" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 March 2010

Hizbollah Beri Amaran Bahaya Risikan Amerika

BEIRUT - Ketua Hizbollah, Sheikh Hassan Nasrallah kelmarin memberi amaran kepada kerajaan Lebanon mengenai bahaya perkongsian maklumat telekomunikasi negara itu dengan Amerika Syarikat (AS). Beliau mendakwa perkongsian tersebut tidak ubah seperti menjalin kerjasama dengan Israel.

Sheikh Hassan turut menggesa hukuman gantung dijatuhkan ke atas rakyat Lebanon yang didapati menjadi pengintip bagi pihak Israel. Amaran beliau itu disampaikan menerusi video dan disiarkan di hadapan penyokong-penyokongnya yang berhimpun di kubu kuat Hizbollah di selatan Beirut.

Menurutnya, kedutaan AS menghantar sepucuk surat kepada kementerian dan pihak berkuasa keselamatan Lebanon untuk meminta maklumat sulit telekomunikasi negara itu.

"Ini adalah bahaya kerana ia melanggar kedaulatan Lebanon.

”Hubungan strategik dan perpaduan antara AS dan Israel menyebabkan sebarang maklumat dikumpulkan menerusi permohonan itu akan diperoleh Tel Aviv," katanya.

Kelmarin, ahli Parlimen dan pegawai tinggi Lebanon mengadakan mesyuarat tergempar berikutan laporan media yang mendakwa Washington cuba mengintip Beirut menerusi permohonan mendapatkan data sulit sektor telekomunikasi negara itu.

(SH)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA