Setiap detik yang berlalu dalam perkembangan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian di Malaysia semakin menjerut peluang slogan 1Malaysia untuk menjadi kenyataan.
Malah sebaliknya kemungkinan ia akan terkubur seperti slogan Islam Hadhari, semakin nyata. Bagi kita apa yang berlaku, bagaimana ia boleh berlaku dan apakah cara ia mungkin dielakkan daripada berlaku sebenarnya mencerminkan kecekapan, ketelusan dan mutu kepemimpinan Kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Betapa tidaknya, isu ini bukan baru dan seperti lazimnya bagi Umno-BN ia cuma akan ditangani apabila keadaan sudah mula meruncing.
Tahap keyakinan diri yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN selalunya memang tinggi. Mereka percaya berdasarkan rekod memerintah negara lebih 50 tahun, mereka akan dapat menyelesaikan sebarang isu – agama, jenayah, rasuah, pendidikan, hubungan kaum, ekonomi dan politik – apabila tiba masanya.
Maka sikap berada di zon selesa ini menjadikan mereka sejak mutakhir ini sering tercicir peluang untuk tangkas menghadapi cabaran.
Yang ada pada pemimpin berkenaan hari ini hanyalah rekod memerintah Umno-BN. Namun yang nyata kurang diberi perhatian ialah kebijaksanaan dan hemah pemimpin mereka terdahulu dalam memerintah negara, tidak sebati dan semakin menipis dalam diri mereka. Mutu kepemimpinan yang rendah kerana lebih senang bersandar pada rekod silam ini menjadikan mereka dilihat sebagai angkuh dan kadangkalanya “hilang punca”.
Lihat sahaja kes kalimah Allah ini. Penggunaan istilah Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak misalnya, bukan satu perkara baru. Sudah bertahun pendekatan memperkenalkan konsep Tuhan sebagai Allah di kalangan pribumi Sabah dan Sarawak digunakan.
Namun cuma beberapa tahun kebelakangan ini sahaja soal ini dijadikan isu. Ini memaksa pihak gereja Katolik memfailkan tuntutan mendapat izin menggunakan istilah Allah apabila merujuk konsep tuhan dalam The Herald, akhbar mereka.
Keputusan mahkamah ini membakar semangat juang umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan hak Allah supaya tidak direndahkan martabatNya dengan konsep tuhan penganut Kristian. Bagi paderi dan pemimpin Kristian tempatan, pribumi Sabah dan Sarawak lebih mudah faham Bahasa Malaysia.
Dan dalam bahasa kebangsaan ini, istilah terbaik untuk menggambarkan kebesaran tuhan ialah kalimah Allah.
Asal masalahnya semantik; soal takrif dan kefahaman konsep. Namun apabila pemimpin kerajaan lemah dan gagal memahami implikasi sikap wewenang dan tiada kesungguhan, maka soal bahasa tadi segera menjalar dan membelit emosi orang Islam. Sebenarnya apakah sikap Islam dalam isu ini?
Bagi kita, peraturan dan susila yang Allah tunjukkan adalah jelas. Ayat 46 surah al Ankabut adalah dalil yang cukup terang.
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang baik, kecuali di kalangan mereka yang zalim. Dan katakanlah, “kami beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada kami, dan kamu beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada kamu. Tuhan kami dan tuhan kamu adalah Satu; hanya kepadanya kami berserah”.
Dialog. Berbincang dan bersopan. Itulah kuncinya. Bagaimanapun adakah kerajaan Umno-BN mengambil iktibar daripada wahyu Allah ini?
Mengapa menteri berkenaan, membiarkan isu ini sampai ke mahkamah? Dan, setelah mahkamah membuat keputusan mengizinkan golongan Kristian Katolik di Malaysia menggunakan perkataan Allah dan bahan penerbitan mereka, barulah Kementerian Dalam Negeri mahu memohon pelaksanaannya ditangguh demi mengizinkan rayuan terhadap penghakiman itu dibuat. Tidakkah itu menunjukkan sikap acuh tak acuh dalam mentadbir negara persis isu yang sensitif begini?
Tidakkah itu juga menunjukkan sikap kurang matang, kurang bijaksana dan kurang peduli terhadap tugas hakiki mereka?
Jika orang Melayu Islam rasa perasaan mereka terguris, ia adalah kerana kecuaian pemimpin Umno yang diberi peluang memerintah. Namun bagaimana perasaan orang bukan Islam, khususnya Kristian mazhab Katolik? Tidakkah kepercayaan mereka terhadap konsep 1Malaysia juga terguris.
Bagaimana pula dengan pandangan dunia luar terhadap hubungan kaum dan agama di negara ini selepas ini? Sekadar mengeluarkan kenyataan akan menyiasat dan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyerang lima gereja setakat ini, tidak bermakna apa-apa jika sikap pemimpin tidak berubah.
Bertanggungjawab dan ikhlaslah dalam menangani isu sensitif begini.
(TVS)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
09 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2010
(601)
-
▼
January
(57)
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 31 Jan 2010
- Anwar : Siap Sedia Hadapi Serangan UMNO-BN
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 30 Jan 2010
- Zahrain, 2 Lagi MP PKR Nafi Sertai BN
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 29 Jan 2010 (update)
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 28 Jan 2010
- Perlu Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kes Kepala Babi
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 27 Jan 2010
- Gambar Untuk Dikongsi Bersama 26 Jan 2010
- Fuziah: Latih 500 Calon Potensi ntara Formula PKR ...
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 25 Jan 2010 (update)
- Video Ceramah DSAI Diganggu Polis
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 24 Jan 2010
- Mantan Pengerusi Gerak Malaysia Sertai PKR
- 'Dalang Komplot Cuba Bubar PKR Kuala S'gor Gagal'
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 23 Jan 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 22 Jan 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 21 Jan 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 20 Jan 2010
- Sekali Lagi Perbicaraan Anwar Ditunda
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 19 Jan 2010
- Sedarkah Kita ?
- Duta, Wakil Asing Bimbang Isu Kalimah Allah
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 18 Jan 2010
- Penuntut ASWARA Mengaku Tidak Bersalah
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 17 Jan 2010
- PAS Seru Rakyat Malaysia Bersatu Kecam Keganasan
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 15 Jan 2010
- Video 'Gerhana Matahari Cincin'
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 14 Jan 2010
- 4,000 Sambut Ketibaan Pemangku Raja Kelantan
- Kelantan Tidak Benarkan Penggunaan Kalimah Allah
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 13 Jan 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 12 Jan 2010
- Apa Matlamat Wujudkan Harga Minimum ?
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 11 Jan 2010 (update-2)
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 11 Jan 2010 (update 1)
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 11 Jan 2010
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 10 Jan 2010 (update)
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 10 Jan 2010
- Saifuddin Di Lantik Setiausaha Agung PKR
- Ketegangan Agama Akibat Kecuaian Pemimpin
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 8 Jan 2010
- Kenyataan Media Timbalan Presiden PKR
- Waspada Dengan Insiden Terbaru Ini
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 7 Jan 2010
- Kenyataan Media DSAI Selepas Memfailkan Tuntutan
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 6 Jan 2010
- Perjumpaan Pemimpin Islam Dan Kristian Jalan Terbaik
- Gambar Untuk Di Kongsi Bersama 5 Jan 2010
- Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”
- Mungkinkah Semuanya 'Berangkaian'?
- Jangan Hipokrit Bila Bertuhan
- SPRM Dan Polis Cuba Sekat Media
- Tok Mat Meninggal Dunia
- January 2010 Disambut 2 Gerhana
- Live Gerhana Bulan Separa
-
▼
January
(57)
No comments:
Post a Comment