" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 January 2010

Sedarkah Kita ?

Puak-puak yang lebih sesuai digelar sebagai 'Pakatan Dajjal' masih lagi aktif dalam mengatur dan membuat 'serangan terancang' terhadap Tok Guru Nik Aziz. Kita telah lihat, siri serangan mereka bermula dengan pemecatan Syed Azidi. Bermula dari situ, mereka (Pakatan Dajjal) telah menggerakan jentera mereka terutamanya 'jentera bawah tanah'.

Bermacam bentuk serangan telah mereka gunakan semata-mata untuk 'mengasak' Tok Guru supaya letak jawatan. Sekiranya mereka berjaya, tempat Tok Guru akan digantikan dengan pemimpin yang sanggup 'bersekongkol' dengan mereka.

Serangan yang terbaru ialah mengenai isu Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru membeli Bazar Tok Guru yang bernilai RM23 juta daripada Sensatimur Sdn Bhd ekoran berlakunya ketirisan keputusan mesyuarat exco negeri.

Serangan terancang mereka bagi melemahkan PR samada kita sedar atau tidak, buat masa ini mereka telah berjaya lakukannya. Mereka berusaha untuk 'merampas kemenangan PR di alam maya'. Saya tidak terkejut apabila muncul laman yang sebelum ini jelas berada di sebelah sana, dengan tiba-tiba beralih ke sebelah sini.

Yang mengejutkan kita, laman yang begitu 'gah sekali' sebelum ini telah berjaya 'dirosakkan' oleh musuh. Lihatlah apa yang terjadi kepada laman web yang sebelum ini merupakan 'sumber maklumat utama rakyat'. Antaranya ialah Tranungkite, Suara Keadilan (hingga kini masih tidak beroprasi), TVAntara (hilang dengan penuh misteri) dan yang terbaru Harakah Daily (berwajah baru namun kian hamba).

Sebelum ini, laman-laman berkenaan telah terbukti berjaya dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan berjaya 'gegarkan' kerajaan UMNO/BN semasa PR-12 yang lalu. Laman-laman ini menjadi sumber maklumat utama kepada rakyat.

Ada di kalangan blogger juga, yang sebelum ini berada di barisan hadapan bersama-sama kita dalam menuntut perubahan, kini telah berani menanggalkan topeng mereka dan bersama 'Pakatan Dajjal' menyerang Kelantan yang bergelar 'Serambi Mekah'.

Mereka telah cuba gunakan kuasa ini (kuasa alam maya) untuk menjatuhkan Tok Guru. Cuba kita amati, bila satu-satu isu di timbulkan, laman-laman ini akan mengeluarkan artikel yang berkaitan di antara satu sama lain. Cara mereka tidak ubah seperti permainan sepak takraw, masing-masing ada peranannya.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA