" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 April 2011

Rakyat Malaysia Dinasihat Tidak Ke Fukushima Elak Bahaya Radioaktif

Rakyat Malaysia dinasihat tidak berkunjung ke Fukushima di Jepun berikutan tahap kemalangan di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ditingkatkan dari tahap lima ke tahap tujuh.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pengunjung turut dilarang memasuki kawasan evakuasi di sekitar 20 kilometer (km) dari tempat kemalangan.

"Besar kemungkinan kawasan utara dari lokasi kemalangan akan menjalani evakuasi terjadual.

"Sehubungan itu, rakyat Malaysia diminta menghubungi pihak berkuasa tempatan di Fukushima, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun atau Kedutaan Besar Jepun di Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.


Semalam, Jepun meningkatkan tahap bencana nuklear ke tahap tertinggi dan meletakkannya pada kedudukan sama dengan insiden nuklear terburuk dunia di Chernobyl, Ukraine.

Tambah Ongkili, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah mengawasi kebarangkalian pencemaran radioaktif di beberapa kawasan seluruh negara mulai 2 April lalu.

"Hasil daripada kajian yang dibuat oleh Nuklear Malaysia, pihak berkenaan mendapati tiada pencemaran radioaktif dikesan bagi air hujan, air laut, air paip dan tanah di negara ini.

"Namun, setelah kemalangan di Fukushima ditingkatkan ke tahap tujuh, AELB akan meneruskan pengambilan sampel terutamanya air laut di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kemaman, Kuatan, Mersing, Pasir Gudang, Kuching, Bintulu, Labuan, Kota Kinabalu, Kudat dan Sandakan," ujarnya.

Sementara itu, Ongkili memberitahu, pemantauan berterusan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal.

"Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Portal (RPM) di empat lapangan terbang antarabangsa Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang kesan sehingga kini," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian hotline AELB 1-800-88-7999 atau e-mel di MNR-Customer@aelb.gov.my.

"Daripada segi pemakanan pula, 139 sampel makanan dari Jepun telah dianalisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapati kandungan bahan radioaktif ke atas sampel itu masih berada pada tahap yang dibenarkan," katanya.

-Utusan Online

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA