" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 June 2009

Bersama Membawa Agenda Perubahan-DSAI

Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam perutusan sempena muktamar PAS ke 55 di Shah Alam melahirkan rasa bangga terhadap perjuangan PAS dalam politik negara.

Menurut beliau, Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.

"Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim," ujar beliau.

Tulisan Dr Burhanudin serta masyarakat dan Syariat Prof Zulkifli telah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.

Jelas beliau lagi apa yang dinikmati PAS kini melalui perjuangannya dan tidak ada pihak pun yang berhak menafikan sumbangan PAS dalam menjalankan sistem demokrasi di Malaysia.

"Momokan ciptaan Umno-BN bahawa PAS tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihan raya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan," kata beliau lagi.

Beliau berharap selepas muktamar ini, PAS akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih utuh dengan Pakatan Rakyat.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA