" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 January 2010

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 31 Jan 2010

Anwar : Siap Sedia Hadapi Serangan UMNO-BN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti merapatkan saf menghadapi gelombang baru serangan Umno-BN. Bercakap di satu siding akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat hari ini, Anwar berkata Umno sengaja merancakkan masalah kecil dalam Pakatan Rakyat untuk menghakis keyakinan rakyat. Antara bukti jelas operasi terbaru ini adalah siasatan rasuah dan hasutan keatas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan pembantu-pembantu mereka.

“Ada usaha untuk menyiasat juga bukan pimpinan kerajaan negeri Selangor, YB Lim Guang Eng, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Sing dan YB Nik Aziz dan kita tengok semua ini disegerakan dan dalam masa yang sama termasuk saya akan dihadapkan ke mahkamah. Jadi dengan cara ini mereka rasa kekuatan kita akan terjejas.

Sementara itu, Anwar berkata pihak parti akan memanggil Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim ke jawatankuasa displin parti untuk menjelaskan pertelagahan beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Kita tidak setuju dan kita tidak sependapat dengan beliau malah kita bantah keras, hubungan kita YB Lim Guang Eng baik dan saya memerhatikan dalam banyak hal, beliau berjaya mentadbir dengan baik dan ada masalah-masalah dibangkitkan dengan baik dan ada masalah-masalah orang Melayu soal perobohan gerai-gerai, soal mikrokredit dan soal projek, itu perlu kita bincang dengan baik.” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyenaraikan projek-projek yang telah diluluskan kerajaan negeri hari ini. Senarai ini menunjukkan kontrak-kontrak biasa yang dibida secara tender terbuka dimiliki kontraktor Bumiputera, selain darin kontrak-kontrak kelas F.

Anwar mengingatkan adanya ejen-ejen provokasi yang diwujudkan Umno-BN untuk mengugat persepsi rakyat terhadap PKR. “Jadi kalau ada masalah dibangkitkan dan mereka berjaya mendampingi beberapa orang di kalangan kita, itu kita tangani dengan cukup tegas,” katanya.

(TVS)

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 30 Jan 2010

Zahrain, 2 Lagi MP PKR Nafi Sertai BN

Oleh G. Manimaran

PULAU PINANG, Jan 31 – Tiga orang daripada sekumpulan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim, yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu untuk menyokong BN, menafikan khabar angin sedemikian.

Ketiga-tiga wakil berkenaan – masing-masing dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Merbok, Kedah dan Indera Mahkota, Pahang menyangkal spekulasi mereka sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Wakil rakyat Merbok dan Indera Mahkota juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas PKR di ibu negara pagi ini.

Zahrain tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Selasa lalu dan hari keesokannya mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Zahrain berkata “belum terlintas” untuk keluar PKR.

“Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangan,” kata beliau.

“Saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju.

“Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” kata Zahrain lagi.

Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengesahkan beliau ada mendengar tiga hingga empat ahli Parlimen akan keluar PKR.

“Tidak betul, tidak betul,” kata Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din ketika dihubungi The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan mengenai desas-desus itu.

Semasa dihubungi malam tadi beliau dalam perjalanan ke ibu negara untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pagi ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran daripada Umno dan BN, Rashid berkata, “tidak, tidak.”

Dengan ketawa besar beliau memberitahu; “Saya ada jawatan, saya ada keluarga, saya ada anak isteri, apa lagi saya mahu.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail juga menolak tanggapan sedemikian.

“Ia mengarut, tak berasas (spekulasi) sama sekalu, sampah,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas pagi ini yang bermula pukul 10 pagi.

Ditanya apakah spekulasi itu dikaitkan dengan keputusannya melepaskan jawatan Timbalana Pengerusi PKR Pahang, Azan memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan kedudukannya di peringkat pusat.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya mahu memberi tumpuan di pusat, jadi tak timbul isu saya akan keluar parti,” kata beliau yang berulang kali mengatakan desas-desus itu “mengarut”.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata beliau perlu meneliti laporan media sebelum ini membuat sebarang kenyataan.

“Saya baru balik dari luar negara (persidangan di Filipina) dan kurang sihat, saya akan membuat kenyataan kemudian,” kata beliau.

Tiga hari lalu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tiada hasrat untuk keluar PKR.

Beliau yakin dapat menerangkan kepada lembaga disiplin tentang keputusannya membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Zulkifli akan disiasat oleh lembaga itu dalam tempoh sebulan.

Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak akhir 2008

(TheMalaysianInsider)

30 January 2010

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 29 Jan 2010 (update)


Kiamat semakin dekat-Sihir Dajjal telah bermula

29 January 2010

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 28 Jan 2010



28 January 2010

Perlu Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kes Kepala Babi

Ahli Parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siri serangan terhadap rumah ibadat. Beliau menjelaskan hanya melalui suruhanjaya bebas motif dan dalang keganasan ini dapat disiasat secara telus dan bebas dari prejudis.

“Saya fikir di saat ini kita patut wujudkan satu siasatan diraja. Satu badan khas yang benar-benar boleh menyiasat apakah sebabnya. Adakah kemungkinan ada kerja dalaman. Ini melibatkan perkara politik. Saya fikir tak cukup dengan siasatan, perlu ada badan diraja sebegini untuk meneliti tindakan yang perlu dibuat sepenuhnya”.

Beliau menggesa Kerajaan Persekutuan untuk lebih pro-aktif menyiasat kes ini dan bukan sekadar menjalankan siasatan “biasa” ke atas keganasan ini.

“Marah dan khuatir dengan perkembangan baru. Kita melihat bagaimana serangan melemparkan kehinaan kepada tempat ibadat sebuah masjid. Seolah-olah mahu mencetuskan insiden”.

(TVS)

Gambar Untuk Dikongsi Bersama 27 Jan 2010



HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA