" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 June 2009

PKR Berusaha Yang Terbaik Untuk Rakyat

PKR akan mengadakan kongres khas pada Sabtu ini (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas.

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR.

Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.

Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.

Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti.

2 comments:

cheguBard said...

sila klik link tajuk dibawah untuk membaca kenyataan berkenaan

* Kewujudan kenyataan bersumpah kaitakn pegawai tertinggi PDRM dengan layanan istimewa kongsi gelap harus dipandang serius


* kerajaan negeri sembilan gagal pelihara sistem beradat dalam adat perpatih


* penjualan saham oleh MAINS holeding rugikan umat Islam NS


* selamatkan tanah adat di Rembau


dan banyak lagi termasuk pendedahan terbaru Pengarah BPR NS terima 'habuan' dari MB Negeri sembilan.

layari http://chegubard.blogspot.com

yeols said...

Caya....lah CheguBard.. Teruskan pembongkaran mereka2 yang seangkatan dengan pemimpin2 UMNO yang begitu rakus oleh kerana mereka masih mempunyai sisa2 kuasa yang tak lama lagi akan kembali kepada rakyat....

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA