Para pimpinan terutama sekali 'insan pencetus' kepada lahirnya Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli parti dari PKR-PAS-DAP dan semua pendokong perjuangan Pakatan Rakyat telah bersama-sama berhempas pulas untuk merialisasikan perubahan kearah kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Segala perancangan jahat yang telah, sedang dan masih diatur oleh musuh untuk memecah-belahkan jemaah Pakatan Rakyat sebelum ini telah kita tempohi bersama. Pihak musuh telah menggunakan pelbagai taktik termasuk dari tahap rendah sehinggalah tahap tinggi. Mana-mana pimpinan yang tetap tidak berganjak dari matlamat perjuangan asal Pakatan Rakyat diserang habis-habisan.
Taktik Tahap tinggi yang telah mereka gunakan ialah berusaha membeli ADUN dari Pakatan Rakyat seramai yang mungkin. Matlamat mereka ialah untuk merampas kembali dengan cara mereka negeri-negeri yang telah berjaya ditawan secara demokrasi oleh Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lalu. Namun, dengan kuasa Allah swt, mereka hanya berjaya merampas negeri Perak sahaja.
Taktik Tahap Tinggi mereka juga memberi tumpuan untuk 'mengganggu' parti tunggal memperjuangkan Islam iaitu PAS. Mereka telah mengatur taktik ini dengan rapi sekali. Target mereka ialah 'mengUMNOkan PAS'. Kejayaan mereka terserlah sekali semasa Muktamar Tahunan PAS bar-baru ini. Mereka berjaya 'mengatur' pimpinan PAS Pusat. Dengan pertolongan Allah swt, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz biarpun kelihatan makin tua namun semangatnya masih kental dalam memerangi UMNO dari awal perjuangan beliau sehingga kini, tidak pernah goyah.
Kelebihan yang ada pada Tok Guru menyebabkan klip-klip yang telah berjaya diUMNOkan oleh musuh begitu sukar untuk menjalankan misi mereka. Kekadang... saya merasa sedih bila melihat seorang Tok Guru yang sukar untuk dicari pada zaman ini, umpama berseorangan dalam menghadapi serangan daripada musuh. Namun 'kelebihan' yang Allah swt kurniakan kepada beliau, makin dicemuh, dilanyak, makin bertambah-tambah lagi sokongan terhadap beliau bukan sahaja di 'Serambi Mekah', malah keseluruh negara.
Sama juga apa yang telah dilalui oleh 'Bapa Arus Perubahan' kita Anwar Ibrahim, makin dituduh segala macam kejahatan terhadap beliau makin bertambah-tambahlah sokongan rakyat dan dunia terhadap beliau. Bermula dengan pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, dengan izin Allah swt, segala kezaliman, pencabulan kerajaan UMNO Barisan Nasional lakukan sebelum ini terbongkar satu persatu.
Dengan izin Allah swt, kemunculan rakaman video dari dalam rumah VK Lingam yang telah menjadi bukti penglibatan beliau dan Mahathir dalam 'perkosaan' sistem perundangan negara, pembunuhan ngeri terhadap wanita Mongolia biarpun mayat wanita berkenaan hancur berkecai dibom, ianya tetap terbongkar.
Terbaru kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari bagunan Massalam dan dalam kawalan SPRM. Biarpun mereka cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Surohan mereka, dengan izin Allah swt.. mayat mendiang terpaksa digali semula. Mereka tidak mampu menghalang bedah siasat ke-2 ini yang akan membongkar punca kematian sebenar mendiang.
Dalam mereka sibuk mengatur memikirkan taktik-taktik jahat untuk merampas negeri Pakatan Rakyat, Allah swt telah 'menghadirkan' siri-siri PRK, pembongkaran segala komplot jahat yang sebelum ini menjadi amalan mereka demi untuk mengekalkan kuasa dibumi Allah ini. Memandangkan daripada keputusan keseluruhan PRK yang telah kita tempohi, UMNO Barisan Nasional berjaya dibelasah dengan teruk sekali dalam sejarah negara dengan izin Allah swt.
Gerakan Islam yang berjuang menegakan panji-panji Islam, terus menjadi sasaran Mahathir. Boleh dikatakan apa saja kerosakan berhubung kait dengan manusia yang bernama Mahathir. Seperti yang ramai ketahui, Allah swt akan memanjangkan umur mereka-mereka yang zalim. Mahathir 'mesti' melihat saat-saat rebahnya parti yang sebelum ini begitu 'gah' sekali.
Demi untuk memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat, satu tarikh telah berjaya dipilih bagi mengadakan konvensyen sulong Pakatan Rakyat kearah penggabugan secara rasmi. Konvesyen berkenaan akan diadakan pada 19hb Disember ini di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor. Dijangkakan seramai 1500 perwakilan yang mewakili 3 parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan hadir. InsyaALLAH.., dengan izin Allah, Pakatan Rakyat akan mengibarkan hanya satu bendera untuk berentap dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional pada PRU yang akan datang.
Pihak musuh sudah pasti tidak mahu melihat kejayaan Pakatan Rakyat bergabung dibawah satu bendera. Oleh sebab itu serangan mereka sekarang ini semakin 'menggila'. Bagi pendapat peribadi saya serta pengalaman berada dalam jemaah Pakatan Rakyat, saya dapat merasakan bahawa mereka-mereka yang terlibat dengan taktik tahap tinggi ini, sanggup dan sudah berada bersama-sama dalam jemaah kita.
Permasaalahan yang sememangnya wujud, diusahakan oleh mereka-mereka ini supaya ianya nampak begitu 'kritikel' sekali. Hanya dengan seorang individu sahaja, mereka berjaya 'mewujudkan' beberapa watak demi untuk 'menghidupkan suasana'. Bagi saya senang sahaja untuk mengesan mereka-mereka ini. Caranya.., kita perlulah berkawan dengan mereka. Bila berborak.., mereka-mereka ini dengan tegas menyatakan pendirian mereka, "aku akan bersama dalam mendokong perjuangan Pakatan Rakyat, tapi aku benci Anwar Ibrahim."
Kenapa dalam hati kecil mereka-mereka yang berkenaan wujud perasaan benci terhadap insan yang boleh dianggap sebagai 'bapa'? Tanpa insan yang bernama Anwar Ibrahim, akan lahirkah Pakatan Rakyat? Bagi saya, apabila seseorang itu berpendirian sedemikian, sudah terang tanpa disuluh lagi, mereka sebenarnya terdiri dari kalangan musuh yang telah diberikan 'misi khas' untuk 'bekerja' dari dalam. Semoga Allah melindungi kita semua yang 'ikhlas' dalam perjuangan ini.... Sama-samalah kita berdoa semoga Pakatan Rakyat berjaya didaftarkan secara rasmi dibawah satu bendera. Takbir... Allahuakhbar..3x..!!!.
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
09 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
December
(29)
- DSAI: Perutusan Tahun Baru 2010
- Serangan Terhadap Kerajaan Kelantan Berterusan
- Bekas Presiden Indonesia Gus Dur Meninggal Dunia
- Malam Tahun Baru Diwarnai Gerhana Bulan
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama
- Wujudkah Agenda Di Sebalik Isu Kecurian Enjin Jet?
- DSAI: Perutusan Hari Natal Dan Selamat Tahun Baru
- Al-Qaeda Muncul Di Hadapan Khalayak
- Gerakan Pula Dijadikan Sasaran
- Transkrip Ucapan Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat
- 1,500 Perwakilan Sokong Dokumen Bersama Pakatan Ra...
- Persidangan Pakatan Rakyat Tempa Sejarah Baru Poli...
- Dr Syed Husin Ali Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara
- Rakyat Wajib Bersatu Menentang GST
- Tiong Lai Dan 12 AJK MCA Letak Jawatan
- Jeffrey Kekal Naib Presiden PKR
- Bloggers Upahan Mukhriz Mahu Menguasai Kabinet Dan...
- Kerajaan Kelantan Sahut Cabaran Nazri Aziz
- Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat
- Osama Dan Obama
- Tanpa Nibiru Sekalipun, Kiamat Sudah Semakin Dekat
- Dajjal Sudah Berada Merata-Rata
- Sudah Begitu Lama Kita Di Dodoikan
- Gempa Bumi, Tsunami, Nibiru
- Semakin Banyak Yang Terbongkar
- Dimanakah Imam Mahadi Berada?
- Semoga Kita Semua Tidak Terlalai
- Tanda Kiamat Sudah Dekat Semakin Jelas
- Usaha Pakatan Dajjal Fitnah Tok Guru
-
▼
December
(29)
No comments:
Post a Comment