" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 January 2010

Perjumpaan Pemimpin Islam Dan Kristian Jalan Terbaik

Dalam pada itu Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Mohamad Sabu menyokong usul Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menemukan pemimpin Islam dan Kristian di Malaysia bagi menyelesaikan perkara berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pemimpin Pas itu menjelaskan dialog antara ilmuan harus digalakkan bagi menyelesaikan titik bengik antara agama sesuai dengan iklim demokrasi hari ini.

"Kalimah Allah tu di Malaysia ni, di sebelah sini memang sesuai untuk orang Islam sahaja. Tapi kalau orang bukan Islam nak guna kita tidak boleh paksa, tapi kita bimbang penyalahgunaan perkataan itu", jelas beliau.

Mengulas dengan lebih lanjut, Mohamad Sabu berpendirian bahawa perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan di mahkamah sedangkan ianya bersangkut paut dengan kepenggunaan perkataan tersebut.

"Bukan soal mahkamah, di sini lebih soal sosio politik. Bukan A atau B cuma kita bimbang penyalahgunaan", katanya.

Tambahnya lagi, "Ini saya lebih setuju kita bertemu dengan orang-orang parti-parti kristian di Malaysia".

(TVS)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA