" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 November 2010

FOTO KESEDARAN 29 NOV 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

27 November 2010

Tinggalkan 'Ketuanan Melayu' Kalau Nak Maju Seru Wan Azizah

Dalam mempersiapkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar slogan 'Ketuanan Melayu' yang dilaungkan oleh Umno ditinggalkan kerana ia hanya merupakan konsep untuk memperdaya dan memundurkan bangsa Melayu itu sendiri.

Malah kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-7 di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi, jika Melayu mahu maju 'Ketuanan Melayu' wajib di tinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil elit Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

26 November 2010

Kongres PKR 2010 : Terus Bersatu Tumbangkan Umno-BN

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula hari ini dengan komitmen daripada pemimpin-pemimpin yang menang dan kalah untuk terus bersatu memantapkan perjuangan parti bagi menamatkan era pemerintahan rasuah Umno-Barisan Nasional.

Shamsul lskandar Md Akin mengekalkan jawatan ketua angkatan muda keadilan dan terus menghulurkan tangan persahabatan kepada pesaingnya, Badrul Hisham Shaharin.

Walaupun mempertikaikan aspek tertentu mengenai ketelusan sistem pemilihan itu, Badrul berkata beliau akan terus bersama pejuang-pejuang lain dalam AMK dan parti untuk memastikan kejayaan PKR dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

FOTO KESEDARAN 25 NOV 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

klik untuk sambungan foto

25 November 2010

Mahathir Dinasihat Taubat Nasuha

Punca Sebenar Perpecahan, Kemunduran Melayu

Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca sebenar perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu selama 23 tahun mentadbir negara.

Menurut Dr Muhammad malah sejak mutakhii ini Dr Mahathir dilihat menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

Kemaruk Politik UMNO: Khalid Samad

Kebelakangan ini kita melihat bangaimana UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, sebahagian besar dari isu-isu yang mereka timbulkan hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk menyerang PR sehingga menjadi bahan gurau di kalangan mereka yang bermaklumat. Sebagai contoh, isu duit judi di Pulau Pinang.

Manakala, isu-isu yang ditonjolkan sekarang pula adalah seperti berikut:

1. Isu pemilihan PKR dan Dato' Zaid
Gambaran yang ingin diberi ialah PKR berada dalam keadaan huru-hara dan tunggang-terbalik. Oleh yang demikian, sekiranya benar dakwaan ini, maka tiada apa-apa yang perlu di takutkan oleh pihak BN. Tetapi dengan liputan meluas dan tumpuan yang diberi, maka jelas bahawa PKR tetap dilihat sebagai satu ancaman yang perlu ditangani.

24 November 2010

Media Kerajaan Taksub Cari Kelemahan Pakatan Rakyat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketaksuban Barisan Nasional(BN) untuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu perkara yang baru.

Menurutnya, Pakatan Rakyat sudah lali dengan tindak tanduk BN yang mempergunakan pelbagai cara termasuk media massa dan menggunakan badan-badan kerajaan dalam usaha mereka untuk melemahkan gabungan mantap parti PKR, PAS dan DAP.

Anwar, mengulas laporan bahawa BN mahu mengambil kesempatan dari kekecohan yang dikatakan berlaku ketika proses pemilihan pimpinan parti itu dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum ke13 akan datang.

Mahkamah Benar Anwar Dapatkan Laporan Protokol Perubatan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan (proforma) saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika membuat keputusan itu Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau membenarkan permohonan itu kerana dokumen berkenaan sudah dirujuk saksi ketiga pendakwaan (SP3) pakar patologi foresnik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur ketika mahkamah berhenti rehat semalam.

“Pada pandangan saya saksi bleh merujuk kepada nota semasa soal balas...maka permohonan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah ditolak,” Mohd Zabidin.

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Anwar, Arah Bayar Kos RM70,000

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah mebayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 menolak rayuan beliau terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ketika membaca penghakiman beliau, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Anwar Buat Permohonan Esok Gugurkan Hakim

Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan esok untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana gagal membekalkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur yang amat penting dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapi olkeh Ketua Oposisi itu.

Permohonan itu diputuskan oleh pihak pembelaan apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sekali menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota perubatan HKL.

Mohamad Zabidin memberi alasan mahkamah tidak boleh memaksa dokumen tersebut dikemukakan okeh pakar terbabit.

22 November 2010

PKR Bersih Pengkhianat Selepas Kongres

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan proses pembersihan pengkhianat selepas kongres parti ahad ini. Perkara ini dinyatakan demikian oleh pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Parlimen hari ini. Ikrar Azmin itu ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulan yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

21 November 2010

Anwar Beri Amaran Jangan Main Sentimen Suku Kaum Dalam KEADILAN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tidak ada ruang di dalam parti bagi mana-mana pihak untuk memainkan sentimen perkauman.

Merujuk kepada proses pemilihan parti di sesetengah cabang yang didominasi oleh kaum tertentu, Anwar mengingatkan jika budaya ini mahu diteruskan lebih baik mereka yang terbabit menyertai Barisan Nasional.

"Saya ingin berpesan jangan main sentimen kaum di dalam parti ini. Kalau ada saya nasihatkan balikm ke parti asal masing-masing. Kalau di cabang semua kepimpinan pilih Melayu lebih baik masuk Umno, kalau semua pilih India lebih baik masuk kelab India atau MIC. Kalau ini berlaku apa beza kita dengan Barisan Nasional.

20 November 2010

Rakaman Pidato: Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman




19 November 2010

Kerja Bodoh Makin Terserlah, Zaid Tubuh Parti Baru

Seperti yang dijangka, Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan , Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru yang beliau dakwa adalah lebih demokratik.

Walaupun sebelum ini mendakwa beliau tidak akan menubuhkan parti baru, selagi tidak dipecat oleh PKR, Zaid mengulangi amalan dengan mengubah fikirannya sekali lagi.

Namun yang menghairankan, ialah beliau menunda tarikh keluar daripada PKR kepada 16 Disember tanpa memberi sebab yang munasabah.

Israel Setuju Berundur Dari Ghajar

Israel telah bersetuju untuk menarik keluar tentera mereka dari utara Ghajar yang terletak di sempadan Israel - Lubnan pada Rabu. Dengan ini di harapkan ianya berjaya meredakan konflik sekian lama.

Pihak Israel telah mengesahkan bahawa perkampungan berkenaan tidak akan dibahagikan biarpun selepas pengunduran di lakukan. Walau bagaimanapun, penduduk di sana masih bimbang dan berharap supaya ianya benar-benar tidak berlaku.

Pejabat Perdana Menteri Israel telah mengesahkan bahawa pada asasnya, kerajaan Israel telah meluluskan pengunduran berkenaan. Beberapa minggu lagi, diplomat Israel akan membuat persetujuan bersama dengan pasukan Pengaman PBB yang di tugaskan di zon sempadan selatan Lubnan.

16 November 2010

Jumlah Korban Merapi Meningkat Ke 242 Orang


Kerajaan Indonesia melaporkan, jumlah korban keseluruhan sehingga letusan terakhir Gunung Merapi semakin meningkat yang telah menjadikan 242 orang pada hari Ahad. 165 daripadanya meninggal akibat melecur terbakar.

13 November 2010

Demonstrasi Hindraf Di Depan Rumah Anwar Didalangi Umno-BN

KUALA LUMPUR 13 Nov - Tindakan sekumpulan penyokong Hindraf cuba memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berdemonstrasi di perkarangan rumah beliau Rabu lalu berkemungkinan didalangi pihak tertentu bagi menconteng imej kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam komennya berkata tindakan itu merupakan satu tindakan yang tidak logik kerana negara ini bukan diperintah oleh empat negeri Pakatan Rakyat.

"Kalau hendak buat demonstrasi, kenalah konsisten di seluruh negara mengajukan permintaan itu kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional bukan kepada Pakatan Rakyat sahaja.

12 November 2010

FOTO KESEDARAN 11 NOV 2010

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " - Surah Al - Anbiyaa’ ayat 30

kllik untuk foto

11 November 2010

Calon Baru Dan Muda Untuk PRU-13: Anwar

SINGAPURA NOV 11 :Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan parti itu sebagai parti "Reformasi", dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

10 November 2010

Perjuangan Saya Ditentukan Ahli Parti, Azmin

Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau akan terus mendokong perjuangan parti itu selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh akar umbi parti. Justeru tidak timbul soal beliau melayan gesaan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang menyuruhnya untuk meninggalkan parti.

"Samada saya kekal dalam parti atau sebaliknya ditentukan oleh anggota-anggota parti, kalau kita yakin dengan sistem demokrasi dalam kerajaan mahupun dalam parti kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Saya bersedia untuk mengambil backseat atau pun peranan yang lebih kecil sekiranya diputuskan anggota parti," kata Azmin.

Azmin berkata walau apa pun beliau bersedia untuk memberikan yang terbaik ke arah memperkasakan parti.

Politik Apa Yang Zaid Mainkan?

Betapa hebatnya perancangan jahat 'Pakatan Dajjal' yang sedang dan bakal mereka lakukan bagi menjahanamkan parti 'istimewa', Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perlu kita ingat, sebelum ini mereka telah menemui kegagalan dalam usaha menjahanamkan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka sentiasa memberi tumpuan semasa pemilihan parti.

Gerak kerja yang mereka gunakan semuanya sama, iaitu mencipta fitnah seberapa banyak yang mungkin. Mengawal malah menawan media alternatif yang menjadi tumpuan rakyat dan mewujudkan blog-blog yang kononnya bebas bersuara semata-mata untuk melazatkan hidangan berlaukkan fitnah yang mereka sajikan.

Untuk menjahanamkan PKR cukup-cukup senang bagi mereka berbanding dengan PAS. Mungkin sekarang mereka sedang berseronok bersama ketua mereka di atas kejayaan yang hampir selesai (bagi mereka).

09 November 2010

Mustaffa Beri JPP Tempoh 48 Jam Hentikan Pemilihan 2010

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan Timbalan Presiden akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Antara lain memorandum itu mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini yang kini didakwa amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

"Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

08 November 2010

AS Tolak Desakan Zionis Untuk Menyerang Iran

AS telah menolak saranan perdana menteri Zioinis, Benyamin Netanyahu menyeru supaya tindakan ketenteraan di kenakan terhadap Iran bagi memastikan Iran tidak meneruskan program senjata nuklearnya.

Menteri Pertahanan AS, Robert Gates hari ini (Isnin) berkata, "Kita tahu bahawa mereka akan merasa bimbang kesan daripada hukuman sedemikian kerana ianya akan memberi kesan mendalam yang berpanjangan. Jadi saya tidak bersetuju bahawa hanya dengan tindakan ketenteraan sahaja akan dapat menghentikan program senjata nuklear Iran.

"Kami sudah bersedia melakukan apa yang sepatutnya, tetapi pada masa ini, kami percaya bahawa pendekatan politik-ekonomi yang kita mengambil sebenarnya mempunyai kesan di Iran."

Apakah Zaid Sememangnya Begitu, Atau Telah Di Pergunakan?

Pada awalnya saya begitu kagum dengan pimpinan UMNO yang telah melepaskan semua jawatan biar pun beliau tidak bertekad keluar namun di pecat. Pada masaq itu, bekas pimpinan UMNO ini telah di anggap sebagai 'Wira Rakyat Malaysia' kerana ketegasan beliau demi menegakkan keadilan kepada semua. Pemimpin yang di maksudkan ialah Dato' Zaid Ibrahim.

Pemecatan beliau daripada UMNO di buat ekoran dari tindakan beliau yang telah menghadiri kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam. Tidak lama selepas di pecat, beliau telah mengisytiharkan tekad beliau dengan menyertai PKR untuk berjuang bersama-sama rakyat Malaysia demi melakukan perubahan ke arah kebaikan kepada semua secara terang-terangan.

Saya mengatakan secara terang-terangan kerana sebaik sahaja beliau menyertai PKR, beliau telah di lantik sebagai ahli MPP dan yang paling prestijnya beliau juga telah di lantik sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

07 November 2010

Selepas Pemilihan 1/3 Cabang, Azmin Kekal Di Depan

Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, calon timbalan presiden Azmin Ali terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang (78 setakat semalam dan sembilan hari ini) yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,620 undi. Azmin secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi.

Saudi Sambut Aidiladha 16 Nov, Hari Wukuf 15 Nov

MEKAH, 7 Nov — Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 November bersamaan 9 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada keesokan harinya.

Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah hari ini.

Lebih 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia kini berhimpun di tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji, yang merupakan perhimpunan tahunan agama yang terbesar di dunia, menurut agensi itu. — Bernama

ZIONIS Terus Menzahirkan Sikap 'KeDAJJALannya'

JERUSALEM - Seorang pegawai Israel hari ini (Ahad) mengatakan bahawa Israel akan ke PBB bagi membantah desakan supaya negara ZIONIS itu keluar dari sempadan perkampungan Lubnan. Alasan ZIONIS adalah, ianya telah diduduki sejak berlakunya perang dengan Tentera Hizbullah pada 2006 lagi.

Netanyahu bercadang untuk meminta menteri Kabinet supaya meluluskan rancangan tersebut minggu depan, setelah sekembalinya Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon dari lawatan ke AS pada Isnin ini.

Ghajar berada di sempadan antara Syria, Israel dan Lebanon yang masih dalam pertikaian. Israel merampas semua perkampungan dari Syria pada tahun 1967 dengan anggaran penduduk sekitar 2,000 orang .

Penerbangan Di Batalkan Angkara Merapi

Sekurang-kurangnya seratus penerbangan ke ibukota Indonesia Jakarta dibatalkan semalam selepas gunung Merapi mengeluarkan letusan paling kuat dalam abad ini.

Akibat daripada malapetaka itu, penerbangan antarabangsa telah membatalkan penerbangan ke Jakarta. Pembatalan ini dilakukan hanya beberapa hari sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Indonesia.

06 November 2010

Gempa Bumi Berlaku Di Barat Iran

TEHERAN- Televisyen Kerajaan Iran melaporkan bahawa gempa bumi bermagnitud 4.9 skala ritcher telah berlaku di Barat Iran yang mencederakan 100 orang. Gempa berkenaan berlaku pada jam 7:22 am waktu tempatan pada Sabtu di bandar Dorood yang telah mengakibatkan kerosakan pada bangunan tempat tinggal.

Laporan itu mengatakan 25 orang yang cedera telah di masukkan ke wad manakala selebihnya mengalami cedera ringan di benarkan pulang selepas mendapat rawatan. Gempa berkenaan telah menimbulkan rasa panik kepada penduduk yang telah meninggalkan rumah mereka kerana bimbang berlakunya gempa susulan.

Lagi Video Angkara Merapi

Mangsa yang terselamat berubah menjadi polong akibat debu yang di keluarkan Merapi

Pesawat Qantas Kedua Melakukan Pendaratan Cemas!

Satu lagi pesawat penumpang Qantas Airways - Boeing 747-400 terpaksa membatalkan penerbangan ke Sydney apabila salah satu injinnya terbakar hanya beberapa minit setelah berlepas dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.

Pesawat malang kedua dari syarikat yang sama (Qantas Airways) terpaksa melakukan pendaratan cemas hanya 20 minit selepas berlepas pagi semalam (Jumaat). Insiden kedua berlaku kurang dari 48 jam selepas insiden yang pertama pada Khamis.

Antara Foto Angkara Letusan Merapi


Sanggup berasak dalam kenderaan demi untuk menyelamatkan diri
klik untuk foto-foto

05 November 2010

Letusan Terbaru Merapi, Lebih 100 Orang Terkorban

Pandangan dari sebuah penerbangan domestik dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta yang kemudian dialihkan ke lapangan terbang Ipoh, Perak, menunjukkan segumpal gas dan abu mengepul sekitar 10 km (enam batu) tinggi dari Gunung Merapi saat letusan pada 4 November - AFP
Gunung Merapi Di Indonesia telah meletus lagi. Kali ini ianya lebih jauh dari yang di ramalkan yang telah membakar rumah-rumah di tepi zon bahaya yang telah mencetuskan situasi panik dan lebih daripada 100 orang telah terkorban.

Semalam di Bronggang 9 batu (15 km) dari kawah Gunung Merapi, pasukan tentera bersama pasukan penyelamat   telah berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 58 mayat dari rumah-rumah dan jalan-jalan yang berapi serta diselimuti oleh debu setinggi satu kaki (30 cm). Puluhan lagi di laporkan cedera dengan pakaian, selimut serta kasut gabungan kulit mereka akibat suhu yang mencecah 1,400 darjah Fahrenheit (750 darjah celcius. video di dalam

Hampir 40,000 Mangsa Banjir Di Kedah Di Pindahkan

ALOR SETAR — Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar. Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang.

Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat. Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang melibatkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).

Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi melibatkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.

04 November 2010

Terkejutkah BN Miliki 2 PRK ?

UPDATE: Keputusan rasmi kedua-dua PRK yang telah di adakan hari ini telah di miliki oleh BN. Apakah dengan perkembangan ini merupakan satu kejutan kepada rakyat Malaysia dan menandakan Rakyat Malaysia telah mengampunkan segala dosa yang telah di lakukan oleh BN terhadap mereka?

Sedangkan dalam masa yang sama mereka masih dan tetap menggunakan cara lapuk untuk di peragakan kepada rakyat Malaysia. Hari ini kecoh media mendengar cerita karut Ketua Puteri UMNO Bahgian Kuala Krai mengenai kelakuan ganas Muslmat PAS berumur yang telah memukul beliau.

Percayakah kita...? Walau apapun, tahniah kepada beliau kerana sanggup tampil dengan watak yang sedemikian.

Berikut adalah keputusan rasmi kedua-dua PRK berkenaan:-

DUN Galas:
BN = 5, 324 undi
PAS = 4, 134 undi
BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Parlimen Batu Sapi:
BN = 9,773 undi
PKR = 3,414 undi
Parti Progresif Sabah = 2,031 undi
BN menang dengan majoriti 6,359 undi.

Pesawat Qantas Melakukan Pendaratan Cemas

Qantas Airways telah menangguhkan penerbangan Airbus A380 hari ini selepas pesawat berkenaan gagal mengawal enjin yang telah melakukan pendaratan cemas di Singapura. Insiden ini adalah antara yang paling serius bagi pesawat penumpang terbesar di dunia dalam tempoh tiga tahun.

Airbus A380, yang berasal dari London membawa 459 orang, mengalami kegagalan salah satu daripada empat mesin sejurus sahaja berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk Sydney. Namun, para pegawai Australia mengatakan tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

FOTO PRK GALAS UNTUK DI KONGSI


PAS Yakin Dapat Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Dan Cina

GUA MUSANG: Seorang pemimpin PAS yakin calon mereka Dr Zulkefi Mohamad mendapat sokongan majoritÍ pengundi Melayu dan Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini.

galas 2“Insya’Allah pengundi Melayu dan Cina menyokong PAS berdasarkan hasil kerja dan maklum balas yang diterima dari pengundi,” kata ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Dr Zulkefli ditentang oleh calon Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusof dalam pertandingan satu lawan satu.

Bagaimanapun, Khalid khuatir dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengira undi orang Asli di tempat pengumuman keputusan di bandar Gua Musang dan menyifatkan tindakan SPR itu sebagai kembali kepada sistem lama.

Umno-BN Kaki Fitnah Pecah Belahkan Perpaduan Kaum

GALAS 4 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melucutkan jawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sekiranya negara serius mahu memperjuangkan kesepaduan kaum di Malaysia.

Kit Siang berkata ini berikutan kenyataan Ali yang dianggap fitnah yang menjadikan beliau tidak layak menjadi Ketua Menteri kerana meracuni fikiran rakyat bermusuhan antara kaum. Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang mengatakan “Umno kafir” kononnya ketika berceramah di Sungai Terah, Gua Musang.

“Ini adalah tuduhan fitnah, saya tidak pernah mengatakan demikian dan bahkan saya tidak berada (di ceramah itu). Sangat jelas Ali Rustam tidak layak menjadi seorang Ketua Menteri kerana rela membuat fitnah songsang ini dan saya menyeru Perdana Menteri mengambil tindakan melucutkan jawatan Ali Rustam untuk menunjukkan dia serius dengan 1Malaysia, serius dengan pucuk pimpinan yang bersih supaya menjadi iktibar semua pemimpin-pemimpin politik di negara kita," kata beliau pada sidang media di Markas Pusat DAP pagi semalam.

02 November 2010

PRK Galas : Puteri Reformasi Dan Pemimpin PR Terus Dekati Rakyat

Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hari ini bertemu rakyat di Pekan Baru Galas untuk memastikan sokongan berterusan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed.

Menurut Puteri Reformasi itu, komitmen daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah berbelah-bahagi kepada rakan seperjuangan menuntut perubahan justeru membantu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Nik Aziz.

"Ini penting kerana di peringkat negeri Kelantan kita perlu memastikan konsisten perubahan itu dengan pengukuhan kepimpinan Nik Aziz. Jadi saya fikir setakat ini sokongan yang diberikan amat memberansangkan dan kalau pergi, kita pergi bersama. Ada wakil dari kaum Cina, India dan Melayu memudahkan hubungan dan pertuturan dengan penduduk setempat," jelas beliau kepada krew TV Selangor.

01 November 2010

Amaran Hujan Lebat Di Timur, Utara Semenanjung

Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Perkembangan Pemilihan PKR 2010

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengatakan antara punca kemerosotan jumlah ahli yang keluar mengundi bagi memilih pimpinan parti peringkat pusat adalah kerana 2 PRK yang berlaku serentak iaitu di Galas dan Batu Sapi serta pertindihan tarikh pemilihan MPP dan perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu yang menyaksikan penyokong Negeri 9 dan Kelantan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau menambah, kombinasi perkara ini menyumbang kepada faktor pengundi yang rendah iaitu 9% daripada 400,000 berbanding daripada pemilihan peringkat Cabang baru-baru ini yang menyaksikan 70,000 daripada 400,000 kalangan anggota yang berdaftar..

Chegu Bard Mendahului Untuk Ketua AMK

PETALING JAYA: Persaingan jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pusingan pertama menyaksikan Badrul Hisham Shaharin atau juga dikenali sebagai Chegu Bard mengatasi pesaingnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan kelebihan 104 undian.

Setelah tamat pengundian untuk hari ketiga pusingan pertama semalam Chegu Bard telah memperolehi 1,123 undi berbanding Shamsul yang memungut 1,029 undi. Manakala bagi jawatan nombor dua sayap parti itu pula, sehingga hari ketiga pengundian Khairul Anuar Ahmad Zainuddin memungut 1,214 undian mendahului YB Chang Lih Kang yang meraih 833 undian.

Pengundian akan disambung semula pada 6 dan 7 November minggu hadapan di 20 cabang di Sabah setelah ditangguhkan bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA