" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 December 2009

Tanpa Nibiru Sekalipun, Kiamat Sudah Semakin Dekat

Begitu banyak artikel-artikel perbahasan dalam blog-blog mengenai kiamat akan tiba pada 2012. Bermacam andaian pendapat yang telah diketengahkan dalam membahaskan mengenai kehadiran planet Nibiru.

Para saintis mendakwa, Planet Nibiru pasti akan melintasi matahari dan orbitnya akan melintang dengan orbit Bumi dan segalanya didakwa akan berlaku pada tahun 2012. Pada masa itu dikatakan kemungkinan besar akan berlaku perlanggaran antara Bumi dan planet Nibiru.

Dijangkakan pada masa itu, akan berakhirnya tamadun manusia dan percikan solar akan dicetuskan oleh planet Nibiru yang akan menyebabkan kemusnahan Bumi dan segala isi kandungannya.

Dalam Islam, Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan yang hanya diketahui oleh Allah swt saja seperti banyak disebutkan didalam Kitab-Nya maupun Sunnah Nabi saw.

Bagi pendapat peribadi saya, dengan adanya cerita Nibiru ini, ianya telah membuka pintu hati ini akan kebesaran Allah swt yang sebelum ini telah lalai angkara dodoian pemerintah. Apa yang kerajaan UMNO Barisan Nasional lakukan demi untuk menyedarkan rakyat akan kebesaran Allah?

Prinsip perjuangan parti UMNO sendiri pun telah tergelincir. Mereka tetap 'berdegil' dengan prinsip parti mereka iaitu 'agama dan politik tidak boleh disatukan' biarpun Tok Guru Nik Aziz telah membuat tawaran, "sekiranya UMNO dan PAS mahu disatukan, ubah dulu prinsip perjuangan parti mereka."

Tok Guru membuat tawaran itu disebabkan pimpinan tertinggi PAS sudah tergila-gila untuk berkahwin dengan UMNO, Tok Guru yang memegang jawatan Mursyidul Am PAS tidak diendahkan mereka. Sebaliknya mereka 'menyerang' Tok Guru dengan biadap sekali angkara ketegasan Tok Guru dalam memegang prinsip Islam.

Bila agama dan politik tidak disatukan, ini bermakna apa yang telah ada dalam Al-Quran untuk digunakan dalam pemerintahan sesebuah negara Islam yang sebenar-benarnya tidak akan diguna pakai lagi. Tiada istilah 'halal-haram', apa sahaja mereka tergamak lakukan semata-mata untuk mencapai kebahagian dunia.

Dimanakah tanggungjawab mereka sebagai sebuah kerajaan yang kononnya UMNO lebih dulu daripada PAS dalam memperjuangkan Islam? Sejak dari merdeka lagi, itulah prinsip parti mereka. Sikap mereka ini sudah tidak ubah seperti perangai Dajjal bermata satu iaitu mata mereka hanya nampak satu sahaja, kesenangan duniawi. Segala yang benar diusahakan mereka menjadi pendustaan.

Jadi, sekiranya Nibiru ini hanyalah mitos yang Yahudi ciptakan untuk memesongkan akidah umat Islam, tidak salah bagi kita takut akan kejadian yang digambarkan itu kerana apa-apa pun yang terjadi semuanya dengan izin Allah swt. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah kiamat akan berlaku.

Tanpa Nibiru pun, sudah begitu banyak tanda-tanda yang Allah swt tunjukkan kepada kita bahawa kiamat telah terlalu dekat yang kebanyakkannya telah berlaku dalam negara kita. Diantaranya ialah;-

- Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

*Penaklukan ini jelas telah pun berlaku.


- Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim

*Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


- Zina bermaharajalela.


"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

*Dalam negara kita telah banyak berlaku.


- Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah

*Sekarang bermacam anugerah telah wujud dalam negara kita sendiri, Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan berbagai anugerah lagi.


- Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

*Ini pun sudah jelas berlaku dalam negara kita. Sekarang sudah ada pertandingan masjid. Masjid dibangunkan sebesar-besarnya, sedangkan jemaahnya, masyaALLAH.......


- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

*Ini pun sudah jelas berlaku dalam negara kita.


- Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

*Sekarang, berapa ramai lagi ulama' yang benar-benar menegakkan agama Allah?


- Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

*Ini pun sudah berlaku dalam negara kita juga.


- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

*Yang ini lagi jelas dan nyata.


- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

*Lihatlah apa sudah jadi dengan fesyen terkini yang menjadi kegilaan masakini


- Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

*Ini pun sudah berlaku


- Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

*MasyaALLAH.... ini dah lama berlaku dalam negara kita.


- Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

*Ini pun sudah dan sedang berlaku dalam negara kita. Bermula dari peristiwa Memali, Sauk, konspirasi jahat terhadap Anwar Ibrahim, kematian Al Tantuya dan terbaru Teoh Beng Hock.

Jadi dengan apa yang telah dipaparkan diatas sebagai bukti , sama-samalah kita merubah diri kita sekiranya merasakan sudah terjebak dengan tipu muslihat Dajjal semata-mata untuk melalaikan kita.

Kembalilah bertaqwa kepadaNya. Tanamkan dalam diri masing-masing, kiamat telah terlalu hampir dengan kita.
Pilihlah 'platform parti pakatan' yang Allah swt telah sediakan untuk merubah kerajaan yang sedia ada kini, kepada yang tanpa jemu berusaha menjanjikan perubahan kearah kebaikan kepada semua.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA