" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 November 2010

AS Tolak Desakan Zionis Untuk Menyerang Iran

AS telah menolak saranan perdana menteri Zioinis, Benyamin Netanyahu menyeru supaya tindakan ketenteraan di kenakan terhadap Iran bagi memastikan Iran tidak meneruskan program senjata nuklearnya.

Menteri Pertahanan AS, Robert Gates hari ini (Isnin) berkata, "Kita tahu bahawa mereka akan merasa bimbang kesan daripada hukuman sedemikian kerana ianya akan memberi kesan mendalam yang berpanjangan. Jadi saya tidak bersetuju bahawa hanya dengan tindakan ketenteraan sahaja akan dapat menghentikan program senjata nuklear Iran.

"Kami sudah bersedia melakukan apa yang sepatutnya, tetapi pada masa ini, kami percaya bahawa pendekatan politik-ekonomi yang kita mengambil sebenarnya mempunyai kesan di Iran."


Pada Ahad semasa Netanyahu dalam lawatan ke AS, beliau memberitahu kepada Naib Presiden AS Joe Biden bahawa hanya mengenakan tindakan ketenteraan sahaja dapat menghalang Iran daripada meneruskan pembinaan senjata nuklearnya. Ini kerana bagi beliau sekatan ekonomi yang telah di kenakan sebelum ini gagal.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA