
Rabu lepas, DSAI memfailkan satu notis usul memohon perintah mahkamah supaya pendakwa raya membekalkan segala dokumen dan bahan bukti sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula pada 1 Julai.
Walaupun peguam beliau meminta bahan-bahan kes seawal tahun lalu, Pendakwa Raya masih belum menyerahkan rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
DSAI memohon kepada mahkamah melepas dan membebaskan beliau dengan segera daripada pertuduhan itu atau menggantung perbicaraan jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah itu untuk membekalkannya dengan dokumen berkenaan.
(TVA)
No comments:
Post a Comment