" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 November 2010

Letusan Terbaru Merapi, Lebih 100 Orang Terkorban

Pandangan dari sebuah penerbangan domestik dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta yang kemudian dialihkan ke lapangan terbang Ipoh, Perak, menunjukkan segumpal gas dan abu mengepul sekitar 10 km (enam batu) tinggi dari Gunung Merapi saat letusan pada 4 November - AFP
Gunung Merapi Di Indonesia telah meletus lagi. Kali ini ianya lebih jauh dari yang di ramalkan yang telah membakar rumah-rumah di tepi zon bahaya yang telah mencetuskan situasi panik dan lebih daripada 100 orang telah terkorban.

Semalam di Bronggang 9 batu (15 km) dari kawah Gunung Merapi, pasukan tentera bersama pasukan penyelamat   telah berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 58 mayat dari rumah-rumah dan jalan-jalan yang berapi serta diselimuti oleh debu setinggi satu kaki (30 cm). Puluhan lagi di laporkan cedera dengan pakaian, selimut serta kasut gabungan kulit mereka akibat suhu yang mencecah 1,400 darjah Fahrenheit (750 darjah celcius. video di dalam

Pihak berkuasa telah memperluaskan kawasan zon bahaya dari 3 batu (lima kilometer) hingga 12 batu (20 km) dari kawah Gunung Merapi ekoran letusan terbaru. Sebelum tengah malam letupan telah berlaku sebanyak 6 kali dan ianya lebih kuat daripada ledakan yang sebelum ini (26 Oktober).

Sehingga Jumaat, desa Bronggang, penempatan sekitar 80 keluarga, telah dianggap berada dalam zon selamat. Walau bagaimanapun, tanda-tanda menunjukkan ianya akan meletus lagi pada bila-bila masa.

Gunung Merapi, yang bermaksud "Gunung Api" telah meletus beberapa kali. Pada tahun 1994, selama beberapa hari, 60 orang telah terkorban. Pada tahun 1930, lebih dari separuh perkampungan telah terbakar yang telah mengorbankan 1,300 orang.

Dengan penemuan mayat yang berada di depan rumah atau jalan-jalan menunjukkan ramai daripada mereka meninggal akibat daripada gas membakar ketika cuba menyelamatkan diri, kata Kolonel Tjiptono, yang mewakili ketua Polis di sana.






Apakah dengan kejadian yang terbaru ini, masih ramai dari kalangan kita yang tidak boleh menerima bahawa KIAMAT SUDAH TERLALU HAMPIR...???

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA