

Hari ini giliran Najib pula mendendangkannya. Beliau mengatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang. Dalam rancangan Hujah juga telah menjadi tajuk utama mengenai isu muzakarah PAS/UMNO. Tetapi tetamu malam ini kedua-duanya sebelah UBN. Ulasannya terang dan nyata iaitu mereka bertindak sebagai 'batu api' semata-mata, tidak lebih dari itu.
Pihak yang 'pro-kerajaan perpaduan' juga turut tidak ketinggalan dalam memberi reaksi kepada kenyataan Najib. Mengikut MStar Online, Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas PM dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.
Siapakah sekarang yang telah 'gagal' dalam saranan agar semua pemimpin tertinggi PAS 'tutup mulut' dari memperkatakan isu ini? Sepatutnya tak payah dilayan terus kenyataan Najib ini.
Sebelah sini arah tutup (PAS), sebelah sana (UMNO) pula perdendangkan. Bila sebelah sana perdendangkan, sebelah sini pula ikut menari mengikut rentak. Tidak diketahui samada penari ini sedar ataupun tidak, bahawa tariannya itu begitu 'sumbang dimata rakyat'.
Tidak sedarkah lagi wahai pimpinan tertinggi PAS yang 'pro-kerajaan perpaduan' ini bahawa pemimpin UMNO yang inginkan isu ini diperdendangkan tak lain dan tak bukan adalah bertujuan untuk 'merosakkan PR' dan dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka (UBN) untuk menggunakan 'talian hayat' dalam 'ikhtiar terakhir' mereka bagi memanjangkan lagi umur mereka.
Sepatutnya disaat dimana PR perlu bersiap sedia untuk menggantikan kerajaan UBN, semua pimpinan utama setiap parti komponen dalam PR perlu 'bersatu hati' bagi memperkukuhkan 'Pakatan' dan menolak terus UMNO. Ini kerana telah terbukti selama ini UMNO adalah sebuah parti yang angkuh dan tidak boleh 'dipakai langsung' untuk dibawa berunding. Ianya terbukti mengikut rekod yang dulu2...... Benar sekali pendirian tegas TGNA (Mursyidul Am PAS) berkenaan dengan isu ini.......
1 comment:
Ya lah bila orang dah offer nak jual murah atau lelong barang yang sangat berharga maka mistilah ramai yang tertarik terutama pelanggang yang sangat perlukan benda itu.Dan sale mannya pula bukan sebarangan orang,Makan secara rengkasnya.Perwakilan PAS dalam muktamar baru ii telah menlantik Ustaz Nazza sebagai timbalan Presiden merankap juru jual Parti yang akan menjual Parti dengan harga yang murah demi mendapat habuan dunia yang sedikit.Ni lah Ulamak akhir Zaman.
Post a Comment