" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 June 2009

Apa Lagi Yang Tidak Kena Di Pulau Pinang?

Baru sahaja selesai dalam permasaalahan mencari pengganti bekas TKM 1 Pulau Pinang, hari ini sudah timbul isu lagi dimana 8 ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, telah mengambil tindakan memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait pagi tadi.

Tindakan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan keputusan KM, Lim Guan Eng kerana tidak berunding dengan PKR terlebih dahulu mengenai pelantikan itu (melantik kakitangan awam memegang jawatan tersebut).

Ini juga dilihat sebagai cabaran pertama buat TKM 1 P Pinang,Dr Mansor Othman, yang baru semalam mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Mereka yang memboikot mendakwa, sebelum ini, PR Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politk sebagai presiden MPSP sehingga pilihanraya tempatan menjadi kenyataan.

Diharapkan kerajaan PR Pulau Pinang dapat selesaikan masaalah ini secepat mungkin. Jangan sampai pihak musuh menyemarakkan lagi isu ini bagi memecah-belahkan PR. Harus kita ingat, pihak 'musuh' sentiasa memikirkan bagaimana caranya untuk berbuat demikian. Lagikan yang tiada isu pun mereka 'berikhtiar' menciptanya, inikan pula memang wujud 'sesuatu yang tidak kena' (sekiranya benar) dalam PR itu sendiri.....

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA