" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

27 December 2011

Gunung Berapi Di Sulawesi Utara Meletus Lagi

Gunung Lokon mengeluarkan asap debu seperti yang dilihat dari Kitabu, Sabah Utara . Malah letusan gunung berapi ini lebih kuat lagi, memuntahkan asap debu panas setinggi beribu-ribu meter ke udara yang memaksa penduduk kampung berlumba-lumba mencari tempat perlindungan. - (AP)
Gunung Lokon di Bandar Kitabu, Sulawesi Utara, meletus tiga kali pada pagi tadi (Selasa), mengikut Volcanology dan Mitigasi Bencana Geologi Center (PVMBG). Letusan pertama berlaku pada jam 3:07 pagi waktu tempatan, dan tidak lama kemudian, di ikuti oleh dua letusan lain, katanya .

21 December 2011

Banjir Mula Surut Di Johor, Ramai Mangsa Pulang Ke Rumah

JOHOR BAHARU: Cuaca baik semenjak Selasa melihat lebih banyak mangsa banjir di Johor telah pulang ke rumah masing-masing semalam, meninggalkan hanya 2991 di pusat-pusat bantuan pada 10:00 Rabu.

Pada malam Selasa, 3265 orang berada di pusat pemindahan, menurut laporan mengenai portal Majlis Keselamatan Negara.

Ia berkata 31 pusat pemindahan masih dibuka, 16 di Kluang, lima masing-masing di Batu Pahat dan Segamat, tiga di Pontian dan dua di Kulai Jaya.

Ia juga berkata bahawa tahap Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, telah menurun dari 6.25m pada Selasa hingga enam meter tetapi masih di atas paras bahaya.

07 December 2011

FOTO KESEDARAN 5 - 6 DESEMBER 2011

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

Klik untuk sambungan foto seterusnya

24 November 2011

PRU13: Cecah RM300 juta

BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, berbanding RM200 juta untuk PRU12.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah pembangkang.

Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bila-ngan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah.

“Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10.

13 November 2011

VIDEO KESEDARAN 31 (11 NOV 2011)


" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

20 October 2011

PAS, PKR Selangor tidak ikut serta 'Himpunan Sejuta Umat'

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak akan mengambil bahagian pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) kerana menghormati keputusan kepimpinan parti.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, parti itu juga menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menjaga keamanan negeri dan tidak menimbulkan kekacauan yang memecah belahkan penduduk.

“Pas sebuah parti politik bukannya NGO. Kita telah memaklumkan kepada semua pucuk pimpinan Pas negeri ini supaya tidak menyertai perhimpunan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pas Pusat tidak menyertai Himpun di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober nanti.

11 October 2011

FOTO KESEDARAN 10 OCT 2011

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik bagi sambungan foto...

20 September 2011

Anwar: K’jaan dinasihati Apco, undang2 zalim bakal ganti ISA

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat nasihat dari firma Perunding Yahudi, Apco Wordwide.

Menurutnya, rakyat perlu berwaspada apabila ISA dibatal kerana kalangan pimpinan Umno sendiri menjangkakan, dua akta baru untuk menggantikan undang-undang itu dijangka lebih keras “asalkan bunyinya bukan ISA”.

“Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan yang disediakan oleh Apco.

18 September 2011

Nik Aziz minta Najib benarkan hudud

KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.

“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya, rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.

17 September 2011

Tindakan Najib Mansuhan ISA Kerana Terdesak, Kata Nik Aziz

SHAH ALAM 17 SEPT : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tindakan terdesak. Nik Aziz berkata akta yang berusia lebih lima dekad itu sepatutnya telah lama dimansuhkan tetapi ia hanya mahu diketepikan sekarang.

“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia,” kata beliau.

Dalam mesej menerusi laman sosial Facebooknya semalam, Nik Aziz berkata: “Saya ditanya tadi oleh wartawan tentang pengumuman pemansuhan ISA. Saya katakan, setelah berpuluh ulama ditahan di bawah akta zalim ini, kerajaan baru menyedari ISA perlu dimansuh?”

16 September 2011

Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’

Oleh Clara Chooi

GEORGE TOWN, 16 Sept — Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.

Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.

“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

Rakyat Harus Tahu Sejarah Sebenar Perjuangan, Kata Anwar

SHAH ALAM 16 SEPT : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak memahami erti kemerdekaan dan maksud sebenar pembentukan Malaysia bahawa ia adalah hasil usaha semua pihak tanpa mengira ideologi.

Malah, Anwar menegaskan negara kini berada di persimpangan sementara rakyat mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak cerita dongeng ciptaan pemerintah.

"Sejarah diseleweng demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.

14 September 2011

PR Letak Lima Syarat

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) bersetuju bekerjasama dan menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bagi pembaharuan sistem pilihan raya negara, namun meletakkan lima syarat harus dipatuhi kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian dari Pas, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, antara syarat perlu dipenuhi adalah penetapan tarikh pilihan raya umum akan datang dengan persetujuan antara Barisan Nasional (BN) dan PR.

Menurutnya, jika syarat ini diterima, maka ia akan menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya, tarikh pilihan raya umum, dipersetujui bersama untuk mengelak ketidakpuasan hati mana-mana pihak sepertimana yang telah dilakukan oleh negara-negara maju lain.

13 September 2011

FOTO KESEDARAN 13 SEPT 2011


07 September 2011

Wisma Putra Akan Bawa Pulang Pelajar Di Syria

HOMS 7 SEPT : Wisma Putra dilaporkan akan membawa pulang semua pelajar Malaysia di Syria ekoran dinegara bergolak itu semakin meruncing, lapor Radio Sinar FM pagi tadi. Terkini tentera Syria dilaporkan menembaka mati dua orang awam dalam serangan dibandar Homs, Syria. Dalam pada itu ketegangan juga telah menyebabkan rancangan lawatan wakil negara Arab di Syria terpaksa dibatalkan.
 
- TVSnews 

06 September 2011

Kenyataan Akhbar JMM Ekoran Gempa Kuat Di Sumatera

KENYATAAN AKHBAR 
( Dikeluarkan Pada 6 September 2011, 2:20 pagi)

Gempa Bumi Kuat di Sumatera Utara, Indonesia Pada 6 September 2011, 1:55 pagi Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 1:55 pagi, 6 September 2011. 

Pusat gempa bumi terletak di 2.9º Utara dan 97.6 Timurº, 363km Barat daya Pulau Pangkor, Perak. Gegaran dirasai di bahagian Selangor, W.P Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. 

Tiada ancaman Tsunami. 

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini. 

Pegawai bertugas : Ahmad Zaki Mohamad Saad Bahagian Geofizik & Tsunami 
No. Telefon: 03-79678066

Gaddafi Bakal Tersungkur

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi
Dengan apa yang berlaku di Timur Tengah di mana pemimpin diktator ciptaan 'Dajjal' satu persatu telah jatuh hanya dengan 'Gelombang Kesedaran Rakyat' menandakan Kiamat semakin menghampiri kita. Pemimpin diktator ciptaan 'Dajjal' yang telah berjaya di jatuhkan bermula di Tunisia dan di ikuti Mesir. Manakala Libya, Syria, Yaman dan lain-lain negara Arab bakal berlaku fenomena yang sama. 

Kita tumpukan perhatian kepada Libya di bawah pimpinan Muamar Gaddafi yang sedang mendapat tentangan sengit daripada pemberontak dengan bantuan Nato. Baru-baru ini, bekas Menteri Luar Libya yang telah berpaling tadah mengatakan dalam satu sidang media bahawa Gaddafi pernah membayar gaji bekas PresidenTunisia Zine El Abidine Ben Ali dan wujudnya kerjasama'peringkat tertinggi' diantara dua negara berkenaan.

06 August 2011

Harga minyak antarabangsa menurun, tapi di Malaysia?

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011.  Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80.  Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011.  Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

04 August 2011

PORT-AU-PRINCE, Haiti (AP) - Rain and wind gusts from the outer bands of Tropical Storm Emily struck Puerto Rico on Tuesday as the storm system gathered strength on a track that threatened the Dominican Republic and Haiti, where more than 600,000 people are still without shelter after last year's earthquake.

The rain fell hardest in western Puerto Rico, largely sparing the capital, but there were no reports of major damage or injuries and no immediate demand for the nearly 400 schools that were converted into emergency shelters around the island. Emily had been expected to bring up to 6 inches (15 centimeters) to the island.

Gov. Luis Fortuno declared a state of emergency and most government offices were closed. Ahead of the storm, people cleared water and other emergency supplies from store shelves and tourists fled the small Puerto Rican islands of Culebra and Vieques.

03 August 2011

PR: Pakatan Desak Sidang Parlimen Tergempar

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.

Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

28 July 2011

Storms kill over 50 in the Philippines and S. Korea, rain expected here

THE weather played havoc in Asia with over 50 people killed in the Philippines and South Korea yesterday.

In the Philippines, at least 25 people died and as many as 31 others went missing as a slow-moving tropical storm dumped enormous amounts of rain across the Philippines' main island.

Nock-Ten, named after a Laotian bird, is expected to cause more damage in the northern areas of Luzon island while bringing heavy rain to Manila.

Video Debat: Apa Selepas 9 Julai?



27 July 2011

Bersih tuntut maklum balas SPR

SHAH ALAM – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan terus menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi maklum balas terhadap tuntutan dikemukakannya sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, meskipun memorandum yang mengandungi lapan tuntutan telah diserahkan kepada Istana Negara, pihaknya mahu perbincangan bersama SPR tetap diteruskan.

“Perbincangan itu boleh membawa titik tolak kepada perubahan dalam memastikan tuntutan yang dikemukakan dapat dilaksanakan,” katanya selepas ketika ditemui ketika menghadiri Wacana Sinar Harian, semalam.

Pengawal peribadi Anwar beri keterangan susulan keganasan polis

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi Datuk Seri Ibrahim, Fayyadh Afiq Al Bakqry tiba di balai polis Jalan Travers untuk memberikan keterangan susulan laporan yang dibuatnya minggu lalu.

Ia berhubung tindakan ganas polis yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada perhimpunan aman Bersih 2.0, 9 Julai lalu..

Fayyad yang kelihatan tenang dan memakai kemeja hitam tiba kira-kira jam 2.40 petang dengan diiringi peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Beliau sebelum ini mengalami kecederaan teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya nya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan polis tepat ke arahnya.

25 July 2011

Belum layak guna biometrik: PKR

SHAH ALAM - Malaysia masih belum layak menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bebas sepenuhnya dan telus dalam mengendalikan proses pemilihan di negara ini kata Pengarah Pilihan raya Pusat PKR, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, banyak persoalan timbul bila menggunakan sistem itu, antaranya bagaimana SPR mahu memastikan sama ada seseorang itu layak mengundi atau tidak.

“Mereka tidak boleh katakan warganegara yang memiliki MyKad layak mengundi kerana sebelum ini banyak aduan diterima yang mana pengundi diberikan dua, tiga MyKad untuk mengundi.

24 July 2011

Diplomat : EU Timbang Hantar Pemantau Bebas, SPR Tidak Wibawa

KUALA LUMPUR 24 JULAI : Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

20 July 2011

Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO- Peguam

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon.

“Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain.

“Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani,” kata Edmund kepada Keadilandaily.

Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan.

12 July 2011

Bersih 2.0 - Antara Video Menarik

Bersih 2.0 Rally 2011: The Walk For Clean & Fair Elections In Malaysia

10 July 2011

Program ceramah di Kelana Jaya dihalang polis

(Oleh: Norasyikin Samsi)

PETALING JAYA: Hampir 200 anggota polis berhimpun di segenap laluan jalan di Seksyen 7 Kelana Jaya yang diadakan di Kompleks PKNS.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir pada ceramah malam ini bersama pimpinan KEADILAN.

Bagaimanapun Urusetia Dun Kelana Jaya, Anuar Yaacob berkata polis mendakwa ceramah itu tidak mempunyai permit.

Menurut catatan twitter Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, program itu dipindahkan ke pejabat beliau di Pusat Khidmat Rakyat Dataran Glomac, Petaling Jaya.

09 July 2011

Perarakan bermula, gas pemedih mata dilepaskan

Laporan Langsung

4.50 pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu. Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol. Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

4.50 pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.45 pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4:40 pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

Kuala Lumpur ‘sambut’ peserta himpunan aman, polis ganggu orang awam

KUALA LUMPUR: Bandar Kuala Lumpur yang senyap sunyi semenjak malam semalam dan dipenuhi sekatan jalan di merata tempat mula kembali ‘meriah’ dengan kehadiran peserta himpunan aman Bersih yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Namun, polis yang ditugaskan untuk mengawal keadaan mula mengganggu orang awam yang ada di antaranya keluar pada hujung minggu untuk membeli-belah bersama keluarga.

Menurut sumber, sehingga kini dilaporkan seramai 441 orang telah ditangkap polis, terdiri daripada orang awam dan peserta himpunan aman. Peserta perhimpunan sudah berada di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi lagi.

Berikut adalah laporan lintas langsung dari beberapa tempat himpunan akan mula berarak:

Anwar : Saya Ada Cara Sertai Himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan turun bersama rakyat dalam himpunan Bersih 2.0 hari ini.
Anwar menyakatan beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka dan menyokong himpunan awam berkenaan.

"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin di Program Tazkirah Perdana di Bandar Tun Razak di sini semalam.

Anwar merupakan antara 91 individu yang dihalang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini.

08 July 2011

MB Selangor pohon Titah Agong adakan referendum bebas

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau telah memohon perkenan Yang di Pertuan Agong supaya baginda menitahkan referendum bebas diadakan berhubung sistem pilihan raya di negara ini.

Menurut Khalid, permohonan tersebut telah dimaklumkan kepada baginda bagi mengetahui bilangan rakyat yang mahukan sistem pilihan raya yang lebih bebas dan adil dijalankan.

Khalid berkata, kehendak rakyat itu boleh dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan baginda sendiri.

Menurutnya, beliau terharu dan menghargai keprihatinan baginda yang sudi bertemu Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan NGO berkenaan.

06 July 2011

Himpunan BERSIH: Pakatan Gesa Najib Patuhi Janji

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

02 July 2011

Polis tahan Dr Jeya & 5 ahli PSM guna Ordinan Darurat

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan pada 2 Julai lalu ditangkap semula mengikut Ordinans Darurat (EO).

PSM dalam kenyataan media menyatakan, turut sama ialah Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha Bahagian Sungai Siput, A Letchumanan serta pemimpin pemudanya, Sarat Babu.

Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.

27 June 2011

Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

22 June 2011

Himpunan Bersih: Pemuda PAS Wilayah Sasar 60,000 Anak Muda

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) mensasarkan sekurang-kurangnya 60,000 untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasil tinjuan dan promosi yang diadakan, sokongan dan minat masyarakat khususnya golongan muda amat menggalakkan.

“DPPWP menetapkan sasaran seramai 60,000 anak-anak muda Kuala Lumpur akan menyertai himpunan kali ini.

20 June 2011

Anwar Desak Najib Jelaskan Urusan Tunai RM3.5 Bilion 1MDB

KUALA LUMPUR 20 JUN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak tentang hubungan "akrab" antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Limited sehingga mengeluarkan dana secara tunai berjumlah RM3.5 bilion.

Menurut Anwar, kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib juga bercanggah dengan laporan audit yang dikeluarkan oleh KPMG bersabit pelaburan pembangunan tanah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang mahu dinaik taraf menjadi Bandar Malaysia.

Freak storm ravages shops and homes in Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: It lasted barely an hour but a freak storm that hit the town ravaged shophouses, restaurants and houses on Saturday.

The storm, which struck at about 9pm, left restaurants with their roofs blown away.

Restaurant owner Syed Omar Syed Abu Bakar, 47, said there were about 10 customers in his outlet at the time and all were drenched when the roof was blown off.

“It happened so suddenly. One minute the customers were enjoying their food and the next they were soaked,” he said, adding that the storm was by far the worst he had ever seen in his four years in business.

17 June 2011

Gerhana Warna 'Darah Pekat'

Proses bulan ditutup bayang bumi berlangsung 100 minit

KOMBINASI foto menunjukkan keadaan bulan pada
awal hingga akhir gerhana dilihat dari Baitulmaqdis.
LONDON: Ahli astronomi di Eropah, Afrika, Asia dan Australia, berpeluang menyaksikan gerhana bulan paling lama dalam tempoh 11 tahun dan yang pertama tahun ini malam semalam.

16 June 2011

Gempa Kuat Melanda Papua New Guinea

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.6 skala Richter telah melanda Papua New Guinea pagi tadi (10.03 am waktu tempatan) degan kedalaman sebanyak 13.4 kilometer.

Pusat gempa berkenaan berjarak 109 km timur Kandrian, 144 km selatan-barat daya Rabaul, 238 km selatan Kavieng, 286 kilometer timur Lae dan 359 batu timur laut Port Moresby.

Jabatan Bencana Gempabumi di Hawaii melaporkan, gempa bumi itu tidak menghasilkan tsunami. Namun para pegawai di jabatan berkenaan berkata gempa bumi sekuat ini mampu menghasilkan tsunami di sepanjang pantai dalam kira-kira 62 kilometer dari pusat itu. Setakat ini tiada kerosakan di laporkan.

Siaran Langsung Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

SIARAN LANGSUNG SAH SEHINGGA 7.00am 16 JUN 2011 SAHAJA

KLIK SINI

LIVE DARI JABATAN MUFTI MELAKA 
(LIHAT VIDEO KECIL LIVE STREAMING sebelah kanan Web - Sekarang)
KLIK SINI

14 June 2011

KEADILAN lancar konvensyen pilihan raya 19 Jun

PETALING JAYA: Dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, KEADILAN buat pertama kalinya akan menganjurkan konvensyen khusus untuk pilihan raya, yang pertama seumpamanya dianjurkan parti politik negara ini.

Konvensyen itu akan berlangsung pada 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, ia diadakan untuk melancarkan kempen dan tema kempen KEADILAN untuk pilihan raya umum akan datang.

Beberapa Kawasan Di Pantai Barat Bergegar Ekoran Gempa Bumi Di Sumatera

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.

Mesir Menahan Pengintip Israel

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menahan seorang lelaki Israel yang kini disiasat atas dakwaan melakukan pengintipan di Kaherah, menurut pendakwa raya, kelmarin.

Suspek, Ilan Chaim Grabel dipercayai bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad, turut menghasut penunjuk perasaan supaya menentang kerajaan tentera yang memerintah Mesir selepas kejatuhan pemimpin pro-Israel, Presiden Hosni Mubarak.

Mahkamah Kaherah mengarahkan lelaki itu ditahan selama 15 hari kerana cubaan mengintip Mesir dengan niat memusnahkan ekonomi dan kepentingan politik negara itu.

Christchurch Dilanda Gempa Kuat Semalam

Christchurch: Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala ritcher telah melanda Christchurch New Zealand semalam. Lebih dari 50 gempa susulan keseluruhannya telah berlaku di negara berkenaan sejak September lalu dan ini merupakan gempa kuat yang ketiga.

Pada September lepas, gempa kuat dengan kekuatan 7.0 skala ritcher dan pada Febuari , negara berkenaan telah dilanda gempa kuat berskala 6.3 yang mengorbankan 181 orang. Namun kali ini, tidak ada korban jiwa dilaporkan, namun sekurang-kurangnya hanya 10 orang dilaporkan tercedera.

11 June 2011

Cita rasa mewah banglo Khir RM6 juta

SHAH ALAM – Kos ubah suai dan pembinaan landskap kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang berkonsepkan bali menelan belanja lebih RM6 juta.

Pereka laman, Nasir Ismail, 55, yang membuat pengubahsuaian itu dari asal berkonsepkan Asia Tropika berkata, bayaran kemudian dibuat kepadanya secara beransur sebanyak lima kali, tetapi dibayar dengan tunai kerana beliau muflis.

“Bayaran pertama saya terima pada Mac 2006, RM250,000 selepas dapat arahan daripada Mohamad Khir.

“Wang itu saya guna untuk beli barang pengubahsuaian di Indonesia,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes seleweng kuasa Mohamad Khir di Mahkamah Tinggi, semalam.

10 June 2011

Sekadar Renungan: Letusan Gunung Berapi Yang Menghasilkan Kilat Di Chile Pada 5 jun 2011


" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua

KUALA LUMPUR: Perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan menimbulkan ketakutan kepada Umno.

Naib Presiden KEADILAN, Tian berkata, laporan polis yang dibuat Pemuda Umno berhubung perhimpunan itu, merupakan gimik terakhir mereka untuk menggagalkan perancangan NGO terbabit.

“Ia gimik terakhir mereka kerana mereka juga boleh menghalang kita dengan cara lain. Mereka sengaja menggunakan tekanan politik dengan membuat laporan polis supaya mengagalkan perhimpunan itu.

“Laporan itu tidak berasas, ini hanya cara untuk mereka mencari alasan sahaja. Ia menunjukkan Umno begitu takut dengan perhimpunan rakyat,” kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Nik Aziz: Negara kebajikan selari dengan Islam

Konsep negara berkebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEMenteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya.

05 June 2011

Muktamar Tahunan PAS: Usul Bersih 2 Diluluskan Sebulat Suara

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

GOMBAK: PAS akan menganjurkan perhimpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2 ) secara besar-besaran pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur dekat sini.

Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar, di sini, Ahad.

“Dalam usul ini kita memberi tumpuan untuk mengerakkan semua organ parti serta semua barisan kepimpinan serta rakan komponen Pakatan Rakyat untuk menyertai serta menjayakan perhimpunan tersebut,” katanya ketika membentangkan usul tersebut di sini, Ahad.

02 June 2011

FOTO KESEDARAN 1 JUN 2011


VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

29 May 2011

FOTO KESEDARAN 28 MEI 2011


" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

28 May 2011

FRU ‘sambut’ Anwar di Muar

MUAR: Sanggup diperalat parti pemerintah, polis menggunakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengikuti ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran Ketua Pembangkang di lokasi ceramah di Markaz PAS Parit Pechah, Muar itu disambut sekumpulan FRU yang ditempatkan kira-kira dua kilometer dari lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis ternyata gagal menggerunkan rakyat yang dahagakan maklumat tepat yang tidak diperoleh dari media arus perdana.

26 May 2011

Viideo letusan gunung Berapi Iceland


23 May 2011

Tanah Runtuh : Selangor Rancang Wujud Sistem Amaran Awal

KAJANG 23 MEI : Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan perbincangan lebih terperinci dengan barisan exco dan perancang negeri dalam masa terdekat untuk mewujudkan sistem amaran awal yang berupaya mengesan kawasan atau zon berisiko di Selangor.

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hadir melawat tempat kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat berkata, sistem ini boleh mengesan kawasan berisiko tanah runtuh melalui sistem google.

Katanya, usaha ini dapat membuka mata orang ramai agar lebih peka sekaligus dapat mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

16 May 2011

Fitnah Liwat-Hakim mula beri keputusan

KUALA LUMPUR 16 MEI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mula memberi penghakiman bersabit pertuduhan fitnah kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Kira-kira 500 penyokong Anwar berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi dan bilangannya dijangka semakin bertambah.

Hakim Zabidin Mohamad Diah akan memberi keputusan hari ini sama ada Anwar perlu membela diri terhadap pertuduhan liwat fitnah kali kedua atau dibebaskan kerana bukti-bukti pendakwaraya tidak mencapai tahap prima facie.

01 May 2011

Tuntut gaji minimum, Dr Jeyakumar & Arul antara 17 ditahan polis

Pejuang golongan pekerja menuntut
polis segera membebaskan tahanan
KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang yang bersama-sama lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum ditahan polis dalam perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.

Ketika ini, kira-kira 300 orang masih berhimpun.

(Laporan Lanjut Menyusul)

29 April 2011

U.S. storms, tornadoes kill 45 in Alabama

BIRMINGHAM, Ala (Reuters) - Tornadoes and storms killed 45 people in Alabama on Wednesday as severe weather lashed the southeastern United States, bringing down power lines, destroying buildings and triggering flooding.

The storms were part of a series that have struck half a dozen southern states over the last few days, killing at least 66 people.

"State (emergency officials) can confirm 45 storm-related deaths today in Alabama," said Yasamie August, spokeswoman for the Alabama Emergency Management Agency.

Fifteen people were killed in Tuscaloosa, Alabama, she told Reuters.

24 April 2011

FOTO KESEDARAN 23 APRIL 2011

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

untuk sambungan foto, sila klik...

22 April 2011

Radioaktif Masuk Lautan Pasifik

KAN (kiri) bersalam dengan penduduk yang mendiami penempatan sementara di bandar raya Koriyama di Fukushima, semalam.
Lebih 5,000 terabecquerels iaitu 20,000 kali had dibenarkan loji

TOKYO: Tahap radioaktif yang masuk ke Lautan Pasifik dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang musnah awal April lalu dianggarkan mengandungi lebih 5,000 terabecquerels bahan radioaktif iaitu lebih 20,000 kali had yang dibenarkan loji itu.

Agensi berita Kyodo melaporkan ini bukan kali pertama pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) mengeluarkan data. TEPCO turut menambah jumlah kebocoran dianggarkan mencecah 520 tan.

21 April 2011

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun - 21 April 2011

KENYATAAN AKHBAR
(Dikeluarkan Pada 21 April 2011, 9:57 malam)

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 21 April 2011 jam 9:37 malam. Pusat gempa bumi terletak di 35.7º Utara dan 140.5º Timur, 4011 km dari
Timur Laut Kudat, Sabah.

Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : Puan Zaridah binti Mohd Jalal
Bahagian Geofizik & Tsunami
No. Telefon: 03-79678066

- JMM

19 April 2011

243 Puting Beliung 'Serang' Amerika

berpuluh kediaman penduduk Deltaville, Virginia rosak atau musnah dilanda puting beliung.
JACKSON (Mississippi): Sebanyak 243 puting beliung yang melanda sedozen negeri Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu, menyebabkan 45 orang maut selain kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah.

Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.

Senator Tepis Dakwaan Naikkan Cukai Tanah UUM 10 Kali Ganda

Dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda ditepis Senator Muhamad Yusof Husin.

Muhamad Yusof berkata hakikat yang tidak dapat disembunyikan adalah 3 tahun kebelakangan ini UUM menerima rebat cukai yang diberikan kerajaan negeri tatkala itu, UMNO BN.

Rebat itu membolehkan UUM membayar cukai tanah pada harga RM100'000 setahun.

Bagaimanapun sebaik sahaja tempoh 3 tahun itu tamat, UUM terpaksa kembali membayar cukai tersebut pada kadar RM1.2 juta setahun.

Untuk rekod, nilai cukai tersebut ditetapkan kerajaan UMNO BN.

Syed Husin dedah SB ‘lantik’ pensyarah universiti

KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.

Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam.

“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya.

18 April 2011

Video: Peguam Negara tetap cari jalan dakwa Anwar

KUALA LUMPUR: Walaupun siasatan polis tidak mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks, KEADILAN percaya Peguam Negara yang dikuasai regim Umno Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan untuk mendakwa Ketua Umum KEADILAN itu di mahkamah.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pada kenyataan media hari ini, berkata ini kerana seluruh episod konspirasi itu direka bagi menghancurkan kerjaya politik Anwar.

Beliau berkata, ia bukan mustahil kerana situasi sama berlaku terhadap Anwar dalam dua kes finah liwat walaupun Ketua Pembangkang itu tidak melakukan kesalahan berkenaan.

16 April 2011

Undi Pengundi Muda Kepada KEADILAN Meningkat Mendadak

KUCHING: Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, secara keseluruhan, undi daripada pengundi muda yang memilih calon KEADILAN meningkat secara mendadak.

Katanya, analisa awal yang dijalankan mendapati sokongan pengundi muda terhadap parti itu meningkat di beberapa kawasan khususnya yang ditandingi calon muda KEADILAN.

“Sebagai contoh di kawasan yang kami selia, iaitu di DUN Satok, undi kepada Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib Johari meningkat sebanyak 518
undi berbanding pada tahun 2006,” katanya.

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan SUSAN ALBERT KASSIM

(PUDATE - 10:07:21) PM KUCHING: Berikut adalah senarai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang diumumkan pada Sabtu:

N055: KATIBAS: 8,542
DATUK AMBROSE BLIKAU AK ENTURAN (BN-PBB): 3,326
Toh Heng San (SNAP): 897
Munan ak Laja (PKR): 1,070
Jumlah mengundi: 5,378
Peratus: 63.18%
Undi rosak: 85
Majoriti: 2,256
(Penyandang: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) - Undi diperolehi 2006: 3,887 - Majoriti: 3,332)

*****

15 April 2011

FOTO KESEDARAN 14 APRIL 2011

VIDEO @ FOTO KESEDARAN merupakan peringatan bersama dalam menempuh 'Era Fitnah dan Sihir Dajjal'. Di manakah kita sebenarnya berada sekarang? Ingatlah..!!! 'produk-produk Dajjal' sentiasa berusaha tanpa henti dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk melalaikan kita, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

Untuk sambungan foto, sila klik...

14 April 2011

Temu Bual Raja Petra Di Tv3 Tidak Ubah SD, Kata Surendran

KUALA LUMPUR 14 APRIL : Naib Presiden PKR N. Surendran berkata pendedahan dibuat Raja Petra Raja Kamaruddin, disiarkan TV3 malam tadi, tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas akuan bersumpah (SD) dibuat blogger kontroversial itu tiga tahun lalu.

Jelas Surendran, sebarang temu bual atau kenyataan disiarkan dalam mana-mana media tidak boleh digunakan untuk mengubah kandungan SD termasuk dibuat Raja Petra pada Jun 2008.

Semalam, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Rakyat Malaysia Dinasihat Tidak Ke Fukushima Elak Bahaya Radioaktif

Rakyat Malaysia dinasihat tidak berkunjung ke Fukushima di Jepun berikutan tahap kemalangan di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ditingkatkan dari tahap lima ke tahap tujuh.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pengunjung turut dilarang memasuki kawasan evakuasi di sekitar 20 kilometer (km) dari tempat kemalangan.

"Besar kemungkinan kawasan utara dari lokasi kemalangan akan menjalani evakuasi terjadual.

"Sehubungan itu, rakyat Malaysia diminta menghubungi pihak berkuasa tempatan di Fukushima, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun atau Kedutaan Besar Jepun di Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

13 April 2011

FOTO KESEDARAN 12 APRIL 2011

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

untuk sambungan foto sila klik...

12 April 2011

Video Gempa Bumi Kuat Berhampiran Pantai Honshu, Timur Laut Jepun - 12 April 2011

Video dari: NDTV

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun - 12 April 2011

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 12 April 2011, 1:30 tengahari )
 Gempa Bumi Kuat di Honshu, Jepun Pada 12 April 2011, 1:07 tengahari

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Honshu, Jepun pada 1:07 tengahari. Pusat gempa bumi terletak di 37.7º Utara dan 140.9º Timur, 4195 km dari Timur Laut Kudat, Sabah. Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Zaidi Zainal Abidin

-JMM

09 April 2011

Jepun Bimbang Loji Nuklear Meletup Lagi

LOJI nuklear Fukushima Daiichi di bandar Okuma, timur laut Jepun.
TOKYO - Para pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi, Jepun mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor yang rosak bagi mencegah letupan daripada berlaku manakala kerajaan Jepun menimbang untuk meluaskan zon pengasingan di sekitar loji berkenaan.

Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut.

Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu.

Sijil Kelayakan Di Wajibkan Terhadap Makanan Import Dari Jepun

KUALA LUMPUR - Sijil radioaktivitis yang akan dikeluarkan oleh pegawai yang telah di beri mandat oleh kerajaan Jepun bagi semua makanan import dan eksport dari Jepun akan di wajibkan bermula dari 15 April ini, kata menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Langkah ini diambil ekoran daripada kebimbangan kebocoran radioaktif di Loji nuklear Fukushima akibat di landa gempa kuat dan tsunami pada 11 Mac dan beberapa gempa susulan telah merosakan tanaman di sana.

Kata Ongkili dalam satu kenyataan, maklumat lengkap dan terkini boleh di dapati di website Kementerian Kesihatan 'Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti: http://fsq.moh.gov.my.

08 April 2011

Jepun Terus Mengalami Gempa Bumi Susulan

TOKYO - Gempa Bumi susulan selepas gempa terkuat yang telah menghasilkan tsunami di Jepun pada 11 Mac yang lalu, terus menggegarkan bahagian yang luas dari timur laut negara itu pada malam Khamis yang telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan lebih dari 130 yang lain.

Ini menimbulkan kebimbangan, apakah kerosakan semakin bertambah di Loji Penjanaan Nuklear Fukushima Daiichi yang sebelum ini telah lumpuh kuasa luarannya di tiga Loji nuklear yang lain.

Seorang lelaki 79 tahun meninggal kerana kejutan dan seorang wanita berusia 60-an meniggal semasa pasukan penyelamat berusaha memasang tangki oksigen kepadanya, kata pihak berkuasa.

07 April 2011

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun - 7 April 2011

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 7 April 2011, 10:45 malam )
Gempa Bumi Kuat di Pantai Timur Honshu, Jepun
Pada 7 April 2011, 10:32 malam

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 10:32 malam. Pusat gempa bumi terletak di 38.2º Utara dan 142.0º Timur, 4306 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : Puan Zaridah Binti Mohd Jalal
Bahagian Geofizik dan Tsunami
No. Telefon: 03-79678066

-JMM

Umat Islam Wajib Banteras Tayangan Lucah – Khutbah Jumaat (Jawi)

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala ‘filem’ haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya.

Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok berjudul ‘Membanteras Filem Haram’ yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini.

“Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa,” tulis khutbah berkenaan.

Tekanan Semakin Meningkat Terhadap Pemimpin Yaman

Tekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh supaya berundur, apabila sekurang-kurangnya 19 orang pendemonstrasi telah terbunuh dalam protes anti-kerajaan dalam masa dua hari terakhir.

Kecaman yang kuat dari Amerika Syarikat, PBB dan Kesatuan Eropah yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Saleh apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan sepanjang protes di bandar selatan Taiz pada hari Selasa. Pejabat berita rasmi SANA mengatakan empat orang tewas di Sanaa dan puluhan cedera.

05 April 2011

Persatuan Ulama Malaysia Kecam Video Fitnah Seks

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam penyebaran video fitnah seks yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan ia bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, penyebaran video itu merupakan perbuatan berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.

02 April 2011

3,604 Mangsa Banjir Masih Berada Di Pusat Pemindahan Di Perlis

Foto: Bernama
KANGAR: Sebanyak 3,604 mangsa banjir di Perlis masih berada di pusat-pusat pemindahan sehingga pagi ini berbanding lebih 4,000 orang malam Jumaat. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata kebanyakan mangsa adalah daripada kawasan Kangar membabitkan 2,955 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Dalang Video Lucah Tandus Modal Politik, Kata Ku Li

KUALA LUMPUR 2 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

01 April 2011

Banjir Di Selatan Thai: 21 Maut

BANJIR lumpur yang melanda selatan Thailand.

BANGKOK - Seramai 21 orang terkorban, manakala beribu-ribu pelancong asing terkandas di gugusan pulau selatan Thailand selepas rantau itu dilanda bah dan banjir lumpur.

Perkhidmatan kereta ke rantau berkenaan telah dibatalkan dengan tiga lapangan terbang ditutup, termasuk sebuah lapangan terbang utama di Pulau Koh Samui yang merupakan destinasi pelancongan popular. Turut ditutup ialah lapangan terbang Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani.

Tentera laut Thailand menghantar empat buah kapal perang yang dilengkapi bot dan helikopter untuk menghantar bekalan asas, selain mengeluarkan pelancong serta penduduk kampung di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Petrol RON97 Naik 20 Sen, Kuat Kuasa Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini. Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. "Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

IGP : Pakar Tempatan Sah Video Seks Tulen

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan rakaman video seks yang didedahkan oleh trio "Datuk T" adalah tulen. Bagaimanapun, identiti pelaku dalam klip video 21 minit yang sebelum ini didakwa mirip pemimpin kanan Pembangkang, tidak dikenalpasti. Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

31 March 2011

Royalti: Kelantan Gagal Pindah Balik Kes Ke Mahkamah Komersial

Oleh: Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kerajaan negeri Kelantan gagal dalam usahanya memindahkan kes tuntutan royalti minyak terhadap Petronas ke mahkamah komersial selepas Mahkamah Tinggi Sivil menolak permohonannya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof memutuskan untuk mendengar kes tersebut di bahagian sivil selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya.

Justeru, beliau menetapkan 21 April ini untuk sebutan kes itu.

Kes itu pada awalnya difailkan di Mahkamah Tinggi Komersial pada Ogos lalu oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun ia dipindahkan ke mahkamah sivil, yang menurut kerajaan negeri Kelantan dilakukan tanpa pengetahuannya.

Banjir Di Perlis Makin Buruk, 2,356 Kena Pindah

KANGAR: Banjir di Perlis semakin buruk semalam apabila 2,356 mangsa daripada 593 keluarga dari seluruh negeri itu dipindahkan ke 25 pusat pemindahan.

Jumlah itu meningkat dalam tempoh 24 jam dan dikhuatiri bertambah jika hujan di kawasan utara Semenanjung berterusan. Sebahagian besar mangsa dipindahkan adalah dari daerah ini.

Seramai 1,852 mangsa daripada 452 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan di sekitar Kangar, manakala 490 mangsa daripada 130 keluarga lagi di Padang Besar dan bakinya di Arau membabitkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.

30 March 2011

Bencana Di Selatan Thai Telah Meragut 15 Nyawa

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 4 orang telah terkorban dan 10-20 orang di laporkan hilang dalam insiden tanah runtuh di Selatan Thailand. 15 kematian di rekodkan akibat banjir.

Vittayen Muttamara mengatakan 716.110 orang telah terkena banjir di lapan wilayah selatan Thai. Tentera Laut Thailand telah menghantar 3 buah kapal bagi menyelamatkan para pelancong yang berada di tempat-tempat peranginan seperti Koh Samui.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah melakukan lawatan pada pagi Rabu di wilayah yang di timpa bencana berkenaan dan mengarahkan pasukan penyelamat supaya segera memindahkan penduduk di sana. -AP

Ceramah DNA : Azmin Saman Polis

AMPANG 30 MAC : Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pihaknya akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu kerana didakwa melakukan kekerasan ketika menyerbu dan menghalang ceramah kempen ‘Tolak Fitnah’ anjuran parti itu di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, Jumaat lalu.

Menurut N Surendran, pihaknya juga menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam saman berkenaan serta memberikan notis 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden tersebut.

"Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa permohonan maaf yang dibuat ," katanya.

29 March 2011

Kenyataan Akhbar JMM: Amaran Hujan Lebat (Tahap Jingga)

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Ditingkatkan pada 11.00 pagi 29/03/2011

i) Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 7.50 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

ii) Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 9.11 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang) dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

FOTO KESEDARAN 28 MAC 2011


" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30
sila klik untuk sambungan foto...

Video Lucah : Bukit Aman Tidak Siasat Anwar

Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah video seks yang didalangi oleh bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan dua individu lain.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner, Datuk Ghazali Mohd Amin menegaskan Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.

“Tidak, tidak, tidak,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam apabila ditanya sama ada Anwar dikenakan sebarang tuduhan berbentuk jenayah.

Ghazali enggan menjawab sebarang soalan lain kerana sedang menaiki kapal terbang ketika dihubungi.

28 March 2011

Krisis Nuklear: Peningkatan Radiasi 10 Juta Kali Lebih Tinggi Berbanding Biasa

TOKYO: Pegawai di Jepun semalam melaporkan peningkatan besar mendadak kadar radiasi iaitu 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa dalam air di salah satu reaktor di loji nuklear di Fukushima Daiichi yang bocor selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Jurucakap pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata, udara di loji itu diukur pada kadar, 1,000 milisievert sejam, empat kali ganda paras 250 milisievert yang disahkan selamat oleh kerajaan.

Berita mengenai peningkatan mendadak paras radiasi di Unit 2 tersebar ketika jurutera TEPCO bertungkus-lumus mengepam air tercemar dari dua lagi reaktor bermasalah di loji Fukushima Daiichi, 220 kilometer ke timur laut Tokyo.

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Pada 28 Mac Di Honshu, Jepun

KENYATAAN AKHBAR
(Dikeluarkan Pada 28 Mac 2011, 6:40 pagi)

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter telah berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 6:24 pagi. Pusat gempa bumi terletak di 38.3º Utara dan 142.4º Timur, 4337 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Zaidi bin Zainal Abidin
No. Telefon: 03-79678066

27 March 2011

PKR dan DAP Selesai Isu Kerusi P/raya Sarawak

PULAU PINANG 27 MAC : Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik berjaya menyelesaikan isu pengagihan kerusi antara dua parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng mengesahkan bahawa persetujuan sudah dicapai manakala butiran terperinci akan di umumkan dalam tempoh terdekat.

“Setiap kelewatan menyelesaikan isu ini akan merugikan kita. Sudah sampai masanya kita bekerja sebagai satu pasukan,” Lim memberitahu pemberita.

26 March 2011

Presiden Yaman Sedia Melepaskan Jawatan?

SANAA - Presiden Ali Abdullah Saleh berkata pada Jumaat bahawa beliau bersedia untuk menyerahkan kuasa demi untuk menghentikan pertumpahan darah di Yaman. Namun itu semua hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan diri beliau dari puluhan ribu pendemonstrasi yang berhimpun pada hari yang di namakan 'Hari Pengunduran'.

Para pendemonstrasi membahagi-bahagikan kad berwarna merah yang bermaksud mereka mahukan presiden mereka berundur, menamatkan siri perang saudara, gerakan pemisah dan serangan militan.

Tentera yang setia kepada jeneral Yaman yang mengawal para pendemonstrasi telah menembak ke udara bagi menyekat kemaraan penyokong Saleh dari mendekati kawasan tersebut, kata saksi.

Rakaman Penuh Pidato DSAI Di Taman Melawati 25 Mac 2011


sila klik untuk video

Tindakan Tak Profesional Polis Bukti Umno BN Gentar

KUALA LUMPUR: Tindakan polis menyerbu kawasan persendirian dan mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pentas di saat-saat untuk mengakhiri ceramahnya, menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) gentar dengan kebangkitan rakyat yang dipimpin Ketua Umum KEADILAN itu.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata Umno BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor takut kebenaran akan terserlah walaupun mereka cuba mengaburi rakyat dengan kes Fitnah II dan muslihat video seks.

“Polis menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian. Tindakan itu mengakibatkan kecederaan kepada rakyat termasuk wartawan dan pimpinan AMK,” katanya pada satu kenyataan media, awal pagi ini.

25 March 2011

‘Calon’ Konspirator Video Seks Dedah Tembelang Eskay

Mahti dedah Eskay mahu jatuhkan Anwar dengan 'apa cara sekalipun'.

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘apa cara sekalipun’.

Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay.

Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya.

Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 25 Mac 2011, 8:00 malam )

Gempa Bumi Kuat di Berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun Pada 25 Mac 2011, 07:36 malam

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada 7:36 malam.Pusat gempa bumi terletak di 38.1º Utara dan 141.2º Timur, 4250 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : En. Azmi bin Atan
No. Telefon: 03-79678066

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Tel: 603-79678000
Faks: 603-79550964
E-mel: mmd@met.gov.my
http://www.met.gov.my

- JMM

Gempa Di Sempadan Myanmar - Thailand Amat Menakutkan Penduduk

Yangon - Gempa Bumi kuat telah melanda Myanmar semalam berhampiran sempadan Thailand yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, kata pegawai dari kedua-dua negara berkenaan.

Penduduk yang dalam ketakutan bertindak meninggalkan rumah mereka. Bangunan tinggi bergoyang di Bangkok yang berjarak hampir 800 kilometer (500 batu) dari pusat gempa. Usaha memindahkan mangsa dari bangunan tinggi di lakukan dan semua pesakit dari Mae Sai RSUD di pindahkan ke Chiang Rai.

US Geological Survey (USGS) pada awalnya mencatat gempa sebagai berkekuatan 7,0, namun kemudian disemak turun menjadi 6,8. Sebuah gempa susulan yang kuat kemudian diukur pada besarnya 5.4.

Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar Turut Dirasai Di Thailand

BANGKOK: Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

“Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. -BERNAMA

24 March 2011

Ulang siar kenyataan penuh Chegubard berkaitan video seks

Pada 21 Mac 2011, saya menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari Umno.

Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang memperkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami dijemput di perkarangan parkir IJN pada lebih kurang hampir 8 pm.

23 March 2011

Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang Disebalik Video Lucah


" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

21 March 2011

Lelaki dalam video fitnah bukan saya – DSAI

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

“Saya di rumah bersama Dr Wan Azizah Ismail, anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

FOTO KESEDARAN 21 MAC 2011

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto...

12 March 2011

Kebimbangan Akibat Kebocoran Nuklear

EPA
Sistem pendingin loji penjana tenaga nuklear Jepun Fukushima Daiichi itu rosak teruk akibat gempa bumi semalam dan telah  menyebabkan tahap radiasi semakin meningkat. Pihak berkuasa menghadkan setiap orang dalam radius dua batu
Jepun berusaha mengelak daripada terkena bencana nuklear apabila dua pembangkit listrik dari stesyen penjanaan nuklearnya rosak akibat daripada gempa bumi kuat semalam.

Para pegawai mengakui bahawa tahap radiasi 1,000 kali lebih tinggi daripada biasa di dalam penjanaan elektrik Daiichi Fukushima, sekitar 170 batu utara Tokyo, dan bercadang untuk melepaskan stim radioaktif bagi mengurangkan tekanan terhadap reaktor.

11 March 2011

Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun

Gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat.
TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA