" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 June 2011

Cita rasa mewah banglo Khir RM6 juta

SHAH ALAM – Kos ubah suai dan pembinaan landskap kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang berkonsepkan bali menelan belanja lebih RM6 juta.

Pereka laman, Nasir Ismail, 55, yang membuat pengubahsuaian itu dari asal berkonsepkan Asia Tropika berkata, bayaran kemudian dibuat kepadanya secara beransur sebanyak lima kali, tetapi dibayar dengan tunai kerana beliau muflis.

“Bayaran pertama saya terima pada Mac 2006, RM250,000 selepas dapat arahan daripada Mohamad Khir.

“Wang itu saya guna untuk beli barang pengubahsuaian di Indonesia,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes seleweng kuasa Mohamad Khir di Mahkamah Tinggi, semalam.


Nasir berkata, bayaran seterusnya setengah juta secara tunai sebanyak empat atau lima kali diterimanya daripada Pengarah Ditimas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni kemudian Mohamad Khir meneruskan bayaran wang tunai kira-kira RM4 juta secara ansuran kepadanya.

Menurutnya, Mohamad Khir berminat mengupahnya berikutan saksi itu sebelum ini pernah membuat pengubahsuaian taman berkonsep bali untuk rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor di Bangi, Selangor.

“Selepas itu, Karim telefon beritahu Mohamad Khir berminat landskap saya siapkan dan dari situ saya kenal Mohamad Khir,” kata Nasir ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud.

Ketika berkunjung ke banglo Mohamad Khir di Seksyen 7, Shah Alam pada Mac 2008 turut bersama ketika itu, isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik, Karim dan Shamsuddin yang menjadi pengurus berkaitan urusan kerja pengubahsuaian itu.

Saksi memberitahu, pada pelan pengubahsuaian banglo diluluskan itu tertera nama syarikat Ditamas, tetapi beliau keliru pemilik sebenar kediaman mewah itu.

Pada sesi soal balas Nasir memberitahu, beliau diisytiharkan muflis pada 1998, tetapi dibebas pada 2008 dan penerimaan bayaran melebihi RM6 juta itu tidak dimaklumkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Nasir berkata, beliau pernah berselisih faham dengan Mohamad Khir mengenai hal bayaran dan kerja pengubahsuaian yang belum siap.

ADUN Sungai Panjang itu dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya ketika itu bekas Menteri Besar Selangor dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 pada 29 Mei 2007.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika beliau disabit kesalahan. Bicara hadapan Hakim Datuk Moktharuddin Baki bersambung Isnin.

- SH

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA