Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tidak ada ruang di dalam parti bagi mana-mana pihak untuk memainkan sentimen perkauman.
Merujuk kepada proses pemilihan parti di sesetengah cabang yang didominasi oleh kaum tertentu, Anwar mengingatkan jika budaya ini mahu diteruskan lebih baik mereka yang terbabit menyertai Barisan Nasional.
"Saya ingin berpesan jangan main sentimen kaum di dalam parti ini. Kalau ada saya nasihatkan balikm ke parti asal masing-masing. Kalau di cabang semua kepimpinan pilih Melayu lebih baik masuk Umno, kalau semua pilih India lebih baik masuk kelab India atau MIC. Kalau ini berlaku apa beza kita dengan Barisan Nasional.
"Saya amat serius mengenai perkara ini. Kita tidak terima pemikiran Sabah untuk orang Sabah sahaja. Kalau mereka yang rasuah sama sahaja samada mereka dari Semenanjung atau Sabah. Kita nak angkat orang Sabah yang amanah, setia kepada parti, mampu angkat perjuangan rakyat bukan nak main sentimen suku kaum," Anwar memberi amaran kepada lebih 2,000 penyokong yang menghadiri 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' anjuran KEADILAN Selangor di sini Jumaat lalu.
Anwar juga berkata terdapat keputusan dibeberapa cabang yang menunjukkan ketua cabang memenangi dengan hanya undi yang rendah berbanding jumlah anggota yang besar.
"Saya lihat ada cabang yang mempunyai anggota lebih 1,500 orang tapi ketua cabang menang dengan undi 60 ahli sahaja. Kita terima keputusan itu tapi kita tidak hormat kemenangan itu.
"Saya ingin ingatkan kepada semua anggota, selepas habis kongres tidak bermakna yang menang, semua dia bolot dan yang kalah tidak kalah semua. Kongres ini adalah kongres menyatukan kembali parti dan terakhir sebelum kita hadapi pilihan raya umum," kata Anwar.
Anwar yang juga Ketua Oposisi berkata KEADILAN bukan sebbuah parti yang lahir daripada dokongan golongan korporat atau tauke kaya tetapi diasaskan daripada gejolak kebangkitan rakyat yang mendesak perubahan politik.
"Yang menyokong parti ini adalah golongan mustadaafeen (tertindas). Berapa banyak air mata dikeluarkan, ribuan dipukul, ribuan keluar masuk penjara. Ramai antara pejuang telah meninggalkan kita. Mereka tidak mengharapkan kontrak, mereka hanya punyai cetusan idealisme perjuangan dalam sanubari mereka yang mahukan perubahan, reformasi. Pemanfu teksi, pekerja, petani, mereka inilah yang menjadi kekuatan rakyat bawahan yang bangun menuntut perubahan besar di negara ini.
Beliau juga mengingatkan anggota supaya tidak terperangkap dengan propaganda media milik Umno-Barisan Nasional yang menggambarkan seolah-olah parti berada di dalam pergolakan yang dahsyat.
Anwar berkata inilah persepsi yang cuba ditonjolkan oleh media seperti Utusan Malaysia yang mahu mempengaruhi rakyat terutamanya berhubung proses pemilihan parti.
"Kalau nak katakan terkejut dengan apa yang mereka fitnah, saya tidak terkejut kerana sudah 12 tahun mereka serang tak habis-habis sampaikan ada yang kata kepada saya Umno ni dah macam gila talak dengan Anwar.
"Ada sahabat beritahu saya Dr Mahathir masa mesyuarat Kabinet bertanya, 'Anwar dah mai ka?'," kata beliau bergurau
Anwar juga berkata sebagai kubu kuat KEADILAN Selangor perlu dipertahankan daripada serangan musuh yang ingin merampas kembali negeri ini.
"Mula-mula Umno cuba di Selangor tapi tidak berjaya, kemudian mereka ke Perak berjaya rampas balik. Lepas itu balik ke Selangor cuka sekali lagi tapi gagal juga.
"Oleh itu saya mahu kerajaan negeri pimpinan tan Sri Khalid Ibrahim terus memberi khidmat terbik kepada rakyat. Saya bangga kerana beliau berjaya menjada integriti kedudukan beliau sebagai Menteri Besar, tidak korup dan tidak ambil harta negeri.
"Lihat selalu rakyat di bawah dan berikan mereka keselesaan hidup, intelektualismenya, sekolah yang bersih dan hebat yang selama ini rosak dan jahanam di bawah Umno-BN," tegas Anwar lagi.

(Suara Keadilan)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
2 comments:
Dato Sri kemenangan dengan jumlah yang sikit tiu sebab ramai ahli tak mampu nak datang mengundi itu sahaja.
Jika di analisakan dan perbandingan di buat diantara jumlah ahli dan mereka yang datang mengundi memang memberi gambaran yang tidak meyakinkan. Jadi semesti nya ada jalan keluar dan penyelesaian yang perlu di cari!!!
ini proses kali pertama, ada banyak yg boleh diperbaiki. jgn rosakkan dgn permintaan yg bukan2 seperti yg dibawa oleh beberapa kerat pemimipin yg telah tersisih. perjuangan perlu diteruskan
Post a Comment