KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.
Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.
Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.
Bernama dihujani panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berhubung gegaran berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran.
Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Megan Avenue.
Azizan berkata gegaran di dalam bangunan amat dirasai terutama dari tingkat lapan bangunan ke atas.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Penolong Editor Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, M. Govind Nair, 60, berkata beliau merasai gegaran itu ketika sedang menjalankan tugasnya menyunting berita di mejanya.
"Saya rasa gegaran itu kira-kira lima hingga enam saat. Saya juga rasa kerusi tempat duduk saya bergoyang sedikit dan selepas itu saya rasa pening-pening," katanya.
Pembantu tadbir Infolib Bernama Mohd Wahid Md Som, 53, berkata beliau merasakan gegaran itu kira-kira 10 saat.
"Saya tak terfikir mahu berlari keluar kerana gegaran itu hanya terasa sedikit dan sekejap. Walaupun ada sedikit rasa takut, saya tawakal," katanya, yang bertugas di tingkat lapan Wisma Bernama.
Di PUTRAJAYA, gegaran beberapa saat dirasai di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pegawai Perhubungan Awam MOSTI, Noriza Nazri berkata semua petugas di bangunan itu diarahkan meninggalkan premis berkenaan dan diarahkan berada di pekarangan bangunan sementara menunggu dibenarkan kembali memasuki bangunan.
Di KUALA SELANGOR, Meor Anas, 46, seorang Eksekutif Kejuruteraan di loji air Sungai Selangor berkata gegaran kecil terasa semasa beliau berada di pejabatnya kira-kira pukul 11 pagi.
"Gegaran beberapa saat itu terasa ketika saya berada di tempat duduk saya. Masa itu saya terlihat air di dalam balang (dispenser air) berkocak sedikit dan fail di atas meja saya sedikit bergerak," katanya. Di SHAH ALAM, petugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini meninggalkan pejabat masing-masing dan berkumpul di dataran dan kawasan lapang berhampiran bangunan setelah merasai gegaran pada kira-kira 8 pagi dan sekali lagi pada pukul 11 pagi.
Rahmah Abdul, 45, yang bertugas di tingkat 18 bangunan itu berkata kipas dan mejanya tiba-tiba bergoyang ketika dia baru hendak memulakan tugas.
"Saya panik sebab nampak semua bergoyang. Saya dan beberapa kawan terus turun," katanya ketika ditemui di dataran Bangunan SAAS.
Abdul Rahman Ahmad, 36, berkata semua petugas dibenarkan naik semula ke pejabat masing-masing selepas pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Namun, kira-kira pukul 11 satu lagi gegaran dirasakan dan semua petugas diarahkan turun semula ke dataran oleh pihak pengurusan Bangunan SAAS.
Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Hashimah Che Mat Din, yang kebetulan menghadiri mesyuarat di tingkat 21 bangunan SAAS, turut merasai gegaran itu. "Kami diminta meninggalkan bangunan dan turun segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Sehingga pukul 12 tengah hari, tinjauan Bernama mendapati petugas di bangunan itu masih berkumpul di dataran dan kawasan lapang bangunan SAAS.
Seorang penduduk di Kampung Meru, Klang, Suziela Che Mat memaklumkan rumahnya mengalami gegaran dalam kejadian itu.
"Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu.
Suziela, 25, berkata dia berasa pening selepas mengalami gegaran itu. - BERNAMA

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment