Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan DSAI pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya. Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan beliau bagi membuang kes tersebut. Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama. Beliau memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.
Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mat Saiful.
No comments:
Post a Comment