" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 December 2009

DSAI: Perutusan Tahun Baru 2010

Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan.

Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.

Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya.

Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan.

Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang, tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.


ANWAR IBRAHIM

Serangan Terhadap Kerajaan Kelantan Berterusan

Kebelakangan ini kita boleh melihat serangan terhadap Kerajaan Kelantan pimpinan TGNA kembali 'rancak' selepas kegagalan sebelum ini. Puak-puak yang sanggup bersekongkol untuk menjatuhkan TGNA layak digelar sebagai 'Pakatan Dajjal'.

Kali ini, serangan Pakatan Dajjal masih menggunakan target yang sama iaitu berusaha melagakan TGNA dan Dato' Husam. Mereka berusaha menghidupkan suasana seolah-olah Dato' Husam mahu letak jawatan. Namun dalam satu artikel dalam Harakah Daily yang bertajuk 'Husam sekali lagi nafi akan letak jawatan' adalah sebaliknya.

Cuma kali ini, Dato' Husam telah menulis didalam blog beliau yang bertajuk 'Malaysia Atau Diri' yang telah menyebabkan MSO pemilik blog Merah Tinta yang sebelum ini merupakan musuh Dato' Husam dengan lantas menyokong. Bagi saya, ini satu perkara 'aneh'.

Apa lagi, Pakatan Dajjal dengan pantas menggunakan artikel Dato' Husam itu sebaik mungkin kerana inilah peluang mereka untuk melaga-lagakan TGNA dan Dato' Husam untuk pusingan yang ke-2.

Pada pendapat saya, artikel itu memanglah bagus dan saya juga meyokongnya. Namun, dengan suasana politik semasa Kelantan dimana serangan terhadap Kerajaan pimpinan TGNA semakin 'rancak', artikel yang sebegini sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan dan menguntungkan Pakatan Dajjal.

Dalam serangan semakin rancak, Kerajaan pimpinan TGNA terpaksa menghadapi masaalah baru. Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Kelantan diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua-dua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Jadi, semasa serangan pusingan yang pertama terhadap kerajaan pimpinan TGNA, kita sudah dapat melihat anak TGNA sendiri bersama-sama pimpinan Negeri yang mana sanggup bersekongkol dengan Pakatan Dajjal. Mereka beria-ia mengatakan bahwa TGNA sudah mahu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada TGNA agar beliau berjaya menghadapi serangan Pakatan Dajjal. Ya.. Allah, Engkau musnahkanlah mereka-mereka yang dengan biadap mengatur dan membuat serangan TGNA.

30 December 2009

Bekas Presiden Indonesia Gus Dur Meninggal Dunia

JAKARTA, 30 Dis (Bernama) -- Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat.

Setakat ini belum ada kenyataan dibuat mengenai sebab kematian beliau, namun sejak kebelakangan ini bekas presiden Indonesia itu telah beberapa kali diberikan rawatan di hospital itu kerana masalah kesihatannya.

Setiausaha peribadi Gus Dur, Sulaeman yang dipetik oleh agensi berita Antara berkata keadaan kesihatan Gus Dur semakin merosot hari ini dan telah dilawati seluruh anggota keluarga terdekat serta tokoh-tokoh pertubuhan Nahdatul Ulama (NU) di hospital itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melawat Gus Dur di hospital itu pada pukul 6.30 petang ini dan berada di situ selama setengah jam. Turut melawat beliau hari ini ialah menteri-menteri kabinet Indonesia.

Susilo akan mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Gus Dur, yang merupakan "Bapa Bangsa" Indonesia, kata Antara.

Pada kira-kira pukul 10 malam ini, jenazah Gus Dur telah dibawa keluar dari hospital itu untuk ditempatkan di kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan.

Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat dari 1999 hingga 2001, ialah pengasas Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), sebuah parti politik yang berasaskan Islam.

Beliau menggantikan Presiden B.J. Habibie setelah dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) hasil pilihan raya umum (Pemilu) 1999.

Dilahirkan pada 4 Ogos, 1940, di Jombang, Jawa Timur, Gus Dur antara lainnya mendapat pendidikan di Universiti Baghdad, Iraq di Fakulti Adad Jurusan Sastera Arab pada tahun 1966 hingga 1970, serta Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di Fakulti Syariah dari tahun 1964 hingga tahun 1966.

Beliau meninggalkan seorang balu Sinta Nuriyah dan empat orang anak perempuan.

-- BERNAMA

Malam Tahun Baru Diwarnai Gerhana Bulan

Awal tahun baru 2010 akan ditandai oleh kemunculan dua gerhana secara berurutan. Gerhana bulan bakal terjadi saat dinihari pada 1 Januari, atau setelah pergantian malam tahun baru. Disusul kemudian gerhana matahari pada 15 Januari. Semuanya bisa disaksikan di sebagian besar wilayah Indonesia.

Menurut Kepala Pusat Pemanfaatan Sains Atmosfer dan Iklim dari Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional, Bandung, Thomas Djamaluddin, gerhana bulan itu akan terjadi selama satu jam, antara pukul 01.53-02.53 WIB pada 1 Januari 2010. Di wilayah Papua atau Indonesia bagian timur, gerhana bulan itu masih bisa disaksikan menjelang pagi, antara pukul 03.53-04.53 WIT.

Tapi gerhana itu, kata Djamaluddin, hanya sedikit menutupi bulan purnama. ”Bayangan hitamnya kecil, hanya 7 persen,” ujarnya, Selasa (29/12). Fenomena ketika bayangan bumi mengenai bulan tersebut bisa disaksikan penduduk bumi yang saat itu mengalami malam.

Walau begitu, peneliti utama astronomi dan astrofisika itu mengingatkan adanya potensi rob karena air laut sedang pasang saat purnama. Kemungkinan banjir yang harus diwaspadai adalah jika hujan turun lebat di atas laut sehingga menaikkan permukaan air.

Sedangkan gerhana matahari pada 15 Januari mendatang, bentuknya akan terlihat berbeda-beda di berbagai negara. Gerhana matahari cincin, ujar Djamaluddin, akan terlihat sempurna di benua Afrika, India bagian selatan, dan Cina. Saat itu, posisi bulan yang terlihat dari bumi, tepat dan penuh menutupi bagian tengah matahari. Sisa cahayanya di sekitar lingkaran matahari itulah yang terlihat seperti cincin.

Di Indonesia, gerhana matahari cincin itu tak bakal terlihat sempurna. ”Hanya akan tertutup sebagian,” jelas Djamaluddin. Berlangsung antara pukul 15.00-16.00 WIB, kegelapan di tiap daerahnya pun beragam. Di wilayah Papua dan sekitarnya malah tak mengalami gerhana matahari.

Di wilayah Sulawesi Utara, kegelapan gerhana itu berkisar 0-5 persen. Di Jawa Barat dan Jawa Tengah antara 0-10 persen. Sedangkan di Kalimantan mencapai 5-20 persen. Wilayah yang bakal cukup gelap terjadi di Sumatera. Di pulau Andalas itu cahaya matahari yang meredup bisa sampai 60 persen.

Fenomena gerhana berurutan itu alamiah terjadi. Setelah gerhana bulan selanjutnya gerhana matahari atau sebaliknya. ”Yang membuatnya istimewa karena terjadi di awal tahun baru,” katanya.

ANWAR SISWADI

(tempointeraktif)

Gambar Untuk Di Kongsi Bersama

Mengikut keadaan cuaca yang melanda dunia mutakhir ini dimana Eropah telah ditimpa dengan ribut salji dan suhu yang sejuk melampau dalam sejarah yang telah menyebabkan beberapa kematian, negara kita juga tidak ketinggalan mengalami perubahan cuaca ini.

Cuma negara kita tidaklah dilanda salji. Perubahan yang paling senang untuk dilihat sekarang ialah musim buah-buahan sudah tidak menentu lagi. Ada yang berbuah sehingga 3 kali dalam setahun.

Jika kita amati lagi terutama sekali bagi negeri Pantai Timur Semenanjug, musim tengkujuh kali amat berbeza sekali dengan musim yang sebelumnya. Kali ini, dengan hujan yang tidak menentu, angin kencang dan kadang-kala kedengaran guruh bersertakan petir.

Hujan yang turun juga bersertakan dengan asap (umpama jerebu). Yang anehnya, bila hujan berhenti, asap juga hilang dengan serta-merta. Lihatlah gambar-gambar yang saya rakam selepas hujan berhenti melanda Pantai Timur Semenanjung.

Bagi saya, fenomena ini berlaku sebagai isyarat daripada Allah swt kepada umatnya bahawa kiamat sudah terlalu hampir.


Wujudkah Agenda Di Sebalik Isu Kecurian Enjin Jet?

Negara telah dikejutkan dengan pelbagai kejadian 'aneh' dibawah pimpinan Najib. Bermula dengan keputusan mahkamah dalam kes pembunuhan Al-Tantuya. Razak Baginda telah dibebaskan serta-merta tanpa membela diri daripada tuduhan bersubahat bersama dengan 2 orang UTK.

Yang terbaru, kes kehilangan 2 enjin jet sedangkan kawasan berkenaan dikawal ketat oleh Tentera DiRaja Malaysia. Kes ini cukup bahaya kerana ianya melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara.Kenapa ini semua boleh berlaku? Ada juga kedengaran bahawa kecurian ini sengaja dibongkar ke kepengetahuan rakyat.

Jika berpandukan cara UMNO berpolitik, catas-mencatas adalah perbuatan yang wajib. Ada teori yang mengatakan Zaid Hamidi terlibat dalam pembongkaran ini. Sekarang ini Zahid Hamidi memegang Menteri Pertahanan.

Ianya berpandukan apa yang telah berlaku semasa pemilihan pucuk pimpinan parti. Zahid Hamidi ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO,tetapi ditolak oleh Pak Lah dan Najib dengan alasan senioriti. Zahid Hamidi cukup marah dan tidak berpuas-hati dengan penolakan berkenaan.

Seandainya desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja diterima, Najib didapati bersalah, maka pelan peralihan kuasa supaya TS Muhiyidin menjadi Orang No.1 seperti mana pernah dilakukan terhadap Pak Lah. Angan-angan Zahid Hamidi untuk menjadi org no.2 dlm kerajaan akan tercapai.

24 December 2009

DSAI: Perutusan Hari Natal Dan Selamat Tahun Baru

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010.

Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut.

Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.

Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya.

Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil.

Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

ANWAR IBRAHIM

23 December 2009

Al-Qaeda Muncul Di Hadapan Khalayak

SANAA - Militan al-Qaeda muncul di hadapan umum dalam perhimpunan antikerajaan di selatan Yaman, semalam. Mereka menjelaskan pada perhimpunan itu bahawa perjuangan al-Qaeda adalah menentang Amerika Syarikat (AS) dan bukan tentera Yaman.

Barat dan Arab Saudi bimbang al-Qaeda akan mengambil kesempatan terhadap tumpuan kerajaan Yaman ke atas pemberontak Syiah di utara negara itu. "Kami tidak mempunyai masalah dengan anda semua. Masalah kami ialah dengan Amerika dan sekutunya," kata seorang militan.

Perhimpunan di selatan Yaman itu diadakan bagi membantah pembunuhan berpuluh-puluh orang awam dalam serangan kerajaan yang ditujukan ke atas sasaran al-Qaeda, minggu lalu.

Rakaman stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan militan al-Qaeda berucap kepada orang ramai manakala seorang rakannya bertindak sebagai pengawal.

Satu letupan menyebabkan tiga orang maut ketika perhimpunan itu diadakan di sebuah kem latihan al-Qaeda, di wilayah Abyan.

Kerajaan Yaman berkata pada Khamis lalu bahawa pasukan keselamatannya menggagalkan rancangan pengeboman berani mati dengan menyerang beberapa sasaran termasuk pusat latihan al-Qaeda.

21 December 2009

Gerakan Pula Dijadikan Sasaran

Sebelum ini komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC telah menunjukkan tanda-tanda parti itu sukar untuk dipulihkan lagi dari pergolakan, bahkan ianya semakin menjadi-jadi. Terbaru, Gerakan tidak ketinggalan sama.

Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam mangatakan tindakan bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan keluar parti bersama beberapa penyokongnya tidak akan mengugat kedudukan Gerakan. Huan, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, meletakkan jawatan dan keluar daripada Gerakan Rabu lepas untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Beginilah cara reform yang digunakan oleh pimpinan UMNO dalam menangani permasaalahan. Najib har ini mengatakan bahawa isu meminta Koh Tsu Koon melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BN Pulau Piang adalah pandangan peribadi semata-mata. Sedangkan semalam riuh anggota UMNO Pulau Piang diketuai oleh Zahid Hamidi.

Mereka memilih untuk menyalahkan Koh Tsu Koon dan Gerekan diatas kekalahan mereka di sana. Mereka tidak akan berubah..! Tidak mahu mangakui bahawa angkara pimpinan UMNOlah BN telah ditolak bukan sahaja di Pulau Pinang malah oleh majoriti rakyat Malaysia....

19 December 2009

Transkrip Ucapan Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat

1,500 Perwakilan Sokong Dokumen Bersama Pakatan Rakyat

Persidangan Pakatan Rakyat yang berlangsung di Auditorian Majlis Bandaraya Shah Alam menyaksikan para perwakilan menyokong Dokumen Bersama Pakatan Rakyat sekitar jam 5.30 petang tadi.

Dirumuskan oleh mantan Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim, persidangan ini dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Mereka turut disertai oleh 1,500 perwakilan dari pelbagai kaum dan agama - 500 ahli dari Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP. 15 dipilih untuk membahaskan dokumen tersebut.

Sementara itu, ketika kepincangan pemerintah Umno-BN dikritik hebat dalam persidangan hari ini, Bernama melaporkan enjin jet pejuang F-5E bernilai RM50 juta ringgit dicuri di Pengkalan Udara Sungai Besi. Rekod penyelenggaraan dan perkhidmatan untuk enjin tersebut turut dilaporkan hilang. Kehilangan dilaporkan pada 2007, dan setakat ini empat suspek telah ditahan.
 

(TVS)

18 December 2009

Persidangan Pakatan Rakyat Tempa Sejarah Baru Politik Negara

19 Disember 2009 membuka tirai baru dalam judul politik tanahair

Buat pertama kalinya, 1,500 perwakilan dari tiga parti dari jalur politik berlainan akan berhimpun dibawah satu bumbung untuk memeterai wadah umum perjuangan gagasan Pakatan Rakyat.

Mereka akan meluluskan rangka kerja dasar yang dikongsi bersama komponen gagasan ini yang akan menjadi mercu gerakan mereka menumbangkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sesungguhnya pembentukan dokumen umum ini yang dirumuskan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP adalah satu pencapaian yang menakjubkan.

Meliputi prinsip bersama ketiga-tiga parti itu - Pas dari jalur Islamik, DAP yang cenderung kepada demokrasi sosial dan PKR yang menuruti arus liberal - rangkakerja ini adalah satu anjakan baru mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk rakyat.

Apa yang akan dicanangkan kepada perwakilan di Persidangan Kebangsaan Pakatan Rakyat adalah matlamat bersama menuju kerajaan yang lebih baik untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Di kalangan pemerhati politik, persidangan ini adalah sejarah baru politik negara, dengan para perwakilan berkongsi pengalaman bekerja dalam satu barisan sejak 21 bulan yang lepas dan cuba membentuk gagasan majmuk yang benar-benar berwibawa.

Perikatan yang dibentuk secara mendadak oleh PKR, Pas dan DAP ini mengejutkan ramai pihak dengan kejayaan menumbangkan kekuatan dua-pertiga BN pada Mac 2008. Gagasan ini turut berkuasa di lima dari 13 negeri di Malaysia.

Namun semenjak itu Pakatan Rakyat bergelut untuk menampilkan gagasan itu sebagai satu ketumbukan yang ampuh menentang BN dan aparatus gagasan perkauman itu keatas media arus perdana, agensi kerajaan dan perbendaharaan negara.

Gerombolan pengkritik dari BN tidak membuang masa menonjolkan kepincangan dalam dokumen satu wadah ini, mendakwa bahawa pakatan pembangkang di Malaysia tidak mempunyai rekod menyamai prestasi BN mengurustadbir Malaysia, mahupun kewibawaan untuk memulihkan masalah-masalah runcing dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Disebalik usaha pengkritik di ruang maya dan arus media perdana untuk meremehkan dokumen satu wadah ini, Selangor bagaimanapun bersedia untuk menganjurkan persidangan ini dan memuatkan perwakilan dari seluruh negara khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Ucaptama dan amanat penting akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Persidangan ini juga akan menyaksikan logo bersama Pakatan Rakyat. Logo ini memaparkan tiga daun palem yang mewakili tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Daun palem ini mengelilingi lima kelopak bunga mewakili Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusuns.

Lagu tema persindangan ini ialah Angai Pendawai, karya Ito dari Blues Gang.

(TVS)

17 December 2009

Dr Syed Husin Ali Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali semalam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun. Upacara itu diadakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di sini.

Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics dan bergiat dalam politik sejak 50 tahun lalu. Ditemui selepas upacara itu, beliau berharap dapat menyumbang idea sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

Rakyat Wajib Bersatu Menentang GST

Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST ini.

“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi.

Beliau yang juga ADUN PAS Bukit Katil pasti GST ini akan membebankan rakyat walaupun kerajaan telah membuat pelbagai janji manis. Kerajaan menabur janji yang rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini sekiranya ia dilaksanakan kelak.

“Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut,” jelas Sofi lagi.

Beliau sebagai berkata, sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal memberi alas an yang kukuh mengapa GST ini perlu dilaksanakan. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan. Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.

“Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat,” tegas Sofi.
 

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat. Bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan Mac 2010.

Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan. -Erapakatan

16 December 2009

Tiong Lai Dan 12 AJK MCA Letak Jawatan

Naib presiden MCA, Liow Tiong Lai bersama 12 perwakilan hari ini meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan semula pucuk pimpinan parti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada setiausaha agung parti, Wong Foon Meng, Tiong Lai berkata, pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat MCA sangat penting bagi memulihkan kirisis dalam MCA yang sudah lama berlarutan.

“ Kita juga faham , MCA sudah kesuntukan masa. Kita tidak ada masa untuk berdolak-dalik dan terus menyebabkan krisis MCA berpanjangan. Kita perlu melakukan ini untuk menyelesaikan masalah parti kita dengan cepat” ujarnya kepada pihak media.

Menurut Tiong Lai juga, apa yang dilakukan olehnya dan 12 yang lain merupakan sebahagian daripada tanggungjawab ahli jawatankuasa pusat parti itu.

“ Dan ini sebagai tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa pusat MCA, tanggungjawab kita bersama. Kita telah dipilih oleh perwakilan dan perwakilan yang akan menentukan masa depan MCA”.

Pada masa ini seramai 13 orang sebagai ahli jawatankuasa parti itu telah meletakkan jawatan dan mengikut perlembagaan parti berkenaan, lapan orang lagi diperlukan bagi membolehkan pemilihan semula pucuk pimpinan dijalankan.

Berikut senarai jawatankuasa parti yang telah meletakkan jawatan :- Liow Tiong Lai, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Hou Kok Chung, Yu Chok Tow, Wong Nai Chi, Wee Jeck Seng, Yeow Chai Tiam, Hoh Khai Mun, Liew Yuen Keong, Edward Khoo Keok Hai dan Alex Wong Siong Hwee.
 

(TVS)

14 December 2009

Jeffrey Kekal Naib Presiden PKR

Datuk Dr Jeffrey Kitingan dikekalkan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun sebelum ini beliau didakwa akan keluar parti. Pengekalannya itu diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Jeffrey berkata, dengan pengumuman tersebut, beliau akan meneruskan tugas itu dan menolak andaian sesetengah pihak bahawa beliau akan menubuhkan parti baru atau kembali ke pangkuan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Saya menerima keputusan bahawa saya masih berada dalam PKR. Oleh itu saya akan teruskan perjuangan dalam parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Anwar mengumumkan keputusan tersebut ketika merasmikan Konvensyen PKR Sarawak dalam usaha memulihkan kestabilan PKR di Sabah.

Pada akhir Oktober lalu, Jeffrey meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota Majlis Tertinggi, sekali gus tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Sabah.

Isu ini bermula apabila majoriti ketua bahagian, termasuk Jeffrey, kecewa dengan keputusan Anwar menamakan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua PKR Sabah selepas sekumpulan ketua bahagian tidak sokong seorang lagi Naib Presiden, Azmin Ali, menerajui PKR Sabah.
 

(SinarHarian)

10 December 2009

Bloggers Upahan Mukhriz Mahu Menguasai Kabinet Dan PM?

Sememangnya telah diduga dua bloggers upahan Mukhriz Tun Mahahthir ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin dan seperti yang dijangkakan ini berlaku apabila ada angin yang bertiup yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri.

Seperti biasa angin angin ini akan bertiup dahulu, rahsia kerajaan akan terbocor dan bloggers ini akan mengambil peluang untuk menghasut orang orang tertentu untuk menyingkir semua mereka mereka yang berbau Pak Lah.

Mangsa yang pernah menerima nasib malang ini seperti Rashid yang diurakan akan dilantik sebagai SU Akhbar TPM, Omar Ong yang akan dilantik sebagai Board Director Petronas. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang di ura urakan akan dilantik sebagai CEO MRCB.

Bloggers inilah yang akan memberikan pandangan dan bloggers inilah yang cuba menghalang. namun tidak semua yang dilakukannya berjaya. Mereka gagal menghalang Sdr Omar Ong walaupun desakan demi desakan tetapi mereka gagal juga.

Mereka yang suka melainkan isu ini adalah bloggers yang rapat dengan Tun Mahahtir , Big Dog , Sdr Zakir . Sedangkan Sdr Zakir ini adalah sepupu kepada Omar Ong tetapi oleh kerana telah terhutang budi dengan Tun Mahathir dan juga Mukhriz , Zakir terpaksa mencincang sepupunya sendiri.

Zakir sememang dikatakan tidak sebulu dan tidak boleh menerima langsung budak budak tingkat empat dan jika boleh Zakir mahu menghapuskan budak budak tingkat empat ini sampai ke cucu cicit mereka. Sebenarnya budak tingkat empat ini langsung tidak mengenali si Zakir ini.

Mereka langsung tidak pernah usik keluarga, anak atau isteri Zakir. tetapi oleh kerana Zakir ini banyak termakan budi dengan Tun dan juga Mukhriz, beliau terpaksa memusuhi semua kaum kerabat tingkat empat.

Apa juga agenda Zakir, itu hak dia. Tapi Zakir tidak boleh mengarah atau memberi arahan kepada Perdana Menteri mahu pun kabinet. Biar kabinet yang menentukan. Zakir bukan antara yang akan menentukan kabinet Najib. Dan Najib juga tidaklah mahu dikatakan mendengar cakap cakap bloggers. Najib tahu apa yang beliau lakukan demi kebaikan negara dan bangsa.

Najib juga tentu mahukan sokongan padu dari keseluruhan ahli UMNO.Tiada sebabnya KJ tidak boleh dilantik menjadi Menteri jika dia layak. Jika ketua Pemuda MCA, Ketua Pemuda Wanita dan Ketua Puteri UMNO layak dilantik sebagai menteri dan timbalan, kenapa KJ tidak layak? Ketua Pemuda PPP yang kontroversi juga layak untuk dilantik sebagai timbalan menteri , kenapa KJ tidak layak? Apa koman sangat ke ketua Pemuda UMNO ?

KJ menang bertanding secarta sah, Dia layak bertanding kerana dibenarkan untuk bertanding, jika tidak kenapa benarkan KJ bertanding. setelah dia menang kenapa mahu ada diskriminasi terhadap beliau. Beliau bertanding secara Gentelman dan menang secara Gentelman.

Mengenai pencacai Parpukari, Mesin fotostate yang hanya menyalurkan berita cilok itu bukanlah masalah besar sangat.. Dia berjaya mengaut duit Mukhriz dengan maki dan carutnya. Jika pancacai macam ini diambil kira sebagai penasihat kepada PM , jawabnya PRU13 kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada kerajaan BN.

Oleh : Man Toba (www.kpmu.net)

09 December 2009

Kerajaan Kelantan Sahut Cabaran Nazri Aziz

Kerajaan PAS Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah. Tok Guru Nik Aziz mengatakan bahawa beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat

Para pimpinan terutama sekali 'insan pencetus' kepada lahirnya Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli parti dari PKR-PAS-DAP dan semua pendokong perjuangan Pakatan Rakyat telah bersama-sama berhempas pulas untuk merialisasikan perubahan kearah kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Segala perancangan jahat yang telah, sedang dan masih diatur oleh musuh untuk memecah-belahkan jemaah Pakatan Rakyat sebelum ini telah kita tempohi bersama. Pihak musuh telah menggunakan pelbagai taktik termasuk dari tahap rendah sehinggalah tahap tinggi. Mana-mana pimpinan yang tetap tidak berganjak dari matlamat perjuangan asal Pakatan Rakyat diserang habis-habisan.

Taktik Tahap tinggi yang telah mereka gunakan ialah berusaha membeli ADUN dari Pakatan Rakyat seramai yang mungkin. Matlamat mereka ialah untuk merampas kembali dengan cara mereka negeri-negeri yang telah berjaya ditawan secara demokrasi oleh Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lalu. Namun, dengan kuasa Allah swt, mereka hanya berjaya merampas negeri Perak sahaja.

Taktik Tahap Tinggi mereka juga memberi tumpuan untuk 'mengganggu' parti tunggal memperjuangkan Islam iaitu PAS. Mereka telah mengatur taktik ini dengan rapi sekali. Target mereka ialah 'mengUMNOkan PAS'. Kejayaan mereka terserlah sekali semasa Muktamar Tahunan PAS bar-baru ini. Mereka berjaya 'mengatur' pimpinan PAS Pusat. Dengan pertolongan Allah swt, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz biarpun kelihatan makin tua namun semangatnya masih kental dalam memerangi UMNO dari awal perjuangan beliau sehingga kini, tidak pernah goyah.

Kelebihan yang ada pada Tok Guru menyebabkan klip-klip yang telah berjaya diUMNOkan oleh musuh begitu sukar untuk menjalankan misi mereka. Kekadang... saya merasa sedih bila melihat seorang Tok Guru yang sukar untuk dicari pada zaman ini, umpama berseorangan dalam menghadapi serangan daripada musuh. Namun 'kelebihan' yang Allah swt kurniakan kepada beliau, makin dicemuh, dilanyak, makin bertambah-tambah lagi sokongan terhadap beliau bukan sahaja di 'Serambi Mekah', malah keseluruh negara.

Sama juga apa yang telah dilalui oleh 'Bapa Arus Perubahan' kita Anwar Ibrahim, makin dituduh segala macam kejahatan terhadap beliau makin bertambah-tambahlah sokongan rakyat dan dunia terhadap beliau. Bermula dengan pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, dengan izin Allah swt, segala kezaliman, pencabulan kerajaan UMNO Barisan Nasional lakukan sebelum ini terbongkar satu persatu.

Dengan izin Allah swt, kemunculan rakaman video dari dalam rumah VK Lingam yang telah menjadi bukti penglibatan beliau dan Mahathir dalam 'perkosaan' sistem perundangan negara, pembunuhan ngeri terhadap wanita Mongolia biarpun mayat wanita berkenaan hancur berkecai dibom, ianya tetap terbongkar.

Terbaru kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari bagunan Massalam dan dalam kawalan SPRM. Biarpun mereka cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Surohan mereka, dengan izin Allah swt.. mayat mendiang terpaksa digali semula. Mereka tidak mampu menghalang bedah siasat ke-2 ini yang akan membongkar punca kematian sebenar mendiang.

Dalam mereka sibuk mengatur memikirkan taktik-taktik jahat untuk merampas negeri Pakatan Rakyat, Allah swt telah 'menghadirkan' siri-siri PRK, pembongkaran segala komplot jahat yang sebelum ini menjadi amalan mereka demi untuk mengekalkan kuasa dibumi Allah ini. Memandangkan daripada keputusan keseluruhan PRK yang telah kita tempohi, UMNO Barisan Nasional berjaya dibelasah dengan teruk sekali dalam sejarah negara dengan izin Allah swt.

Gerakan Islam yang berjuang menegakan panji-panji Islam, terus menjadi sasaran Mahathir. Boleh dikatakan apa saja kerosakan berhubung kait dengan manusia yang bernama Mahathir.  Seperti yang ramai ketahui, Allah swt akan memanjangkan umur mereka-mereka yang zalim. Mahathir 'mesti' melihat saat-saat rebahnya parti yang sebelum ini begitu 'gah' sekali.

Demi untuk memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat, satu tarikh telah berjaya dipilih bagi mengadakan konvensyen sulong Pakatan Rakyat kearah penggabugan secara rasmi. Konvesyen berkenaan akan diadakan pada 19hb Disember ini di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor. Dijangkakan seramai 1500 perwakilan yang mewakili 3 parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan hadir. InsyaALLAH.., dengan izin Allah, Pakatan Rakyat akan mengibarkan hanya satu bendera untuk berentap dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional pada PRU yang akan datang.

Pihak musuh sudah pasti tidak mahu melihat kejayaan Pakatan Rakyat bergabung dibawah satu bendera. Oleh sebab itu serangan mereka sekarang ini semakin 'menggila'. Bagi pendapat peribadi saya serta pengalaman berada dalam jemaah Pakatan Rakyat, saya dapat merasakan bahawa mereka-mereka yang terlibat dengan taktik tahap tinggi ini, sanggup dan sudah berada bersama-sama dalam jemaah kita.

Permasaalahan yang sememangnya wujud, diusahakan oleh mereka-mereka ini supaya ianya nampak begitu 'kritikel' sekali. Hanya dengan seorang individu sahaja, mereka berjaya 'mewujudkan' beberapa watak demi untuk 'menghidupkan suasana'. Bagi saya senang sahaja untuk mengesan mereka-mereka ini. Caranya.., kita perlulah berkawan dengan mereka. Bila berborak.., mereka-mereka ini dengan tegas menyatakan pendirian mereka, "aku akan bersama dalam mendokong perjuangan Pakatan Rakyat, tapi aku benci Anwar Ibrahim."

Kenapa dalam hati kecil mereka-mereka yang berkenaan wujud perasaan benci terhadap insan yang boleh dianggap sebagai 'bapa'? Tanpa insan yang bernama Anwar Ibrahim, akan lahirkah Pakatan Rakyat? Bagi saya, apabila seseorang itu berpendirian sedemikian, sudah terang tanpa disuluh lagi, mereka sebenarnya terdiri dari kalangan musuh yang telah diberikan 'misi khas' untuk 'bekerja' dari dalam. Semoga Allah melindungi kita semua yang 'ikhlas' dalam perjuangan ini.... Sama-samalah kita berdoa semoga Pakatan Rakyat berjaya didaftarkan secara rasmi dibawah satu bendera. Takbir... Allahuakhbar..3x..!!!.

08 December 2009

Osama Dan Obama

Sejak Barack Obama dilantik menggantikan Geogre Bush sebagai Presiden Amerika, seakan dunia ini mengalami satu 'perubahan besar'. Kemusnahan yang telah Dajjal Bush lakukan bersama Dajjal Sharon sebelum ini bolehlah dikatakan berkurangan mendadak.

Ramai dikalangan rakyat Amerika dan dunia telah mula merasakan bahawa Obama adalah Osama. Adakah Obama akan berkelakuan seperti pemimpin Amerika yang terdahulu? Mereka mahu melihat samada Obama akan lakukan atau tidak serangan terhadap Iran dan mana-mana negara Islam yang lain.

Semua dunia gempar bila kematian Osama telah di umumkan entah beberapa kali, namun insan pilihan Allah ini masih 'selamat' hingga kehari ini. Sebelum ini berbagai cara telah digunakan oleh Dajjal Bush dan Dajjal Sharon untuk membunuh Osama termasuklah menggunakan bom tercanggih yang sebelum ini belum pernah digunakan pada mana-mana peperangan. Pergunungan yang disyaki sebagai tempat persembunyian Osama telah dilanyak dengan bom tercanggih berkenaan.

Buat masa sekarang Obama terbukti telah menggemparkan dunia dengan kehadiran beliau dalam politik Amerika dan ada yang mengatakan bahawa Obama beragama Islam berpandukan dari nama penuhnya iaitu Barack Hussain Obama.


Obama telah membawa perubahan besar kepada senario dunia. Beliau mengaku dirinya adalah anak seorang pengembala kambing dari Kenya. Suatu masa dahulu, ayahnya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di Amerika dan akhirnya telah berkahwin dengan seorang wanita berkulit putih dari Kansas. Walaupun ayahnya tidak kaya, tapi mereka berjya menyekolahkan anaknya di Harvard.

Banyak kelainan serta kelebihan yang dimiliki Obama. Beliau telah berjaya menawan semua yang mengenalinya. Apa saja tindakan yang diambil oleh beliau menyenangkan banyak pihak di Amerika mahupun dunia.

Obama ingin bekerjasama dengan Rusia bagi menyelesaikan permasaalahan nuklear, dalam masa yang sama mendorong demokrasi dan transparansi di sana, memperkuat NATO, membangun aliansi baru di Asia, menghentikan genosida di Darfur, memperjuangkan perdamaian di Timur Tengah, dan membantu negara-negara miskin membangun ekonomi pasar yang berfungsi.

Apakah kehadiran Obama sebenarnya pelengkap dengan apa yang diceritakan dalam Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kemenangan Islam disaat-saat akhir kedatangan Kiamat. Islam terbukti berjaya memberi memberi keamanan seluruh dunia.

Adakah benar dalam diri Obama sebenarnya adalah Osama yang telah terbukti sehingga kini merupakan 'insan yang terpilih' disisi Allah swt bagi mengajak umat Islam seluruh dunia untuk bersatu berjihad menentang Dajjal Yahudi dan Amerika. Osama tanpa merasa jemu dalam video yang dikeluarkan pada setiap kali kematiannya diumumkan oleh Amerika.

Yakinlah bahawa kiamat telah terlalu hampir. Allah swt mampu melakukan apa sahaja yang diinginiNya. Sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan kepadaNya. Kepada mana-mana yang dibuka pintu hatinya, merasakan mereka telah berada dijalan yang salah, cepat-cepatlah kembali kejalan benar yang diredhaiNya.


05 December 2009

Tanpa Nibiru Sekalipun, Kiamat Sudah Semakin Dekat

Begitu banyak artikel-artikel perbahasan dalam blog-blog mengenai kiamat akan tiba pada 2012. Bermacam andaian pendapat yang telah diketengahkan dalam membahaskan mengenai kehadiran planet Nibiru.

Para saintis mendakwa, Planet Nibiru pasti akan melintasi matahari dan orbitnya akan melintang dengan orbit Bumi dan segalanya didakwa akan berlaku pada tahun 2012. Pada masa itu dikatakan kemungkinan besar akan berlaku perlanggaran antara Bumi dan planet Nibiru.

Dijangkakan pada masa itu, akan berakhirnya tamadun manusia dan percikan solar akan dicetuskan oleh planet Nibiru yang akan menyebabkan kemusnahan Bumi dan segala isi kandungannya.

Dalam Islam, Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan yang hanya diketahui oleh Allah swt saja seperti banyak disebutkan didalam Kitab-Nya maupun Sunnah Nabi saw.

Bagi pendapat peribadi saya, dengan adanya cerita Nibiru ini, ianya telah membuka pintu hati ini akan kebesaran Allah swt yang sebelum ini telah lalai angkara dodoian pemerintah. Apa yang kerajaan UMNO Barisan Nasional lakukan demi untuk menyedarkan rakyat akan kebesaran Allah?

Prinsip perjuangan parti UMNO sendiri pun telah tergelincir. Mereka tetap 'berdegil' dengan prinsip parti mereka iaitu 'agama dan politik tidak boleh disatukan' biarpun Tok Guru Nik Aziz telah membuat tawaran, "sekiranya UMNO dan PAS mahu disatukan, ubah dulu prinsip perjuangan parti mereka."

Tok Guru membuat tawaran itu disebabkan pimpinan tertinggi PAS sudah tergila-gila untuk berkahwin dengan UMNO, Tok Guru yang memegang jawatan Mursyidul Am PAS tidak diendahkan mereka. Sebaliknya mereka 'menyerang' Tok Guru dengan biadap sekali angkara ketegasan Tok Guru dalam memegang prinsip Islam.

Bila agama dan politik tidak disatukan, ini bermakna apa yang telah ada dalam Al-Quran untuk digunakan dalam pemerintahan sesebuah negara Islam yang sebenar-benarnya tidak akan diguna pakai lagi. Tiada istilah 'halal-haram', apa sahaja mereka tergamak lakukan semata-mata untuk mencapai kebahagian dunia.

Dimanakah tanggungjawab mereka sebagai sebuah kerajaan yang kononnya UMNO lebih dulu daripada PAS dalam memperjuangkan Islam? Sejak dari merdeka lagi, itulah prinsip parti mereka. Sikap mereka ini sudah tidak ubah seperti perangai Dajjal bermata satu iaitu mata mereka hanya nampak satu sahaja, kesenangan duniawi. Segala yang benar diusahakan mereka menjadi pendustaan.

Jadi, sekiranya Nibiru ini hanyalah mitos yang Yahudi ciptakan untuk memesongkan akidah umat Islam, tidak salah bagi kita takut akan kejadian yang digambarkan itu kerana apa-apa pun yang terjadi semuanya dengan izin Allah swt. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah kiamat akan berlaku.

Tanpa Nibiru pun, sudah begitu banyak tanda-tanda yang Allah swt tunjukkan kepada kita bahawa kiamat telah terlalu dekat yang kebanyakkannya telah berlaku dalam negara kita. Diantaranya ialah;-

- Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

*Penaklukan ini jelas telah pun berlaku.


- Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim

*Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


- Zina bermaharajalela.


"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

*Dalam negara kita telah banyak berlaku.


- Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah

*Sekarang bermacam anugerah telah wujud dalam negara kita sendiri, Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan berbagai anugerah lagi.


- Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

*Ini pun sudah jelas berlaku dalam negara kita. Sekarang sudah ada pertandingan masjid. Masjid dibangunkan sebesar-besarnya, sedangkan jemaahnya, masyaALLAH.......


- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

*Ini pun sudah jelas berlaku dalam negara kita.


- Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

*Sekarang, berapa ramai lagi ulama' yang benar-benar menegakkan agama Allah?


- Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

*Ini pun sudah berlaku dalam negara kita juga.


- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

*Yang ini lagi jelas dan nyata.


- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

*Lihatlah apa sudah jadi dengan fesyen terkini yang menjadi kegilaan masakini


- Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

*Ini pun sudah berlaku


- Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

*MasyaALLAH.... ini dah lama berlaku dalam negara kita.


- Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

*Ini pun sudah dan sedang berlaku dalam negara kita. Bermula dari peristiwa Memali, Sauk, konspirasi jahat terhadap Anwar Ibrahim, kematian Al Tantuya dan terbaru Teoh Beng Hock.

Jadi dengan apa yang telah dipaparkan diatas sebagai bukti , sama-samalah kita merubah diri kita sekiranya merasakan sudah terjebak dengan tipu muslihat Dajjal semata-mata untuk melalaikan kita.

Kembalilah bertaqwa kepadaNya. Tanamkan dalam diri masing-masing, kiamat telah terlalu hampir dengan kita.
Pilihlah 'platform parti pakatan' yang Allah swt telah sediakan untuk merubah kerajaan yang sedia ada kini, kepada yang tanpa jemu berusaha menjanjikan perubahan kearah kebaikan kepada semua.

Dajjal Sudah Berada Merata-Rata

Kelalaian kita dalam melihat petanda kiamat sudah dekat mungkin kerana antara kita yang tertunggu-tunggu untuk melihat kemunculan Dajjal seperti raksasa bermata satu. Kalau begitu, lihat saja dalam cerita Ultraman. Dajjal bagi pemahaman saya kini berada dimana-mana.

Dajjal yang paling besar berada di Israel. Mereka sentiasa menyiksa dan membunuh saudara-saudara kita disana. Penguasaan mereka sekarang sudah kemerata dunia. Amerika yang digeruni negara-negara lain telah berjaya dikuasai mereka. Kemuncak kejahatan gabungan Israel-Amerika semasa Yahudi dipimpin oleh Ariel Sharon dan Amerika George Bush.

Lihatlah apa yang telah 2 Dajjal ini lakukan terhadap umat Islam yang mereka rasakan sukar untuk dicontrol. Apa yang telah mereka lakukan terhadap tentera Allah Taliban yang diketuai oleh Mullah Omar dibantu oleh Osama Bin Laden yang sehingga kini Allah s.w masih melindungi beliau biarpun sudah entah berapa kali Dajjal ini membuat pengumuman bahawa Osama sudah berjaya dibunuh.

Untuk mendapat 'lesen' daripada dunia, konspirasi besar iaitu kononnya pejuang Islam yang diasuh oleh Osama melakukan serangan terhadap WTC. Mereka begitu terkenal dengan 'Raja Konspirasi Dunia'.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Lihatlah kejayaan Dajjal menterbalikkan kenyataan, yang diseksa, dilanyak dikatakan pengganas semata-mata kerana untuk melawan takdir.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Bermakna, Dajjal sudah bertebaran dimerata dunia termasuklah di Malaysia. Mereka sudah berada samada diluar mahupun dalam jemaah kita yang menegakkan kebenaran dan keadilan ini.

Lihatlah jelmaan nama Task Force 2010 yang diketuai oleh Jeneral Wan Abu Bakar Omar yang kononnya untuk menjaga kestabilan di Selatan Thai. Rupa-rupanya ada 'skuad khas' yang bersama-sama dengan apa yang berlaku kepada suasana politik negara kita.

04 December 2009

Sudah Begitu Lama Kita Di Dodoikan

Dajjal Yahudi terkenal dengan perangai suka melawan takdir. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak disedari oleh umat Islam didunia ini. Mereka berusaha melalaikan kita dengan apa yang berlaku sebenarnya kiamat telah terlalu hampir.

Bermacam teknologi moden telah diciptakan samada sedar ataupun tidak, tujuan sebenar ialah untuk melalaikan kita. Lihatlah apa sudah jadi dengan anak-anak muda zaman ini. Mereka lebih cenderung kepada budaya barat. Nilai-nilai Islam sudah terabai.

Dajjal Yahudi sanggup berperang untuk menjajah segenap penjuru dunia terutama sekali negara berkenaan mengikut apa yang telah Al-Quran gariskan dalam pemerintahan sesebuah kerajaan. Saya mahu tumpukan apa yang telah berlaku kepada negara kita.

Betapa megahnya kerajaan ciptaan Dajjal Yahudi bila tibanya tarikh 31 Ogos. Laungan merdeka....!!! merdeka....!!! merdeka....!!! bergema dimerata-merata. Sudah begitu lama kita didodoikan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Apakah maksud merdeka yang mereka laung-laungkan itu? Hanya dengan menaiki kapal layar pergi mengadap Ratu Dajjal untuk mendapat kemerdekaan. Ratu Dajjal pula sudah siap menyediakan sebuah 'kerajaan boneka'.

Ratu Dajjal pasti akan berikan kemerdekaan yang diminta oleh siapa pun tapi dengan syarat 'Islam wajib ditinggalkan daripada sistem pemerintahan' kasar bunyinya. Mereka pun ciptakan 'agama dan politik' mustahil boleh bersatu. Itulah apa yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin UMNO sehingga kini.

Ingat lagi apa kenyataan Mahathir keluarkan semasa Dajjal Yahudi mengisytiharkan Hammas, Taliban dan mana-mana pertubuhan yang berjuang kerana menegakkan Agama Allah. Mahathir kata mereka-mereka itu pengganas sama sperti Dajjal Yahudi juga.

Kerajaan UMNO pasti menyebelahi Dajjal Yahudi. Apa yang telah mereka lakukan semasa peristiwa Memali, Sauk, Anwar Ibrahim dan terbaru Tok Guru Nik Aziz? Namun, para pengikutnya sudah buta sebelah mata. Yang mereka nampak hanyalah satu, iaitu keduniaan (paling pokok, kekayaan).

Betapa biadap mereka-mereka ini apabila tergamak mencipta konspirasi untuk menjatuhkan Tok Guru. Hari ini, bagi membuktikan bahawa rakyat Kelantan tidak sekali-kali mahukan Tok Guru melepaskan jawatan beliau, satu perhimpunan telah diadakan di Dataran Ilmu di Kota Bharu. Rakyat Kelantan yang tediri dari pelbagai pelbagai kaum telah menghadiri perhimpunan tersebut.


Ramai Malaikat yang berdamping dengan Tok Guru yang memimpin negeri 'Serambi Mekah' ini. Sesiapa yang masih meneruskan niat jahat untuk menjatuhkan Tok Guru, nescaya mereka akan bertemu kesusahan dengan izin Allah s.w.

03 December 2009

Gempa Bumi, Tsunami, Nibiru

Telah banyak malapetaka yang kita lalui sebelum ini. Kita tumpukan malapetaka yang berlaku berhampiran negara kita. Pada tanggal 26 Disember 2004 kita dikejutkan dengan tsunami dahsyat berpunca daripada gempa bumi di utara Sumatera yang telah melanda Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka, Somalia, Burma, Maldives, Tanzania, Bangladesh, Kenya dan Malaysia.

Dalam masa beberapa jam sahaja, hampir 220,000 orang mangsa terkorban, dan berjuta-juta lagi memerlukan bantuan kecemasan seperti perubatan, air bersih, makanan, pakaian, kediaman dan mata pencarian untuk meneruskan kehidupan.

Sebelum 2004, beberapa tsunami telah melanda Indonesia. Diantaranya ialah:-
  • Maumere, Flores (Disember 1992)
  • Halmahera (Januari 1994)
  • Banyuwangi (Jun 1994)
  • Pantai tenggara Provinsi Lampung (16 Februari 1995).

Apabila gempa bumi berlaku di Indonesia sekarang ini, negara kita turut dapat merasakannya. Sebelum ini kita merasakan bahawa Malaysia terlepas daripada malapetaka berkenaan. Begitu banyak gempa yang telah melanda Indonesia, antaranya ialah:-
  • 26 Desember 2004 - Gempa bumi dahsyat berukuran 9,0 skala Richter telah menggegarkan Aceh dan Sumatera Utara yang telah menghasilkan gelombang tsunami yang dahsyat.
  • 27 Mei 2006 - Gempa bumi berukuran 5,9 pada skala Richter telah menggegarkan Yogyakarta dan Jawa Tengah. Lebih dari 6000 terkorban, dan lebih dari 300,000 keluarga kehilangan tempat tinggal.
  • 6 March 2007 - Gempa bumi yang telah menggegarkan Sumatera Barat.
  • 12 September 2007 - Gempa di Bengkulu berukuran 7,9 Skala Richter
  • 2 September 2009, Gempa berukuran 7,3 Skala Richter menggegarkan Tasikmalaya. Gempa ini boleh dirasai hingga ke Jakarta dan Bali.
  • 30 September 2009, Gempa di Sumatera Barat berukuran 7,9 Skala Richter menggegarkan Padang.

Gempa bumi yang berlaku di Kuala Pilah baru-baru ini telah menunjukkan tanda-tanda yang ianya bakal berlaku di Malaysia juga.

Sebuah planet bernama Nibiru sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar daripada bumi. Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik.

Nasa mengumpamakan kejadian ini seperti yang pernah berlaku banjir besar semasa zaman Nabi Nuh AS dahulu. Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.

Sedarlah saudara-saudaraku, kiamat kian hampir.... Berubahlah demi kebaikan dunia dan akhirat.

Semakin Banyak Yang Terbongkar

Hari ini cerita mengenai wujudnya satu gerakan elit tentera dengan nama Task Force 2010 telah ditulis dalam portal malaysiakini. Wartawannya telah berusaha untuk membongkar 'skuad' misteri ini.

Tok Gru Nik Aziz juga baru-baru ini telah mengaitkan nama 'Kolonel Mat' yang mengetuai pakatan untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan negeri 'Serambi Mekah'. Sama ada watak tersebut benar-benar wujud atau hanyalah kiasan daripada Tok Guru yang tinggi ilmunya, telah menunjukkkan bahawa 'skuad' ini benar-benar wujud.

Namun, pagi-pagi lagi pada keesokkannya dalam berita TV1 kalau tak silap telah memberitahu seorang pimpinan PAS Pusat hairan dengan kenyataan Tok Guru itu dan mengumpamakan bahawa Tok Guru sengaja mengada-adakan cerita. Apakah pemimpin berkenaan buta hatinya ataupun sudah berdaftar dengan 'skuad' ini?

Mengikut apa yang dilaporkan dalam Malaysiakini, pejabat pasukan petugas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)terletak di sebuah kawasan perumahan di Jalan Aman, Kuala Lumpur dan diketuai oleh Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar.

Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan 2 agensi penyelaras Malaysia-Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di 3 wilayah yang sedang bergolak - Pattani, Yala dan Narathiwat.

Kenapa mereka terlibat secara lansung dalam mengusahakan apa yang dikatakan kerajaan perpaduan yang telah merosakkan parti PAS dengan mengatur pemimpin-pemimpin yang berpihak kepada mereka di peringkat pusat, dan memacung mana-mana pemimpin yang menentangnya?

Apakah istilah kestabilan bagi mereka ialah bertindak menyerang Tok Guru dan mana-mana pemimpin yang dilihat tetap berpegang teguh dengan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS? Sipakah boss sebenar mereka?

Bagi saya, boss mereka adalah dari kalangan puak-puak yang sebelum ini sentiasa berhempas-pulas menyekat kemaraan kumpulan yang memperjuangkan Islam yang sebenar-benarnya daripada terus mara kedepan dan melanyak mereka seperti apa yang telah dinyatakan didalam Al-Quran, tidak kira dimana jua dalam dunia ini.

Sedarlah saudara-saudaraku dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Golongan ini sentiasa berusaha melawan takdir. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W agar kita selamat daripada apa jua perancangan jahat mereka.

Dimanakah Imam Mahadi Berada?

Percayalah, era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah.

Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba sedikit masa lagi, mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang disisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung Imam Mahadi yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan 'masuk jawi' dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.

Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran.

Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah S.W. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjuk-ajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajjal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya.

Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, "sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti". Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

"Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang."

Semoga Kita Semua Tidak Terlalai

Kita yang impikan perubahan kearah kebaikan begitu bersemangat untuk merialisasikannya. Tidak kira apa sahaja dugaan yang terpaksa kita lalui telah bersama-sama berganding bahu tidak mengira kaum.

Insan yang bernama Anwar Ibrahim telah dipilih oleh Allah S.W sebagai penyedar kepada umat terutama sekali kepada umat yang berada dalam Malaysia. Beliau telah membawa umat kepada perubahan kearah kebaikan. Segala pembohongan kerajaan UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama yang lebih terarah kepada cara pemerintahan dan gaya hidup Barat telah terbongkar dan tidak terkawal lagi.

Kita telah maklum, musuh-musuh Islam lebih gemar melawan takdir. Dalam sibuk kita memperjuangkan apa yang dikatakan menuntut perubahan kearah kebaikan, sebenarnya telah wujud kumpulan yang perumpamaannya tidak ubah sebagai 'batu api' yang telah berada bersama jemaah kita. Sebelum ini, mereka umpama hero kepada kita dalam mengenengahkan maklumat.

Tanpa sedar, fungsi mereka sebenarnya semata-mata untuk melalaikan kita akan apa yang sedang berlaku sekarang menandakan kiamat telah terlalu hampir dengan kita.

Cuba kita imbas kembali senario politk dalam negara kita. Bermula sejak konspirasi jahat bagi menghalang kemaraan insan yang bernama Anwar Ibrahim dengan membuat pertuduhan liwat terhadap beliau. Pada masa itu gelombang menuntut keadilan begitu menggelegak sekali. Insan yang bernama Anwar Ibrahim redha dengan apa yang Allah S.W timpakan keatas diri beliau.

Diawal penahanan insan yang bernama Anwar Ibrahim, kita telah dikejutkan dengan panampilan beliau semasa dihadapkan dimahkamah dengan mata yang lebam dibelasah oleh mereka yang telah menolak Islam. Bermacam cubaan untuk membunuh beliau. Namun Allah S.W tetap melindungi beliau oleh kerana beliaulah yang akan memimpin bahtera menuntut perubahan ini.

Insan yang bernama Anwar Ibrahim telah ditakdirkan untuk berganding 'tenaga' dengan seorang Tok Guru dari negeri 'Serambi Mekah' yang bernama Nik Aziz Nik Mat. Oleh itu, pelbagai usaha untuk menjatuhkan Tok Guru yang sekarang telah menjadi tumpuan seluruh dunia. Insan yang bernama Anwar Ibrahim pula telah disediakan untuk dihantar kepanjara sekali lagi dengan pertuduhan yang sama seperti yang sebelumnya.

Jadi, kepada mana-mana yang belum terlanjur lagi tidak kira yang berada disebelah sini ataupun sebelah sana, kembalilah kepada Al-Quran yang didalamnya Allah S.W telah menceritakan kesemuanya apa yang akan kita semua lalui. Yakinlah.., Allah akan bersama dengan orang-orang yang berada dipihak yang benar dan sentiasa dizalimi.... Allahuakhbar x3..!!!

02 December 2009

Tanda Kiamat Sudah Dekat Semakin Jelas

Apa yang berlaku dalam negara kita mahupun luar negara, semuanya ini merupakan petanda-petanda bahawa kiamat telah terlalu menghampiri kita. Semua perkara yang benar telah berjaya diusahakan oleh mereka-mereka yang berkenaan menjadi tidak benar.

Allah s.w telah memberi bermacam tanda-tanda bagi menyedarkan umat akan kiamat sudah hampir. Pihak Barat juga tidak ketinggalan samada dengan niat lain. Mereka telah menggambarkan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012 dengan menerbitkan sebuah filem yang berjudol 'Doomsday'.

Saya cuba ketengahkan tanda-tanda yang Allah s.w telah tunjukkan kepada kita terutamanya apabila satu pakatan jahat telah melakukan serangan terhadap TGNA dengan mencipta pelbagai keburukan terhadap beliau dan kerajaannya.

Allah menurunkan malapetaka kepada kita untuk menguji keredhaan kita menerima apa jua musibah dan mungkin juga ianya merupakan bala terhadap perlakuan sesetengah daripada kita. Yang paling dahsyat ialah tsunami yang telah berlaku pada hujung tahun 2004.

Selepas itu, Wabak H1N1 telah menggemparkan dunia apabila beratus-ratus orang telah meninggal dunia. Amaran mengenai gelombang kedua H1N1 yang dikhabarkan lebih dasyat lagi yang diramalkan akan menyebabkan lebih banyak kematian. 3 malapetaka yang dahsyat telah kita lalui sebelum ini mengingatkan kita akan kekuasaan Allah.

1) Taufan Ketsana telah melanda Filipina yang menjadikan mangsa taufan tersebut mencecah lebih 2.2 juta orang dan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 246 orang.

2) Tsunami yang melanda Samoa dan Saoma Amerika. Seramai 119 orang telah disahkan mati aibat kejadian itu.

3) Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera yang telah meragut beratus nyawa dan ribuan mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kita yang di Malaysia ini sentiasa lah berwaspada kerana kejadian-kejadian itu berlaku di sekeling kita dan bila-bila sahaja boleh berlaku di Malaysia. Lihatlah sekarang gegaran sudah mula terasa dalam negara kita. Terbaru, gegaran di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Di pantai Bachok Kelantan baru-baru ini kecoh dengan fenomena ikan naik kedarat yang telah menjadi petanda sebelum ini akan kehadiran satu gelombang tsunami dahsyat yang telah menenggelamkan Banda Acheh. Gelombang dahsyat ini turut melanda pantai-pantai dalam negara kita walaupun tidak sedahsyat yang menimpa Banda Acheh.

Insaflah wahai saudara-saudaraku sekalian. Kembalilah bertaqwa kepadaNya.

01 December 2009

Usaha Pakatan Dajjal Fitnah Tok Guru

Ana sudah tidak tahan dengan sikap kumpulan Pakatan Dajjal yang telah menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan pakatan jahat Dajjal UMNO berganding dengan Dajal PAS dan juga Dajjal Profesional.

Dajal Profesional telah mengambil posisi ditengah-tengah persengketaan politik dalam negara Ana yang telah 'jahanam' angkara daripada pemerintahan Kerajaan Dajjal UMNO. Dajjal Profesional kini telah berjaya menyelinap masuk berada dalam jemaah Ana melalui bloggers. Segala maklumat strategi rahsia jemaah Ana sudah berada dalam 'genggaman' mereka.

Golongan ini mengikut 'kata hati' Ana adalah golongan yang telah diceritakan di dalam Al-Quran. Kalau berdebat, berpidato, berlakon, entah apa sajalah..., masyaALLAH....., betapa handalnya mereka ini dan nescaya ramai antara saudara-saudara Ana percaya dek kerana terpukau dengan 'kehebatan' mereka-mereka ini dalam mendedahkan maklumat-maklumat rahsia daripada kerajaan Dajjal UMNO. Setengahnya kalau kurang percaya pun, telah berjaya dikelirukan.

4 ekor Dajjal senior PAS yang sudah lama berada dalam PAS telah berjaya menambah dan menyusun anggota mereka menawan seluruh kerusi penting parti Islam ini diperingkat pusat yang telah menabur duit yang 'disedekah' oleh Dajjal UMNO berjuta-juta ringgit jumlahnya.

Patutlah 'kata hati' Ana merasakan, ada 'sesuatu' yang sedang bersama-saam dalam jemaah ini. Ini terbukti apabila kumpulan Dajjal Profesional ini telah bersama-sama dengan Dajjal UMNO dan Dajjal senior PAS bersertakan Dajjal Baru dari Klate telah bersatu-hati melakukan serangan terhadap Tok Guru Nik Aziz dari segenap penjuru...

Dajjal baru PAS dari Klate telah berani menonjolkan diri mereka termasuklah anak kepada Tok Guru sendiri. Bermula dengan gerakan Dajjal Profesional yang terdiri daripada blogger-blogger tersohor dalam negara yang sebelum ini bersama dengan jemaah Ana, telah mula berani tampil dengan 'membuat fitnah' terhadap kerajaan PAS Klate pimpinan Tok Guru.

Sumber-sumber berita alternatif yang menjadi rujukan jemaah Ana sebelum ini majoritinya sudah berjaya ditawan oleh Dajjal demi untuk memantapkan berita fitnah jahat mereka.

Bermula dengan serangan memburukkan kerajaan Tok Guru, Husam pula digambarkan sebagai musuh dalam selimut yang menikam Tok Guru dari belakang dan membuat fitnah bahawa Husam telah letak jawatan oleh saluran TV Dajjal. Keesokkan harinya, kecoh dengan berita seolah-olah Tok Guru sudah mahu melepaskan jawatan MB Klate.

Anak Tok Guru sendiri telah mengeluarkan kenyataan bodoh & bangang iaitu," jangan sesiapa halang hasrat ayahadanya untuk melepaskan jawatan kerana Ayahandanya sudah tua."

Hari ini Dajjal-Dajjal ini bersama media-media Dajjal telah berusaha memesongkan tanggapan murni umat Islam terhadap Tok Guru. Seolah-olah Tok Guru sudah nyanyok dan tidak betul lagi......

Semoga Allah melindungi Tok Guru bersama para jemaah Ana yang tetap tidak berganjak dari landasan perjuangan yang murni ini daripada terpedaya dengan membuat fitnah jahat Pakatan Dajjal ini. Takbir....!!! Allahuakhbar x3...!!!

Sedarlah saudara-saudaraku..., Kiamat telah semakin hampir....

(Utusan Kesedaran Umat)

29 November 2009

Semoga Allah Melindungi TGNA Dan Kita Semua

Dalam minda saya sekarang telah begitu banyak persoalan yang mula timbul terutama sekali apabila serangan yang terancang mula berarah menyerang negeri Kelantan pimpinan TGNA yang juga amat dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.

Sebelum ini, semua yang mahukan kebenaran dan keadilan telah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan perubahan akan benar-benar berlaku pada PRU-13 nanti. Bermacam isu dan suasana yang telah kita lalui.

Sekarang kita agak sukar untuk tentukan siapa lagi musuh kita selain daripada parti lawan. Ini kerana mereka juga sudah berada dalam jemaah kita. Kalau dinilai dari luaran, mereka ini sama seperti kita, tetapi apa yang mereka mahukan sebenarnya ialah jemaah ini 'wajib' di pecah-belahkan.

Mereka-mereka ini tergamak melakukan apa saja. lihatlah apa yang mereka lakukan di Kelantan. Apabila TGNA dilihat masih tetap memegang teguh dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan lantang menentang idea untuk bergabung UMNO Barisan Nasional, perancangan jahat telah bermula untuk menjatuhkan beliau.

Berbagai serangan telah mula terarah kepada Tok Guru yang begitu disegani oleh umat manusia bukan hanya dinegeri 'Serambi Mekah' sahaja. Tok Guru masih tetap teguh dengan prinsip, beliau tidak sekali-kali akan berganjak....

Semoga Allah melindungi TGNA dan kita yang ikhlas berjuang menuntut kebenaran dan keadilan ini.

26 November 2009

Buat Renungan Bersama

Mengikut apa yang berlaku sejak mutakhir ini, saya rasa terpanggil untuk berusaha mencari bahan-bahan yang menceritakan mengenai petanda kiamat dan ditulis untuk tatapan kita bersama.

- Penaklukan Baitulmuqaddis

"Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

- Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

- Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

- Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

- Ramai orang soleh meninggal dunia

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

- Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

- Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa

- Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

"Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

- Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

- Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

- Orang akan melakukan homoseksual.

- Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Berkurangnya sifat amanah

- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

- Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

- Memandang rendah kepada darah

Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

- Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

- Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

"Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

- Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya." - Riwayat Bukhari dan Muslim

- Banyaknya berlaku gempa bumi

- Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

- Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan" - Sahih Bukhari

- Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA