" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 March 2010

DAP sokong Anwar kekal Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 2 Mac — DAP menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran spekulasi bahawa ramai lagi Ahli Parlimen PKR akan keluar parti itu dalam waktu terdekat.

“Ahli-ahli Parlimen DAP mengisytiharkan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan perdana menteri menanti bagi Pakatan Rakyat,” kata 28 ahli Parlimen DAP dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kenyataan sokongan itu dikeluarkan ekoran desas-desus akan berlaku perubahan dalam kedudukan ketua pembangkang ekoran tindakan beberapa wakil rakyat PKR keluar parti. Kini DAP dan PKR mempunyai bilangan kerusi yang sama di Dewan Rakyat selepas dua Ahli Parlimen bertindak sebagai anggota Bebas. Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan ahli-ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan yang sama pagi tadi.

(TMI)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA