamu gunakan istilah 'Pakatan Hadi And The Geng Bersama UMNO' sahaja selepas ini......

4 comments:

yeols said...

Permasaalahan ini 'harus' diselesaikan segera...... Jgn nanti individu yg sudah dijangkiti virus UMNGOK ini merosakkan impian majoriti rakyat Malaysia yg mahu melihat perubahan..............

serupasekala said...

BETUL BETUL BETUL


HARAP FAHAM

DR 1221 said...

Sekarang DAP sudah dapat berkuasa secara total di P Pinang. Walaupun PAS ada satu kerusi DUN, tetapi PAS tercampak seperti sampah hanyut. Kerana DAP sudah cukup kuat - bantuan PAS tidak diperlukan.

Di Negeri Perak, oleh kerana DAP tidak cukup kekuatan untuk memerintah secara total, maka PAS terpaksa mereka persetujui dilantik Menteri Besar. Sedangkan pada mula nya mereka berkeras tidak mahu PAS dilantik MB Perak. Baginda Sultan lah pada akhirnya memberi kata putus bahawa PAS mesti dilantik sebagai MB Perak.

DAP memang ada menyimpan niat buruk terhadap melayu/Islam. Kambing pujaan anda telah berkata: "Langkah mayatnya dahulu kalau mana2 pehak mahu jadikan Malaysia Negara Islam". Adakah PAS buta dan tuli?

lempentalam said...

kenapa tak suruh BN serahkan PERAK pada PR/bubarkan DUN.Org yang memimpin PAS lemah dari segi taktikal.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA