" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 November 2010

Israel Setuju Berundur Dari Ghajar

Israel telah bersetuju untuk menarik keluar tentera mereka dari utara Ghajar yang terletak di sempadan Israel - Lubnan pada Rabu. Dengan ini di harapkan ianya berjaya meredakan konflik sekian lama.

Pihak Israel telah mengesahkan bahawa perkampungan berkenaan tidak akan dibahagikan biarpun selepas pengunduran di lakukan. Walau bagaimanapun, penduduk di sana masih bimbang dan berharap supaya ianya benar-benar tidak berlaku.

Pejabat Perdana Menteri Israel telah mengesahkan bahawa pada asasnya, kerajaan Israel telah meluluskan pengunduran berkenaan. Beberapa minggu lagi, diplomat Israel akan membuat persetujuan bersama dengan pasukan Pengaman PBB yang di tugaskan di zon sempadan selatan Lubnan.


Satu kenyataan dari pejabat Setiausaha Agung PBB, mengesahkan bahawa Ban Ki-moon menyambut baik keputusan Israel pada prinsipnya dan mengatakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab PBB untuk terus bekerja sama dengan semua pihak dalam masa yang akan datang bagi menyelesaikan status kekal Ghajar.

Ghajar, di kelilingi oleh dataran hijau. hampir keseluruhannya tidak memiliki sistem perhubungan. Yang ada hanya laluan tentera menuju ke kawasan pendalaman. Di pintu masuk daerah berkenaan, kelihatan Pos pemeriksaan tentera Israel.

Kotak-kotak rumah bagi 2,200 penduduk tertumpu di kawasan sempadan Syria - Israel - Lebanon. Lebih daripada 1,500 penduduk tinggal di bahagian utara.

Israel merampas seluruh Ghajar dari Syria pada tahun 1967. Setelah berakhirnya pendudukan tentera Israel selama 18 tahun di Lubnan selatan pada tahun 2000, surveyor PBB split Ghajar antara Lubnan dan Dataran Tinggi Golan yang dikuasai Israel, tetapi Israel reoccupied bahagian utara empat tahun lalu.

Berdasarkan gencatan senjata yang menamatkan pertempuran, Israel telah bersetuju untuk berundur, tetapi ingin memantau dan menghalang para pejuang Hizbullah yang disokong Iran untuk masuk ke sana.

Namun, ratusan penduduk membantah keputusan Israel untuk berundur. Antara sepanduk yang kelihatan semasa perhimpunan berbunyi, 'kampung kami, tanah kami dan pemerintah kami adalah Syria'. Kelihatan juga beberapa kad Pengenalan dan dokumen lama Syria sebelum 1967.

Juru bicara Kementerian Luar Negeri Israel Yigal Palmor mengatakan Israel telah menyatakan bahawa kerajaannya tidak berhasrat untuk membahagi perkampungan berkenaan. Penduduk akan sentiasa dapat bergerak bebas di seluruh Ghajar termasuklah untuk keluar masuk Israel sepertimana sekarang.

sumber: GulfNews

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA