KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 2 Mac 2010
APA HAL SALEHUDDIN HASHIM?
Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.
Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.
Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.
Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.
Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.
Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.
Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.
DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
02 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2010
(601)
-
▼
March
(61)
- Video Imej Misteri 31 Mac 2010
- Jabatan Kehakiman AS Bukti APCO Bekerja Untuk Israel
- Penasihat Tentera Israel Yang Sama Ilhamkan Satu I...
- Lagi Gempa Bumi Berlaku
- Gambar Untuk Di Kongsi 30 Mac 2010
- Apco Ada Wakil Di Pejabat Perdana Menteri
- Video Imej Misteri 29 Mac 2010
- PKR Pilih Calon Yang Mampu Menjana Kemenangan
- Video Imej Misteri 28 Mac 2010
- Faham Erti Keadilan Baru Cakap Soal Melayu
- Video Imej Misteri 27 Mac 2010
- Rakyat Bangun Menentang Rejim Zalim Umno/BN
- Jenazah Dr Zainal Selamat Dikebumikan
- Video Imej Misteri 25 Mac 2010
- Karpal Cabar Zulkifli Bongkar 'Pihak Ke-3'
- Gambar Untuk Di Kongsi 24 Mac 2010
- Human Rights Watch Desak Gugurkan Kes Anwar
- Video Imej Misteri 23 Mac 2010
- Himpunan Sejuta Bantah Sweden, Kutuk Zionis
- Kewujudan 'Pakatan Dajjal'
- Video Dan Imej Misteri Untuk Dikongsi 22 Mac 2010
- UMNO/BN Berusaha Keras Tutup Isu APCO
- Gambar Untuk Di Kongsi 21 Mac 2010
- Zahrain Tanam Bibit Curiga Dalam UMNO
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI 19 MAC 2010
- Malaysia Diperintah Golongan Munafik, Fasik
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI 18 MAC 2010
- Ku Li: Wang Ehsan Punca Rasuah Salah Guna Kuasa
- Saifuddin: Zahrain Jadi Alat BN
- Rakaman Video Untuk Dikongsi (17/03/2010)
- Gambar Untuk Di Kongsi 17 Mac 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi 16 Mac 2010
- Tuanku Mizan Pertahan Hak Kebebasan Bersuara
- Gambar Untuk Di Kongsi 14 Mac 2010
- Karpal: Heret Najib, Rosmah Ke Mahkamah
- Gambar Untuk Di Kongsi 13 Mac 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi 12 Mac 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi 11 Mac 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi 10 Mac 2010
- Fitnah 'Pakatan Dajjal'
- GERAK: MP Lompat Parti Hilang Kelayakan
- Perutusan TGNA Sempena 2 Tahun PR
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI 7 MAC 2010
- Polis hentikan sambutan ulangtahun Pakatan
- Zulkifli Kini Agen Bebas, Bukan Lagi Ahli PKR
- Perak-2 Sodomy-2
- BBC Selangor Teguh Bersama PR, MB
- KEADILAN Tetap Teguh Dan Mantap
- Suara muda PKR: 3 MP Khianati Parti, Rakyat
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI (03/03/2010)
- PKR Menjadi Sasaran Yang Seterusnya
- SENARIO YANG 'MENGHAMPAKAN' RAKYAT
- Hizbollah Beri Amaran Bahaya Risikan Amerika
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI (02/03/2010)
- Pemimpin Bermasalah Keluar, PKR Bertambah Kukuh
- Kenyataan Media Timbalan Presiden PKR
- Salehuddin Akui Kecewa Isu Kumpulan Perangsang
- DAP sokong Anwar kekal Ketua Pembangkang
- DSAI: Fairus, Tee Beng Keluar, Pembersihan Dalaman...
- Syed Husin: Fairus Sejak Dulu Liabiliti PKR
- IMEJ MISTERI UNTUK DIKONGSI (01/03/2010)
-
▼
March
(61)
No comments:
Post a Comment