Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan proses pembersihan pengkhianat selepas kongres parti ahad ini. Perkara ini dinyatakan demikian oleh pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Parlimen hari ini. Ikrar Azmin itu ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulan yang mencemarkan imej parti di mata awam.
Ahli Parlimen Gombak itu juga mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.
"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.
Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi
Pemilihan PKR yang menutup tirainya Ahad lalu adalah bagi mengilap semula idealisme perjuangan, membersihkan parti daripada pengkhianat serta persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Azmin menegaskan bahawa salah satu dokumen penting yang dipegang anggota parti adalah 'pengiystiharan Permatang Pauh' yang dilancarkan pada tahun 1998 dan menjadi asas kepada perjuangan PKR.
"Saya mengajak anggota parti untuk kembali kepada dokumen ini, untuk mengkhadamnya, menghayatinya dan berpegang kepada prinsip yang berkenaan.
"Yang kedua, saya mengajak anggota parti bersama-sama dengan pimpinan memupuk kesetiaan di dalam parti, bagi saya perjuangan massa dan perjuangan rakyat seperti keadilan memerlukan prinsip kesetiaan untuk memastikan tiada pengkhianatan di dalam parti.
Ini kerana kata beliau, jika ada pemimpin yang khianat, bukan sahaja imej parti tercalar tetapi tamadun pun boleh runtuh.
"Anggota parti mahu pemimpin yang diuji dan teruji, yang setia untuk meneruskan kepimpinan parti.
"Kita juga akan anjur kem latihan secara bersiri yang melibatkan kepimpinan dan anggota parti untuk memahami prinsip kesetiaan dan idealisme parti.
Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut menegaskan bahawa pemilihan parti ini juga adalah untuk memperkukuhkan organisasi parti yang mana PKR sebagai gerakan reformasi memerlukan satu struktur organisasi yang jelas dan mantap.
"Ini adalah supaya kita dapat turun ke bawah, bertemu dengan anggota parti dan rakyat untuk menjelaskan dasar-dasar parti dan program yang dijalankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Dengan maklumat ini, saya yakin rakyat akan bersama-sama dengan keadilan untuk membawa perubahan dalam PRU ke-13 nanti," ujar beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan dan juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata konsep satu anggota satu undi adalah bagi memantapkan dan memartabatkan sistem demokrasi dalam PKR.
Ujar beliau, walaupun terdapat sedikit kelemahan dari segi logistik yang tidak dapat diandaikan yang mana menurutnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menguruskan sebanyak 222 cabang PKR yang mengadakan pemilihan parti.
"Kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pillihan raya bagi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memerlukan beberapa juta untuk perbelanjaan, inikan pula kita yang menguruskan pemilihan untuk 400,000 anggota di seluruh negara.
"Banyak lagi harus kita lakukan bagi menegaskan atau memantapkan lagi satu anggota satu undi dalam masa 3 tahun selepas ini," ujar Fuziah.
Walau apa pun beliau yakin tidak ada parti dalam komponen Barisan Nasional yang berani untuk mengendalikan pemilihan seperti ini kerana tidak berani menghadapi masalah seperti yang dhadapi PKR.

(TVSnews)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment