" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 March 2010

Video Imej Misteri 31 Mac 2010

UPDATE: 9.45 pm/1 April 2010




Jabatan Kehakiman AS Bukti APCO Bekerja Untuk Israel

Tindakan syarikat perunding antarabangsa Yahudi APCO Worldwide menafikan ia pernah diupah oleh kerajaan Israel terbukti tidak benar. Pengesahan bahawa APCO menabur fitnah mengenai hubungannya dengan kerajaan Zionis itu dikesan menerusi kenyataan yang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Akhbar Straits Times Singapore menegaskan pegawai- pegawai tertinggi syarikat APCO mengesahkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Israel pada tahun 1992. Antara lain, APCO mengesahkan ia menjalankan kerja-kerja berhubung dengan sektor perumahan di Israel yang membabitkan kewangan Amerika.

Kenyataan APCO yang difailkan dengan jabatan kehakiman Amerika syarikat itu sekali gus menempelak penafian syarikat itu kononnya ia tidak pernah tidak menjalankan sebarang urusan untuk kerajaan Israel.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas Umno- Barisan Nasional kerana mengupah APCO walaupun syarikat itu jelas mengikat pelbagai perjanjian dengan Israel serta pemimpin diktator negara lain.

Selain itu syarikat itu juga di pimpin oleh pegawai- pegawai yang pernah berkhidmat dalam agensi perisikan Israel dan tentera negara itu. Keadaan itu mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan.

APCO diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak untuk untuk menggubal strategi dan pendekatan bagi memulihkan imej Najib dan kerajaan yang tercalar dengan pelbagai skandal peribadi dan kewangan.
 

(TVS)

Penasihat Tentera Israel Yang Sama Ilhamkan Satu Israel, 1 Malaysia

Persamaan Satu Israel dan 1 Malaysia tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis itu pada 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO ketika itu bekerja di bawah Ehuh Barak yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kritikan Parti Buruh kepada Ehud Barak ialah kerana terlalu ramai rakan tentera perisikan yang bukan dari parti. Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1 Malaysia.

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1 Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1 Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', Kemudian 1 Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1 Malaysia. Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Ehud Barak dan Datuk Seri Najib Razak.

"APCO menafikan tetapi pegawai yang bertugas adalah pegawai yang sama yang saya namakan Pegawai Pertahanan Israel," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam.

Anwar memnuat sidang media tersebut setelah menjelaskan isu APCO secara terperinci di dalam Dewan Rakyat pagi semalam. Penjelasan tersebut dibuat selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) meminta Ketua Pembangkang membuat penjelasan mengenai isu APCO pada sidang Dewan Rabu minggu lalu.

(Suara Keadilan)

Lagi Gempa Bumi Berlaku

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Kawasan Kepulauan Andaman, India pada 12.55 tengah malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata gempa bumi itu berpusat di latitud 13.51 utara dan longitud 92.85 timur, kira-kira 751km barat laut Ranong, Thailand, dan 1,110km barat laut Langkawi. Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh jabatan itu. -Bernama

30 March 2010

Gambar Untuk Di Kongsi 30 Mac 2010

Apco Ada Wakil Di Pejabat Perdana Menteri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam Dewan Rakyat hari ini peranan yang dimainkan oleh kroni Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong yang didakwa membawa Apco Worldwide sebagai konsultan imej dan komunikasi kepada kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap kira-kira 30 minit sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan Anwar memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan beliau pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.

"Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company, ini bermakna hubungan antara Apco dengan kerajaan Malaysia sudah terjalin sebelum lagi Apco dilantik menjadi perunding kepada kerajaan.

"Malah saya difahkamkan seorang wakil Apco telah ditempatkan di pejabat Perdana Menteri.

"Pada 4 Ogos 2009 satu penjanjian bagi mendapatkan khidmat Apco telah ditandatangani oleh seorang pegawai kerajaan dengan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad. Ini secara jelas membuktikan pertalian terus antara Apco dan Perdana Menteri. Perjanjian perkhidmatan yang sama telah ditandatangani antar Apco dan Ehud Barak, ketika itu Ketua Turus Angkatan Tentera Israel pada Januari 1992.

"Kita menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri butiran perjanjian yang ditandatangani, berapakah bayaran kepada Apco dan bentuk pertalian firma tersebut dengan kerajaan," dedah Anwar.

Malah Anwar berkata Apco bukanlah sebuah syarikat perunding biasa kerana firma itu mempunyai kaitan rapat dengan tokoh dan pemimpin politik Israel dan Amerika Syarikat.

Beberapa tokoh penting yang menjadi perunding dalam jaringan antarabangsa serta memberi khidmat kepada Apco mempunyai latarbelakang kerjaya dalam badan perisikan Israel, Shin Bet dan pentadbiran rejim Zionis tersebut.

"Kerajaan tidak belajar daripada pengalaman lalu apabila mengambil perkhidmatan syarikat perunding asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan Malaysia. Dua contoh besar ialah skandal Maminco yang melibatkan pelaburan besar dalam dagangan pasaran bijih timah dunia yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Begitu juga mantanb Perdana Menteri membayar dan mengguna khidmat pelobi Yahudi-Zionis, Jack Abramoff yang didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat dapam tahun 2006 dan seterusnya dipenjarakan kerana menipu tanah kaum Red Indian untuk membina kasino.

"Kerajaan perlu berhati-hati dengan kenyataab Apco apabila mereka mengatakan tidak terlibat secara langsung dengan konsep 1Israel. Apa yang berlaku ialah firma-firma bersekutu yang bekerjasama dengan Apco tetapi kepakaran dibekalkan oleh Apco.

"Sebelum Apco bertapak di Malaysia sebuah syarikat tempatan diwujudkan yang pengarahnya ialah Paul Stanford, kini ,menjadi CEO Apco Malaysia dan Marjorie Kraus, Presiden dan CEO Apco Worldwide. Risikonya Apco ialah mereka menggunakan syarikat bersekutu untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dan mereka menyimpan rahsia kerajaan yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

"Syarikat ini mempunyai hubungkait memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan diktator dunbia yang menindas rakyat dan terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia seperti Jeneral Sani Abacha di Nigeria dan Presiden Nursultan Nazarbayev dari Kazakhstan.

"Kita mahu penjelasan Perdana Menteri bagaimana beliau boleh dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak Ethos dan bagaimana kehadiran ramai tokoh Apco yang rapat dengan badan keselamatan dan perisikan Israel yang menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

"Rakyat tidak lagi boleh dperbodohkan dengan laungan kerajaan yang kononnya memperjuangan hak rakyat Palestin dan Islam di Malaysia dengan merotan beberapa gadis yang minum arak tetapi senyap-senyap membuat hubungan dan perjanjian dengan firma yang berkait dengan Israel. Sikap membisu Perdana Menteri dikhuatiri membahayakan keselamatan negara kerana hubungan Apco dengan agensi strategik negara seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan yang mungkin menyebabkan tergadai kepentingan negara.

"Saya dengan ini mendesak supaya kerajaan membatalkan perjanjian dengan Apco dan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal yang memalukan ini," tegas Anwar.
 

(Suara Keadilan)

Video Imej Misteri 29 Mac 2010

UPDATE: 3.45 pm



29 March 2010

PKR Pilih Calon Yang Mampu Menjana Kemenangan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memilih calon yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata pucuk pimpinan parti akan menimbangkan beberapa faktor penting dalam membuat keputusan tersebut termasuk latarbelakang peribadi, pengalaman dan kelayakan akademik, demografi pengundi, ciri kawasan pilihan raya serta pandangan rakan lain dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak satu pun faktor yang disebutkan boleh berdiri secara sendiri dalam menentukan siapa calon yang bakal bertanding. Ujian terbaik ialah samada calon yang diputuskan mampu menjana kemenangan.

"Di dalam pilihan raya umum di mana sebilangan calon dipertandingan untuk sejumlah kerusi, memastikan calon yang dipilih itu mampu mewakili semua kaum adalah juga faktor yang penting," kata Sivarasa untuk menjelaskan kenyataan beliau yang dipetik media berhubung pemilihan calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen itu.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata pemilihan seseorang calon adalah perkara yang sulit dan isu dalaman parti dan tidak seharusnya kemungkinan seseorang yang disebutkan sebagai calon dibincang secara terbuka.

"Keputusan muktamad pemilihan calon terletak di tangan Majlis Pimpinan Pusat kecuali keputusan itu diserahkan kepada Biro Politik atau pemimpin tertentu. Tidak ada mana-mana calon boleh bertanding tanpa waran yang ditandatangani oleh Presiden parti," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

(Suara Keadilan)

Video Imej Misteri 28 Mac 2010

UPDATE: 5.00pm





28 March 2010

Faham Erti Keadilan Baru Cakap Soal Melayu

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati umat Islam supaya memahami prinsip asas ajaran Islam iaitu keadilan sosial sebelum mempersoalkan isu lain. Beliau berkata adalah penting masyarakat islam memahami tujuan utama disebalik hukum syariah supaya tidak terjerumus kepada kezaliman dan tindakan yang merugikan umat.

"Kita jangan tergolong dalam manusia yang berbicara mengenai kebaikan tetapi tidak pertahankan kebaikan. Oleh sebab itu kita mesti faham dalam kehidupan kita samada perjuangan kita baik dalam keluarga, masyarakat, politik, ekonomi atau sosial tidak lari daripada dasar akidah.

"Keyakinan kita kepada Islam mesti mencernakan akhlak yang baik kalau kita kata kita beriman. Akhlak yang baik itu pula melahirkan sahsiah, keperibadian yang baik dan sahsiah yang baik itu melahirkan roh perjuangan yang betul," kata Anwar pada majlis tazkirah di Masjid Kampung Jelai di Batu Kurau, Perak semalam.

Dalam tazkirah selama kira-kira 30 minit itu Anwar menerangkan silap faham mengenai prinsip keadilan yang diwakili Islam akan menyebabkan orang Islam melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama yang suci.

"Oleh sebab itu kita mendengar sesetengah pihak berkata mereka mahu menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membenarkan tindakan keluarga pemimpin negara membeli kilang arak terbesar, San Miguel di Filipina.

"Justeru itu istiqamah itu yang penting dan juga tarbiyah, sebab itu kita lihat 'katak' lompat sebab tarbiyah kurang dan keadaan ini harus kita perbaiki. Bila kita cakap pasal Islam mesti pada zahir iaitu akhlak, tidak semesti pada janggut dan kopiah sahaja.

"Maka yang paling penting ialah paksi, asas kena jelas dan soal Melayu, Islam, kenegaraan masuk dalam kategori kedua. Kalau kita lihat ayat-ayat Al Quran awal yang diturunkan sebelum hijrah dan sebelum Nabi SAW berjuang seperti Surah Al Muzammil, ajarannya ialah kita mesti tunduk kepada kebesaran Allah SWT.

"Kalau tidak kita akan tunduk kepada kebesaran projek, kebesaran tender, JKKK, pangkat atau wang ringgit. Oleh itu kalau kita balik kepada pangkal atau fundamental ini, bila kita bicara pasal politik, ekonomi, sosial ia tidak akan lari daripada prinsip keadilan," kata Ketua Pembangkang kepada jemaah yang hadir.

Begitu juga dalam isu membantu orang Melayu, prinsip keadilan itu juga jangan dilupakan ujar beliau.

"Kita nak tolong Melayu tetapi apakah tolong Melayu itu dengan cara memperkayakan dua tiga kerat orang sahaja dan biarkan rakyat Melayu terbanyak yang bawah merempat? Adakah adil jika kita mentadbir negara kemudian itu kita ambil kesempatan untuk jadikan keluarga kaya raya.

"Kita kata kita mahu orang patuh pada Islam, siapa minum bir kena rotan dan Islam jelas dalam perkara ini tetapi bila ada pembesar, pemimpin parti, keluarga mereka beli syarikat arak terbesar di Filipina semua orang diam. Kenapa bila kena orang besar kita diam tetapi bila perkara sama dilakukan orang kampung, orang biasa kita tangkap, kita hukum.

"Islam tidak kata kalau orang bawah curi potong tangan tapi orang besar ambil RM540 juta komisyen beli kapal selam, dia selamat tak kena hukum, bila RM50 dikatakan rasuah tetapi RM540 juta komisyen kapal selam dikatakan komisyen, apabila perbezaan ini berlaku ini bermakna tidak tertanam roh perjuangan dalam diri.

"Kita juga bagaimana perlaksanaannya bila mereka kata nak tolong Melayu tapi bila tengok senarai Melayu yang paling kaya hanya adik Perdana Menteri, anak Perdana Menteri, yang kita ni apa, hamba abdi, kuli kelas tiga? Kalau kekayaan itu melimpah hanya kepada dua tiga kerat orang sahaja dan yang lain tengok saja ini tidak adil."

Anwar juga menyentuh mengenai erti pergorbanan dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran sambil tanggungjawab pemimpin bukan untuk mencari habuab diri sendiri.

"Tanggungjawab bukanlah keistimewaan. Bila jadi pemimpin nak kontrak, berebut habuan, kalau ini terjadi maka hilang roh perjuangan. Kita tak boleh berjuang dapat habuan dulu baru tanggungjawab.

"Kita nak Melayu macam mana jadi pemimpin? Kita mahu Melayu yang ikut amanah dan bertanggungjawab dan bukannya Melayu yang guna Melayu lain untuk kayakan diri sendiri dan keluarga," tegas Anwar lagi.
 

(Suara Keadilan)

Video Imej Misteri 27 Mac 2010

27 March 2010

Rakyat Bangun Menentang Rejim Zalim Umno/BN

Kekejaman Umno selama lebih 50 tahun perlu di sekat segera agar rakyat tidak lagi tertindas dan sudah sampai masanya untuk rakyat bangun menentang segala kezaliman dan usaha jahat rejim Umno-Barisan Nasional untuk terus kekalberkuasa.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam ucapannya pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Kuala Kubu Baru malam tadi menegaskan rakyat perlu bangkit dari terus ditindas dan dizalimi rejim yang rakus dan menyeleweng ini.

"Semua pemimpin kita telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tetapi mereka tidak pernah gentar untuk meneruskan perjuangan mereka. Kita akan terus menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim Umno ini.

"Kita sebagai rakyat perlu bangun menentang kezaliman yang ada sekarang, sudah cukup 50 tahun Umno menekan kita dengan sifat kuku besi mereka yang hanya mementingkan kroni mereka sahaja tanpa timbul perasaan untuk membela rakyat.

"Umno tidak pernah serius dalam perjuangan yang mereka laungkan, isu perkauman dipergunakan untuk menarik perhatian rakyat. Bila mereka sudah rasa hilang perhatian rakyat mereka akan menggunakan isu keagamaan dan mengarah kesemua jentera kerajaan membuat bermacam-macam serangan terhadap kita.

"Kita lihat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi di fitnah dengan cerita yang sama, kesemua cerita ini telah diatur dengan rapi kerana mereka takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

"Mereka boleh menggunakan hakim untuk meletakkan keadilan kepada kita dengan mengikut skrip yang telah diberikan tetapi mereka tidak tahu rakyat tidak akan akur dengan skrip mereka walaupun bermacam-macam tohmahan dan berita disebarkan melalui media arus perdana mereka, rakyat sekarang telah sedar dan sedia untuk menghukum Umno di atas kekejam yang telah mereka laku selama 50 tahun ini.

"Pilihan raya kecil yang akan datang ini akan digunakan sepenuhnya oleh Umno dengan menggunakan wang bagi meraih sokongan dari rakyat selain itu juga mereka akan menyebarkan segala fitnah dengan berita-berita palsu, saya harap rakyat di Kuala Kubu sedar dengan apa yang telah mereka lakukan kerana mereka tak ada hak untuk memaksa rakyat untuk menyokong mereka," tegas beliau dihadapan lebih 10,000 penyokong yang membanjiri Stadium Kuala Kubu Bharu.

Turut hadir pada ceramah anjuran Parlimen Hulu Selangor itu termasuk Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta pimpinan KEADILAN pusat dan negeri.

Kawasan parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis lalu akibat barah otak.
 

(Suara Keadilan)

26 March 2010

Jenazah Dr Zainal Selamat Dikebumikan

Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Hulu Langat pukul 11 pagi tadi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalib Ibrahim serta pimpinan KEADILAN pusat dan negeri mengiringi jenazah dari rumah Allahyarham di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Hulu Langat untuk disembahyangkan di Masjid Jamek Batu 10 pada pukul 10.30 pagi.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Ketua Umum KEADILAN Datuk Sri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta pimpinan KEADILAN.

Ratusan ahli keluarga, kenalan dan penyokong berhimpun di rumah Dr Zainal sejak semalam untuk membaca Yassin dan memberi penghormatan serta takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Siti Zaharah Md Zain serta empat orang anak.

Dr Zainal yang memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-12 meninggal dunia pukul 9.27 semalam dikediaman beliau disisi keluarga. Beliau menyertai KEADILAN pada tahun 2005 dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999 ketika bersama Umno.

Dr Zainal pernah menerajui KEADILAN Selangor sebagai pengerusi sebelum diambil alih oleh Khalid.

(Suara Keadilan)

Video Imej Misteri 25 Mac 2010

25 March 2010

Karpal Cabar Zulkifli Bongkar 'Pihak Ke-3'

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengerusi DAP itu, turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar.

"Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya. - Bernama


24 March 2010

Gambar Untuk Di Kongsi 24 Mac 2010

Human Rights Watch Desak Gugurkan Kes Anwar

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch, mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan semua pertuduhan yang dianggap bermotifkan politik berhubung perbicaraan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenytaan yang dikeluarkan di New York semalam, pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh itu berkata tindakan mahkamah menafikan pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu daripada mendapatkan bahan bukti kritikal yang kini dalam simpanan pihak pendakwaan disamping penerbitan bahan bukti di dalam sebuah akhbar milik parti pemerintah, menimbulkan kesangsian serius samada Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.

"Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan permainan terhadap proses keadilan dan menggugurkan caj terhadap Anwar. Pada setiap langkah mahkamah telah menghalang usaha pasukan peguambela Anwar untuk menyediakan pembelaan yang tuntas," kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch.

Menurut pertubuhan itu lagi beberapa keputusan mahkamah dilihat menjurus kepada tindakan melemahkan proses penyediaan pembelaan.

Peguambela Anwar telah dinafikan akses kepada sampel spesimen DNA sebelum perbicaraan bermula, kenyataan plaintif dan saksi penting pendakwaan, nota doktor yang memeriksa Saiful serta salinan asli pita rakaman CCTV daripada kondominium di mana kejadian di dakwa berlaku.

Walaupun setelah perbicaraan bermula pada 2 Februari 2010, mahkamah sekali lagi membuat keputusan tidak membenar pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi pihak pendakwaan apatah lagi kenyataan mereka.

"Human Rights Watch amat bimbang mengenai campur tangan politik Barisan Nasional di dalam perbicaraan ini. Mahkamah tidak langsung mengambil sebarang tindakan terhadap artikel yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki Umno yang melaporkan maklumat berhubung perbicaraan tertutup semasa lawatan ke kondominium tersebut.

"Penerbitan maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dalam akhbar milik parti pemerintah adalah langkah yang amat mengejutkan dan dilihat sebagai campur tangan kerajaan di dalam kes Anwar.

"Ini adalah contoh terbaru bagaimana kerajaan ingin memainkan peranan utama dalam sebuah perbicaraan melibatkan seorang Ketua Pembangkang," kata Robertson lagi.

Human Rights Watch juga memberikan beberapa contoh campur tangan kerajaan sepanjang tempoh 20 bulan sejak kes ini bermula.

Campur tangan paling ketara ialah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memindahkan kes tersebut daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Mac 2009.

Langkah itu dilihat mengekang hak membuat rayuan sekiranya pihak defendan kalah dalam perbicaraan kelak.

Ketika Peguam Negara mengeluarkan arahan tersebut, beliau juga pada masa yang sama adalah di bawah siasatan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan merekacipta bukti berhubung kes liwat pertama terhadap Anwar.

Kenyataan dua muka surat itu menambah Anwar boleh dipenjarakan 20 tahun dan dihukum sebat sekiranya sabit kesalahan. Walaupun beliau dipenjarakan hanya satu hari atau didenda sekurang-kurangnbya RM2,000 Anwar akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

"Human Rights Watch juga bimbang mengenai cara penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan yang dibuat. Saiful tidak diperiksa sehingga 48 jam setelah dakwaan kejadian dan doktor pertama yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mendapati tidak ada sebarang bukti penembusan di bahagian dubur Saiful. Saiful kemudiannya pergi ke sebuah hospital kerajaan di mana beliau diperiksa oleh tiga pakar.Mereka juga tidak membuat kesimpulan 'tidak ada bukti klinikal yang konklusif yang menjurus kepada penembusan di bahagian dubur dan tidak ada sebarang tanda kecedaraan dibadan pesakit'.

"Saiful pada mulanya mendakwa beliau diliwat tetapi apabila yang dituduh adalah Anwar, seorang yang sudah berumur serta mempunyai masalah tulang belakang, Saiful telah menukarkan pertuduhan beliau kepada 'seks suka sama suka'," jelas kenyataan itu lagi.

Robertson berkata badan kehakiman Malaysia akan tercemar dengan meneruskan perbicaraan yang segaja diadakan terhadap Ketua Pembangkang negara.

Daripada mempolitikkan mahkamah dan menafikan hak mendapatkan perbiacraan yang adil, kerajaan Malaysia harus menghentikan permainan politik kotor, gugurkan semua pertuduhan terhadap Anwar dan kembalikan politik kepada tempatnya hak iaitu di dalam Parlimen, kata beliau lagi.

(Suara Keadilan)

Video Imej Misteri 23 Mac 2010

23 March 2010

Himpunan Sejuta Bantah Sweden, Kutuk Zionis

PAS dan Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaaan akan mengadakan Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata sempena himpunan itu juga satu memorandum bantahan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pihak kedutaan berkenaan.

“Mereka telah menyatakan komitmennya untuk sama-sama hadir pada perhimpunan tersebut,” katanya sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai tanpa mengira fahaman politik sama ada dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet.

“Ini adalah satu penghinaan. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya.

“Kita tidak boleh terima hakikat perbuatan melampau yang menyentuh sensitiviti melibatkan agama sebab kita sendiri yang selama ini mendokong perjuangan Islam tidak pernah menyentuh sensitiviti agama-agama lain.

“Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad membuatkan umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark.

“Kini Sweden nampaknya mengulangi kesilapan yang sama, seolah-olah mahu mencabar atau mahu mengajak umat Islam berperang,” kata Nasrudin.

Penyiaran karikatur seumpama itu oleh akhbar negara Denmark pernah mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam awal 2006 dengan membakar bendera negara berkenaan dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan bahkan barangan dari Denmark juga diboikot beberapa negara Islam.

Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan Jumaat lepas tetapi terpaksa ditunda ke Jumaat ini kerana masalah teknikal selain beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun masa dan tempatnya dikekalkan mengikut jadual asal di mana peserta akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke kedutaan Sweden.

“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bagi menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden itu tidak boleh diterima sama sekali.

Dalam pada itu tambah Nasruddin, himpunan tersebut juga akan mengutuk kekejaman terbaru Zionis menindas rakyat Palestin di bumi Gaza.

(TheMalaysianInsider)

Kewujudan 'Pakatan Dajjal'

Sidang Parlimen semalam menjadi kecoh apabila Kerajaan UMNO/BN yang diwakili MP Kota Belud cuba mengheret Ketua Pembakang DSAI ke Jawatankuasa Khas diatas dakwaan telah menggunakan nama Yang DiPertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia berhubung agenda 16 September dan penglibatan firma penasihat Israel APCO Worldwide dalam Kerajaan Malaysia.

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong pada 17 Mac, DSAI mendakwa, APCO Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan 'One Israel' pada tahun 1999 yang telah menasihatkan PM Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan berkenaan.

Semalam DSAI tidak berada dalam sidang Parlimen. Demi menyahut cabaran Nazri Aziz sebagai 'anak jantan' dan yang penting sekali berani bertanggungjawab diatas apa yang telah beliau perkatakan, hari ini beliau dengan berani dan pantas telah menghadirkan diri dan siap sedia untuk mengemukakan segala fakta dan bukti-bukti diatas apa yang telah diperkatakan oleh beliau.

Kewujudan 'Pihak Ke-3' yang saya selesa menyebut dengan istilah 'Pakatan Dajjal' sudah semakin terbukti. Mereka bertindak sebagai 'batu-api' dalam persengketaan pilitik dan mencipta segala bentuk permasaalahan dan isu dalam negara kita semata-mata untuk melalaikan kita tentang kedatangan Kiamat yang telah semakin hampir. Semoga Allah S.W sentiasa bersama DSAI dalam mengharungi serangan dan fitnah 'Pakatan Dajjal'.

22 March 2010

Video Dan Imej Misteri Untuk Dikongsi 22 Mac 2010



Foto-foto Untuk Di Kongsi

UMNO/BN Berusaha Keras Tutup Isu APCO

Sidang Dewan rakyat pagi tadi menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah usul wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Ketua Pembangkang menjelaskan kenyataan beliau minggu lalu mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide, sebuah firma perunding yang ada pertalian dengan negara Zionis Israel.

Beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Yusmadi Yusoff, R. Sivarasa, Saifuddin Nasution Ismail dan N. Gobalakrishnan bangun membantah Abdul Rahman.

Yusmadi dalam hujahnya memberitahu Dewan bahawa isu APCO sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah dan jawapan lisan Perdana Menteri tersebut sudah jelas membuktikan APCO secara tidak khusus sememangnya terlibat dengan komunikasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bahawa kerajaan memberi Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya tersebut.Nazri berkata Anwar akan diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen sekiranya gagal memberikan jawapannya.

Pada Rabu lalu Anwar mendedahkan dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong bahawa APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah juga syarikat yang sama melakarkan slogan 'One Israel'.

Menurut beliau APCO pada 1999 menasihatkan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Jumaat lalu Nazri berkata jemaah menteri akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada Anwar perlu diheret ke jawatankuasa khas berkenaan.
 

(Suara Keadilan)

21 March 2010

Gambar Untuk Di Kongsi 21 Mac 2010

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA