" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 June 2009

Isu Kerajaan Perpaduan Dijangka Selesai ?

Begitu senang sekali bagi Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa membuat andaian yang beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin PR akan dapat diselesaikan setelah Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Beliau mengatakan, perbincangan antara PAS dan UMNO bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Ini merupakan 'kejutan' bagi saya kerana tidak disangka-sangka Hadi dan Nasha senyap2 dapat mengilhamkan 'perancangan' mengalahkan pemimpin2 lain dalam PR. Pada awalnya perancangan mereka seumpama gerakan 'gerila bawah tanah'.

Apabila taktik bawah tanah sudah terbongkar sebelum mencapai kejayaan seperti yang diimpikan, barulah mereka 'terpaksa' membuat pengakuan memang ada perancangan kearah untuk 'bersama' dengan UMNO demi kesejahteraan kepada rakyat dan negara bagi pemikiran mereka.

Ini juga bermakna 2 pemimpin tertinggi PAS ini telah 'memecut dengan laju' kedepan meninggalkan pemimpin2 lain dalam PR termasuklah Mursyidul Am PAS, TGNA dan juga Ketua Umum PKR serta PR, DSAI. Beginikah caranya untuk mempamerkan ungkapan 'kesejahteraan kepada rakyat dan negara'?

Sebelum ini PKR hanya mengambil sikap 'berdiam diri' dalam permulaan isu sehinggalah 3 hari lepas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali telah mengatakan isu ini tidak pernah dibawa dalam mesyuarat PR. Mungkin isu ini sudah semakin serius dan ini akan 'membantut' usaha PR untuk mengambil-alih tampok pemeritahan negara daripada BN.

Janganlah kita lupa, DSAI telah memilih untuk 'berkorban' demi kesejahteraan rakyat dan negara dengan menolak semua tawaran yang dibuat oleh Che Det dan memilih untuk menerima apa sahaja perancangan jahat yang telah diatur kepada beliau. Oleh kerana keberanian dan keyakinan beliau, Che Det telah menghumban beliau kedalam penjara. Terbukti..., pengorbanan DSAI tidak sia2...

Disinilah bermulanya arus perubahan yang begitu menakutkan BN sehingga sekarang. Bulan depan beliau terpaksa menempuh lagi 'sejarah hitam' yang telah diatur oleh BN untuk 'menghumban' beliau sekali lagi kepenjara.

Kenapa 2 pemimpin tertinggi PAS ini tergamak untuk 'meninggalkan kawan', sedangkan kerana 'pengorbanan' kawan inilah, parti yang mereka pimpin telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa daripada semua bangsa dinegara kita? Kenapa mereka sanggup untuk membuka pintu kepada parti yang telah bertanggungjawab keatas semua kerosakkan dinegara kita?

Jelas dan nyata, perancangan kearah penyatuan ini adalah 'sesuatu yang karut' seperti yang telah diulas oleh TGNA. Saya pun dah malas nak ulas panjang lebar mengenai isu ini kerana bagi saya memang ada 'sesuatu yang tidak kena' tidak kiralah apa pun alasan yang diberikan....

3 comments:

GOMO said...

KERAJAAN PERPADUAN DEMI MENYELAMATKAN PAS DARI KES LIWAT ANWAR AL-JUBURI http://www.gomounited.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-demi-menyuci-dosa.html

PAS PUN NAK SELAMAT JUGAK DARI BALA BESAR ANWAR AL-JUBURI NI BRO...

Pro PR said...

Kerajaan perpaduan demi kesejahteraan duniawi... Bukan PAS.., hanya beberapa orang pemimpin dalam PAS yang berjiwa UMNO..........

Anonymous said...

Ahli PAS mesti mendesak diadakan usul kha utk pecat Presiden dan Timb Presiden..Mereka boleh bergabung dengan UMNO tpi bukan dengan PAS...letak jawatan dan masuk UMNO..mana2 pemimpin PAS yg jadi pak turut boleh ikut sekali..tetapi bukan Parti PAS...barulah benar kita ble lihat samaaada mereka ni dapat sokongan penuh dari ahli2 PAS atau tidak..ingat majoriti Husam dan Mat sabu jika digabungkan lebih tinggi dari Nasarudin..begitu jugak DS Nizar mendapat bilangan undi yg tertinggi..dan Naib2 Presiden juga tergolong dalam golongan Ulama..Hj Hadi tolong buang Serban anda dan tunjuk kejantanan kepada rakyat..tolong jgn jadi pengecut!!Ingat sedangkan rakyat negeri anda sendiri tidak menyokong PAS dan memilih UMNO sebagai Kerajaan Terengganu..kepimpinan Haji Hadi amat lemah!!!

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA