" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 November 2010

Perkembangan Pemilihan PKR 2010

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengatakan antara punca kemerosotan jumlah ahli yang keluar mengundi bagi memilih pimpinan parti peringkat pusat adalah kerana 2 PRK yang berlaku serentak iaitu di Galas dan Batu Sapi serta pertindihan tarikh pemilihan MPP dan perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu yang menyaksikan penyokong Negeri 9 dan Kelantan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau menambah, kombinasi perkara ini menyumbang kepada faktor pengundi yang rendah iaitu 9% daripada 400,000 berbanding daripada pemilihan peringkat Cabang baru-baru ini yang menyaksikan 70,000 daripada 400,000 kalangan anggota yang berdaftar..


Dalam masa Pemilihan MPP PKR 2010 nampak hambar, hari ini PKR sekali lagi berdepan dengan cabaran. Ini kerana pengumuman rasmi keputusan di buat sampai 3 kali. Saifuddin berkata, suasana ini berlaku ekoran daripada kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.

Setakat hari ini Azmin Ali telah berjaya mendahului lain-lain calon dalam merebut jawatan No 2 parti dengan mendapat 3,051 undi. Pencabar terdekat beliau Dato’ Zaid Ibrahim mendapat 2,529 undi manakala calon ketiga Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,149 undi.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA