" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 March 2010

PKR Menjadi Sasaran Yang Seterusnya

Tidak lama selepas bekas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim melepaskan jawatannya dan selang beberapa hari telah bertindak keluar parti, senario Ahli Parlimen melompat mula melanda PKR. Namun, mustahil Saleh berseorangan melakukannya.

Saleh sentiasa berada disebelah Ahli Parlimen PKR yang mahu melakukan lompatan setiap kali sidang akhbar diadakan. Sebelum ini senario yang sedemikian telah berlaku kepada Saiful Bukhari Azlan dan 2 ADUN PKR yang melakukan 'Lompatan Sulong' di Perak. Mereka sentiasa dikawal oleh beberapa 'individu misteri'.

Terbukti sudah akan kewujudan pihak ke-3 yang sesuai digelar sebagai 'Pakatan Dajjal' dalam senario politik negara kita. Mereka sentiasa berusaha untuk 'menghuru-harakan keadaan'. Mereka bukan sahaja mensasarkan PR, malah BN sebenarnya yang terawal. Cuba imbas kembali beberapa 'kejadian aneh' apa yang telah berlaku.

Najib terpalit dengan pembunuhan ngeri Al-Tantuya. Siapa yang mengekori dari belakang sebelum kematian Al-Tantuya sehinggalah wanita dari Mongolia itu dibom menggunakan C-4 kalau bukan Pakatan Dajjal yang melakukannya? Kematian misteri Teoh Beng Hock yang jatuh dari bangunan SPRM Selangor? Sesuatu yang mustahil sekiranya antara kita sanggup melakukan kerja sedemikian.

Sebelum ini, mereka telah berusaha menghuru-harakan PAS. Muktamar PAS baru-baru ini telah memperlihatkan jawatan penting dimonopoli oleh individu yang sanggup bersekongkol dengan mereka. Perancangan jahat mereka ini akhirnya mensasarkan Kelantan yang bergelar 'Serambi Mekah'.

Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS diserang dengan biadap sekali. Pakatan Dajjal berusaha mewujudkan desakan agar Tok Guru melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan. Bagi mereka selagi Tok Guru ada, perancangan jahat mereka terhadap PAS teramat sukar untuk dilaksanakan.

Pada masa itu jugalah kedengaran satu unit khas yang dinamakan Task Force. Tok Guru juga telah membuat kenyataan bahawa 'kolonel' yang mengetuai perancagan jahat terhadap beliau. Namun, dengan pertolongan daripada Allah SW, ianya tidak membuahkan hasil.

Ibrahim Ali Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas sudah tidak kesunyian lagi kerana mereka yang melompat keluar itu telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Wakil Rakyat Bebas.

Senarai 12 Ahli Parlimen PKR yang berikrar setia
01-Datuk Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang)
02-Ahmad Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)
03-Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)
04-Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat)
05-Abdul Aziz Abdul Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)
06-Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau)
07-S Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar)
08-N Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai)
09-Rashid Din (Ahli Parlimen Merbok)
10-Loh Gwo-Burne (Ahli Parlimen Kelana Jaya)
11- Amran Ab Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah)
12-Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan)

Ahli Parlimen yang tidak berikrar setia
01-Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
02-YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)
03-YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA