" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 January 2010

Penuntut ASWARA Mengaku Tidak Bersalah

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 4 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes penuntut jurusan Perfileman,dari Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan, (ASWARA), Mohd Tasyfif Tajuddin.

Tasyrif, 25 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Aslam Tajuddin atas dakwaan telah mendatangkan gangguan secara sedar melalui laman sosial Facebook.com pada 10 Januari lalu.

Tertuduh diikat jamin RM 6,000 oleh seorang penjamin iaitu Tajuddin Awang, 55 tahun yang merupakan bapa beliau.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam Mohd Razlan Jalaludin dikatakan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi.

Tasyrif dituduh memulakan penghantaran komunikasi dengan kata-kata ‘ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding…’ melalui akaun Facebook Shahrul Maizam.

Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan satu dialog antara kaum diadakan bagi menyelesaikan polemik penggunaan kalimah Allah yang mengakibatkan beberapa buah gereja diancam baru-baru ini.

Sementara Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf sebelum ini berpandangan bahawa Tasyrif hanyalah kambing hitam berikutan kegagalan pihak berwajib menyelesaikan permasalahan ini.

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA