" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 April 2011

Sijil Kelayakan Di Wajibkan Terhadap Makanan Import Dari Jepun

KUALA LUMPUR - Sijil radioaktivitis yang akan dikeluarkan oleh pegawai yang telah di beri mandat oleh kerajaan Jepun bagi semua makanan import dan eksport dari Jepun akan di wajibkan bermula dari 15 April ini, kata menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Langkah ini diambil ekoran daripada kebimbangan kebocoran radioaktif di Loji nuklear Fukushima akibat di landa gempa kuat dan tsunami pada 11 Mac dan beberapa gempa susulan telah merosakan tanaman di sana.

Kata Ongkili dalam satu kenyataan, maklumat lengkap dan terkini boleh di dapati di website Kementerian Kesihatan 'Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti: http://fsq.moh.gov.my.


Ongkili, yang merupakan juru bicara kerajaan bagi menjawab segala tanggapan terhadap isu-isu yang timbul akibat dari bencana berkenaan. Menteri Kesihatan sentiasa memantau makanan import dari Jepun melalui Food Safety Information System of Malaysia(FoSIM).

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan telah diberitahu bahawa masyarakat tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan makanan import dari Jepun.

TAHAP RADIASI-SERTIFIKAT 2(TERAKHIR)

Beliau mengatakan bahawa ujian terhadap 105 sampel makanan menunjukkan tahap radioaktif masih berada pada tahap yang dibenarkan. Analisis air hujan, air laut dan air paip di Kudat, Sabah pada 31 Mac tidak menunjukkan tanda-tanda pencemaran radioaktif. Ujian keseluruhan juga sedang dilakukan bermula Sabtu lalu, katanya lagi.

Bagi penumpang, bagasi dan kontena dari Jepun, bagaimanapun, masih tidak di perketatkan berdasarkan laporan terakhir dari Jepun serta badan antarabangsa yang berwibawa.

Laporan itu mengatakan, pihaknya sekarang akan mengeluarkan kenyataan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bagi memberikan maklumat terkini kepada masyarakat.

sumber dari: Bernama

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA