" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 January 2010

Mungkinkah Semuanya 'Berangkaian'?

Dengan apa yang berlaku di Kelantan akhir-akhir ini, terlintas difikiran rakyat Kelantan, "mungkinkah sesuatu perkara yang berlaku akhir-akhir ini adalah ’berangkaian' diantara satu sama lain?. Ianya bermula dengan isu Manohara bersama Tengku Temenggongnya.

Tuanku Sultan Kelantan pula yang dikhabarkan ‘sakit’ sejak beberapa bulan yang lalu, sehingga kini rakyat Kelantan masih tertanya-tanya, “kenapa Tuanku menghilang begitu saja?” Kenapa tiada sebarang bukti untuk meyakinkan rakyat Kelantan bahawa Tuanku ‘benar-benar’ sakit? Kenapa perlu dirahsiakan sehingga ketahap ini kepada rakyat Tuanku sendiri?

Hari ini Tuanku Temenggong telah muncul dalam berita Astro Awani dengan mengatakan ketidakpuasan hati pihak Istana Kelantan diatas kenyataan Menteri Besar Kelantan, TGNA semalam yang juga muncul dalam berita Astro Awani.

Tetapi kali ini Tok Guru telah kelihatan banyak perbezaan dari sebelumnya. Tok Guru telah kelihatan terlalu letih untuk ‘melawan’ serangan daripada ‘Paktan Dajjal’ yang semakin ‘hebat’.

Astro Awani hari ini juga telah memaparkan gambar terkini Tuanku Sultan Kelantan. Namun yang ‘menghairankan’ saya, kenapa gambar berkenaan hanya memaparkan gambar Najib 1Malaysia bersama ‘suaminya’ yang bernama Rosmah? Kenapa tiada gambar yang menunjukan lawatan Tok Guru yang mewakili kerajaan Negeri Tuanku?

Tidak salah sekiranya rakyat Kelantan berpendapat apa yang berlaku di Kelantan bermula dengan isu Manohara bersama Tengku Temenggongnya, merupakan siri-siri perancangan ‘Pakatan Dajjal’ untuk menjatuhkan kerajaan ‘PAS Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz'.

Bermula dengan isu Ariffahmi, pertukaran Setiausahanya dan semua yang ‘berkaitan’, Tok Guru kesayangan seluruh Umat Islam yang masih ‘tidak tergelincir dari landasan’, raut wajah terkini Tok Guru sudah kelihatan terlalu letih….. Semoga Allah sentiasa bersama Tok Guru….

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA