Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010.
Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.
Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut.
Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.
Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya.
Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil.
Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.
Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.
ANWAR IBRAHIM
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
24 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
December
(29)
- DSAI: Perutusan Tahun Baru 2010
- Serangan Terhadap Kerajaan Kelantan Berterusan
- Bekas Presiden Indonesia Gus Dur Meninggal Dunia
- Malam Tahun Baru Diwarnai Gerhana Bulan
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama
- Wujudkah Agenda Di Sebalik Isu Kecurian Enjin Jet?
- DSAI: Perutusan Hari Natal Dan Selamat Tahun Baru
- Al-Qaeda Muncul Di Hadapan Khalayak
- Gerakan Pula Dijadikan Sasaran
- Transkrip Ucapan Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat
- 1,500 Perwakilan Sokong Dokumen Bersama Pakatan Ra...
- Persidangan Pakatan Rakyat Tempa Sejarah Baru Poli...
- Dr Syed Husin Ali Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara
- Rakyat Wajib Bersatu Menentang GST
- Tiong Lai Dan 12 AJK MCA Letak Jawatan
- Jeffrey Kekal Naib Presiden PKR
- Bloggers Upahan Mukhriz Mahu Menguasai Kabinet Dan...
- Kerajaan Kelantan Sahut Cabaran Nazri Aziz
- Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat
- Osama Dan Obama
- Tanpa Nibiru Sekalipun, Kiamat Sudah Semakin Dekat
- Dajjal Sudah Berada Merata-Rata
- Sudah Begitu Lama Kita Di Dodoikan
- Gempa Bumi, Tsunami, Nibiru
- Semakin Banyak Yang Terbongkar
- Dimanakah Imam Mahadi Berada?
- Semoga Kita Semua Tidak Terlalai
- Tanda Kiamat Sudah Dekat Semakin Jelas
- Usaha Pakatan Dajjal Fitnah Tok Guru
-
▼
December
(29)
2 comments:
tuan boleh ker mengucapkan selamat hari natal?sy ada jgk terbaca buku2 yg mengatakan haram bg umat Islam mengucapkan selamat hari natal,sbb hari natal nie hari perayaan keagaamaan kristen,ucapan ini seolah2 kita merestui perbuatan sujud mereka terhadap salib,itu ape yg sy bacala..sy cube2 la jg seacrh kt google,bkn ape tkt jgk kdg2 kita x sedar blh merosakkn akidah kita..sy musykil jgk..
maaf yer skadar pandangan..
Huk ala - DSAI ucap Selamat MENYAMBUT Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian laa...
Ko ni dapat BM berapa?
Post a Comment