DSAI mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.
Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu.
DSAI mengemukakan hujah2 itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira2 2 minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai.
Dalam mengemukakan 98 hujah itu, DSAI menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas 4 sebab utama :
1- Pertuduhan itu adalah konspirasi politik
2- Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan
3- Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan
4- kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah.
Peguam DSAI Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat.
Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu. Dalam affidavit itu, DSAI berkata:
Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terbaru kerana menganggap saya sebagai ancaman utama kepada beliau. Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib.
Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya. Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib? Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya.
Kes liwat kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadap saya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam.
Gani Patil dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya pada tahun 1998. Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa saya dalam insiden mata lebam.
Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan.
Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya.
Tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998. Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.
Dalam kes rasuah, sampel darah saya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk 'satu penipuan yang nyata'. Dalam kes liwat, pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizan Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah. Cubaan Peguam Negara Gani Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees.
Afadivit saya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadap saya berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
19 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
June
(68)
- Dedah Bukti Tahanan ISA Pengganas Sekarang!
- Tutup Mulut Jika Enggan Terima Pelawaan TGNA
- Himpunan Perdana Pakatan Rakyat
- DSAI: Hubungan Polis Dan Samseng Dikecam
- Foto2 Semasa Pengumuman Calon UBN
- DSAI: PKR Tetap Tolak PPSMI
- Calon UBN Telah Bertukar!
- Che Jalal Muda Pilihan UBN Di Manek Urai
- Najib Berani Ke?
- UBN Cuba Sogok Pengundi Pulau Pilihanraya?
- Imbas Kembali Kehebatan UBN
- Live Dari Manek Urai…
- Pembabitan Tentera Di Manek Urai?
- Calon PAS Manek Urai Ialah ...
- Tak Payah Bermegah Dengan Hanya Meminda
- Foto2 Dari Manek Urai
- UMNO Kelantan Bakal Goyah?
- Biarlah Benar2 Ini Yang Terakhir
- PR Sepakat Tolak 'UG'
- Permohonan DSAI Ditunda Ke 1 Julai
- Pertemuan 4 Mata DSAI Bersama TGNA
- Tok Pa Turut Menari Rentak UG
- DSAI Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak
- Memali Dalam Ingatan
- PKR Mahu Adakan Perbincangan Terbuka Dengan Najib
- Beranikah UMNO Buat Perubahan Sebagaimana PKR?
- Video Sidang Media Peguam DSAI
- PAS Umum Calon Manek Urai 26 Jun
- DSAI Tidak Tolak Kemungkinan Di Penjarakan Lagi
- Affidavit DSAI Membongkar Perekacipta Konspirasi
- 10 MP PAS Menyokong Pendirian TGNA
- Terabaikah Isu 'Konspirasi Liwat 2'?
- Laporan HKL: Tidak Ada Bukti Saiful Diliwat
- Tanduk2 Telah Mula Muncul Di Kepala
- Bukan Main2 Lagi Nampaknya.......
- DSAI Mohon Mahkamah Tarik Balik Kes Liwat
- Pembelaan Nizar Di Mahkamah Persekutuan Terjejas
- Syarat Baru Kearah 'Kerajaan Perpaduan'
- 'Kerajaan Perpaduan' Yang Tiada 'Keikhlasan'
- Giliran Najib Pula Dendangkan 'Kerajaan Perpaduan'
- Konspirasi 1998 Berulang ?
- DSAI: Dasar Umno-BN Yang Haru Biru
- PKR selar Speaker Parlimen Gantung Nizar dan 6 lagi
- 1 Ogos : Perhimpunan Mega Prostes Akta ISA
- DSAI Pertahan Tindakan Nizar
- Nizar Dihalau Dari Parlimen
- Kes DSAI Didengar 22 Jun
- 'Geng Hadi' Berlagak Seperti Ketua Dalam PR
- PKR Berusaha Yang Terbaik Untuk Rakyat
- Tiada Maaf Bagimu, Kiranya Benar....
- Isu Kerajaan Perpaduan Dijangka Selesai ?
- Antara PAS dan ‘Sisters In Islam’
- TGNA: Kerajaan Perpaduan Perkara Karut !
- Kerajaan Perpaduan: Pendedahan, Penafian, Penipuan?
- Kesimpulan, Erdogan Menjadi Pilihan
- Nasharuddin Mat Isa kekal Tim, Presiden PAS
- Bersama Membawa Agenda Perubahan-DSAI
- Lupakan Saja Rundingan PAS-UMNO
- Keputusan Pemilihan Diketahui Esok
- Apa Lagi Yang Tidak Kena Di Pulau Pinang?
- Dr Mansor Sah Sebagai TKM 1 P Pinang
- Nizar Tetap Mengharapkan Keadilan
- Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 Bermula
- Teralihkah Tumpuan Rakyat Dengan Isu Manohara?
- Dr Mansor Angkat Sumpah TKM1 Rabu Ini
- Erdogan Beri Kelebihan Kepada PAS
- Najib Kata Penanti Bukan Pengukur Populariti
- Terbukti PR Masih Pilihan Rakyat!
-
▼
June
(68)
No comments:
Post a Comment