" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 June 2009

Tiada Maaf Bagimu, Kiranya Benar....

Dalam masa UBN sedang menghitung hari2 'kematian', ada pula pemimpin dalam PR yang mungkin telah begitu lama 'tergila-gilakan' untuk menduduki tempat teratas dalam kerajaan Malaysia, 'berikhtiar' untuk menidakkannya.

Mungkin bagi mereka selagi berada dalam PR, begitu sukar untuk menjadikan impian mereka itu sebagai 'realiti'. Mungkin mereka sedar, dalam PR sudah ada pemimpin yang sukar digugat kedudukannya dan pemimpin inilah yang akan diangkat sebagai PM sekiranya PR berjaya mengambil-alih kerajaan Malaysia.

Isu yang tidak menyenangkan ini telah mula diperdendangkan semasa DSAI sedang sibuk menyusun strategi bagi menjayakan apa yang dipanggil '16 Sept'. Tarikh ini kalau mengikut seperti mana yang dirancang oleh DSAI, ianya adalah tarikh bersejarah dimana PR akan mengambil-alih kerajaan Pusat daripada BN.

Dengan sebutan yang berbeza, namun matlamatnya tetap sama iaitu PR 'wajib diganggu' sedaya yang mungkin bagi menyekat 'kemaraan' PR dan pada masa yang sama, turut menggagalkan impian rakyat Malaysia yang mahukan 'perubahan'. Bukti kejayaan 'projek' ini sudah jelas dan nyata iaitu tarikh keramat 16 Sept berlalu begitu sahaja......

Isu ini telah kembali berkumandang. Cuma kali ini nampaknya dengan lebih berani kerana ianya telah diperdendangkan dalam Muktamar PAS. Kesannya kali ini amatlah merbahaya kepada PR kerana:

-kawan2 dalam PR mula sangsi kepada PAS

-rakyat terutamanya yang bukan Islam mula 'sangsi' serta hilang keyakinan kepada PAS

-penyokong2 PR termasuklah ahli2 PAS sendiri telah mula merasa keliru, samada benar atau tidak PAS mahu membentuk kerjasama dengan UBN.

Adakah ianya akibat daripada desas-desus yang mengatakan akan berlaku usul undi tidak percaya terhadap Najib apabila bersambungnya sidang parlimen bulan depan? Bagi saya sekiranya usul ini memang dirancang, ianya adalah melibatkan usaha Pak Lah bersama angkatannya yang masih sayangkan beliau dalam parlimen bersama-sama dengan Ahli Parlimen PR yang diketuai oleh DSAI akan menyokong usul tersebut.

Jadi desas-desus yang mengatakan Pak Lah mewakili BN akan bersama-sama dengan PAS bagi membentuk kerajaan perpaduan adalah satu andaian yang sukar diterima kerana, adalah mustahil bagi Pak Lah untuk 'menganiaya' kawan seperjuangan beliau, DSAI.

Ini kerana, semasa DSAI dalam penjara pun Pak Lah telah membebaskan beliau (DSAI) serta menggugurkan semua 'pertuduhan rekaan' yang sedang menanti sebaik sahaja Pak Lah menjadi PM menggantikan Che Det yang telah banyak 'mencipta' kerosakkan dalam negara kita. Lainlah dengan 'segelintir pemimpin' yang tergamak melakukannya.

Akibat daripada rasa kecewa, rakyat yang menaruh penuh harapan kepada PAS kerana parti itu memegang teguh kepada ajaran Islam akan beralih arah kepada PKR pula. Sekiranya ini berlaku, mereka (UBN dan yang sewaktu dengannya) tetap menganggap ianya sebagai satu kejayaan kerana PR berjaya 'diganggu' buat kali keduanya...

Jadi, tidak mustahil sekiranya isu ini berjaya 'mengganggu' PR dan juga mereka berjaya menghumbankan DSAI kepenjara buat kali kedua dengan menggunakan 'konspirasi' yang sama, BN pimpinan Najib akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13. Mungkin bagi mereka, pada masa itulah keadaan dirasakan selamat bagi mereka.....

Namun, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, tidak kiralah samada apa yang dirancang tidak menjadi. Harus diingat, sekiranya terbukti, rakyat tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang sanggup menjadi 'pembelot' dalam PR !!!

1 comment:

Anonymous said...

Pada saya apa yang berlaku adalah hasil kebodohan stretegik dua pemimpin Pas.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA