" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

24 January 2010

Mantan Pengerusi Gerak Malaysia Sertai PKR

Prinsip Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendokong ketelusan dalam setiap susur galur galur perjuangan parti itu

mendorong mantan Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus untuk menyertainya.

Nazri menyifatkan penyertaan beliau dalam sayap pemuda Keadilan sebagai usaha membantu menggalas perjuangan parti ke arah membawa pembaharuan dalam sistem politik negara.

Kemasukan Nazri dalam Angkatan Pemuda Keadilan AMK diumumkan oleh Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media  di ibu pejabat parti di Tropicana Merchant Square petang tadi.

Semalam, Nazree meletak jawatan sebagai pengerusi gerak setelah memimpin badan itu kira-kira dua tahun.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Ezam Mohd Nor yang meninggalkan Gerak untuk menganggotai Umno.

Walaupun dikaitkan rapat dengan Ezam, Nazree mempunyai asas prinsipnya sendiri dan memilih untuk menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

"Saya umumkan saya meletakkan jawatan saya pasa 23 Januari 2010 yang mana saya secara serius mahu menyertai parti politik dan memulakan fasal baru dalam perjuangan saya. Keputusan ini saya ambil setelah berjumpa Ketua Umum keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Beliau menegaskan keinginannya untuk menyertai Keadilan begitu kuat apabila meneliti  dasar perjuangan parti itu yang menjurus kepada mendaulatkan ketelusan dalam setiap susur galur perjuangan mereka.

"Apapun penyertaan saya dalam PKR bersifat komplimentari, saling melengkapi kepimpinan yang sedi ada dalam parti. Yang lebih peting dari itu adalah kelompok- kelompok reformasi yang sudah lama berjuang dalam parti dan atas asas itu saya lihat penyertaan saya melengkapi ahli- ahli yang sedia ada," katanya.

Nazree berkata beliau berharap untuk memberi sumbangan kepada parti dari segi membudayakan integriti dan anti rasuah sebagai amalan utama dalam urus tadbir negara ini.

"Fokus saya untuk memberdayaan integriti dan bersama- sama perjuangkan ketelusan pentadbiran," katanya.

Samsul berkata kemasukan Nazree akan mengukuhkan  Keadilan dan sayap pemuda parti itu secara keseluruhan.

"Saya dengan ini mengesahkan saudara Nazree sudah menghantar surat untuk menjadi ahli angkatan muda keadilan," katanya.

Penyertaan Nazri dalam PKR dilihat sebagai mengisi kepimpinan pelapis  parti selain terus memberi kredibiliti kepada usaha PKR untuk menarik pemimpin muda yang bertekad membawa pembaharuan bagi menamatkan era penyelewengan kuasa dan rasuah.

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA