Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau akan terus mendokong perjuangan parti itu selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh akar umbi parti. Justeru tidak timbul soal beliau melayan gesaan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang menyuruhnya untuk meninggalkan parti.
"Samada saya kekal dalam parti atau sebaliknya ditentukan oleh anggota-anggota parti, kalau kita yakin dengan sistem demokrasi dalam kerajaan mahupun dalam parti kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Saya bersedia untuk mengambil backseat atau pun peranan yang lebih kecil sekiranya diputuskan anggota parti," kata Azmin.
Azmin berkata walau apa pun beliau bersedia untuk memberikan yang terbaik ke arah memperkasakan parti.
"Saya akan memberi khidmat terbaik dalam membawa parti Keadilan ke tahap yang lebih besar dan memainkan peranan dalam gelanggang politik di peringkat nasional," kata ADUN Bukit Antarabangsa itu.
Zaid berundur dari pemilihan PKR setelah ketinggalan di belakang Azmin dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden.
Zaid semalam mahukan Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar daripada parti itu dan menawarkan dirinya pula untuk memimpin parti, setelah kurang dua tahun menganggotainya .
Kenyataan itu mengejutkan kerana Zaid selalu mencanang dirinya sebagai seorang pendokong demokrasi dan menghormati kehendak akar umbi.

(TVSnews)
1 comment:
Atas kapasiti senioriti dan hubungannya dengan Anwar, amat tepatlah bagi beliau untuk menduduki kerusi timbalan. Zaid memang tak sedar diri, terlampau gopoh sangat.
Tetapi Azmin kena banyak berubah, perangai2 seperti angkuh, ego dan sukar terima pandangan orang mestilah dikikis dari dirinya. Ingat!, PKR ini analoginya samalah macam restoran. kalau makanan tak sedap orang cabut. Anwar pun sekarang ini kadang2 nampak sangat dia pun main wayang. Ramai pemimpin2 yang sejak dulu bermatian2 perjuangkan PKR, sekarang ini sudah tawar hati. (kecuali kuncu2 Azminlah) INGAT. PAK LAH JATUH KERANA KJ, NAJIB JUGA AKAN JATUH KERANA ROSMAH DAN JANGAN PULA ANWAR/PKR LINGKUP KERANA AZMIN.
Post a Comment