Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hari ini bertemu rakyat di Pekan Baru Galas untuk memastikan sokongan berterusan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed.
Menurut Puteri Reformasi itu, komitmen daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah berbelah-bahagi kepada rakan seperjuangan menuntut perubahan justeru membantu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Nik Aziz.
"Ini penting kerana di peringkat negeri Kelantan kita perlu memastikan konsisten perubahan itu dengan pengukuhan kepimpinan Nik Aziz. Jadi saya fikir setakat ini sokongan yang diberikan amat memberansangkan dan kalau pergi, kita pergi bersama. Ada wakil dari kaum Cina, India dan Melayu memudahkan hubungan dan pertuturan dengan penduduk setempat," jelas beliau kepada krew TV Selangor.
Turut bersama Izzah, Adun DAP Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ketua Keadilan Padang Terap, Senator Zamri Yusuf yang sama mendekati rakyat di kawassan ini.
Izzah turut memuji inisiatif PAS menawarkan RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi setelah mendapat nasihat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) namun sebaliknya berlaku di kalangan parti Umno-BN.
Kata beliau lagi, kemenangan majoriti besar adalah kuasa mutlak menentukan kejayaan PAS di Gua Musang justeru tidak perlu gusar dengan taktik serangan tipu helah pemimpin-pemimpin Umno-BN.
"Sekarang ini kita berhadapan dengan masalah pengundi luar yang mungkin tidak dapat pulang jadi kadar peratusan yang pulang itu amat penting memastikan PAS menang.
"Saya sangat optimis dan pada masa yang sama kita perlu pastikan majoriti untuk PAS itu besar supaya kalau ada tipu helah sekalipun dapat dikurangkan, Insyallah," ujar Izzah.
Respon masyarakat di sekitar Galas rata-rata bersenang hati dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bertemu penduduk tatkala pilihanraya kecil 4 November ini.
Menurut Bahagian Penerangan PAS Galas, ceramah perdana yang akan berlangsung di padang bola Pekan Baru jam 9 malam ini akan menyaksikan gabungan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

hadri yaziz
(TVSnews)
No comments:
Post a Comment